Showing posts with label Hanya kerana kusayang dia. Show all posts
Showing posts with label Hanya kerana kusayang dia. Show all posts

27.3.13

Dedaunan Rapuh

Musim luruh kembali menyelubungi suasana.
Musim berganti musim, kembali kita pada musim terakhir kita jatuh.
Dan kini kita kembali jatuh.
Pernah kita jatuh, dan berkecai.
Dan aku sudah menyangka, jika sekali lagi kita jatuh, kita pasti akan berkecai lagi.
Hati aku,
Hati aku...
Hati aku... :(
Tak mampu lagi berkecai, kerana pecahan serpihannya sudah seribu kali retak,
Tak mampu lagi untuk disambung.
Sekali lagi kita jatuh, kau tersungkur.
Aku kecewa.
Kau...
kau kecewakan aku lagi.
tak mampu aku berkata apa-apa lagi...
hanya mampu menjauh buat kali ini.
Kau...
fahamkanlah sepiku.
fahamkanlah retak-retak di hatiku.

fahamkan. aku tak mampu lagi hidup dalam dusta, dalam kekecewaan, rasa dipergunakan.
akal fantasia, dunia maya paradigma.


Selamat tinggal Encik M...
Selamat tinggal Encik S...
Jaga diri Encik I... :(

5.3.13

Takleh tidur plak.

Haha....lama dah aku tak blog sini. Sebenarnya malas nak mengaibkan diri sendiri. Sebab aku memang kadang-kadang suka terlebih ekspos life aku kat dunia. LOL. Tapi ni jurnal hidup aku, tak salah kalau orang tau beberapa perkara pasal aku. Jangan semua nak cerita dari korek telinga hingga ke lubang jamban sudah.

Aku takleh tidur. Tu yang semangat ni tulis ni. *Semangat la sangat... lol
Kadang-kadang yang berlaku dalam hidup kita ni, tak dapat dikawal, kerana semua bergerak atas kehendakNya. Kadang-kadang aku cuba untuk fahamkan life aku. Sometimes aku macam tau je arah hidup aku, kadang-kala macam "What the hell am I doing?"

Aku delemma tul sekarang ni.
Delemma bila ramai suka kat aku.
Poyo giler statement. Bajet hot gile. haha.

Tak aku seyes. Ikram tu biasalah dah lama kenal. Famli pun dah kenal dia, Famli dia pun dah kenal aku.
Tibe-tibe muncul Encik M plak. Sebenarnya dah lama dia ada dalam hidup aku. Tapi kenal online je. Pernah jumpa SEKALI je. Tapi cam serius je nak kawan ngan aku. Dan Encik S. Tiap-tiap hari mesej. Aku rasa bersalah sebab walaupun aku cakap nak kawan biasa je. Dia tetap panggil aku 'sayang' dan gelar diri dia 'abang'. Aku tak nak bagi harapan kat dia. Tapi dia macam tak kisah je. Dia cakap dia nak hepikan aku.

Hari ni Ikram ngn Encik S kebetulan dua orang call aku plak malam ni. Membuatkan aku terfikir sejenak.
"Ya Allah...petunjuk apakah ini?"
I just don't get it sometimes. Things happen that force me to think WHY?

And the more I think, the more I get astray from getting the answers.
Jodoh, tetap sampai sekarang adalah rahsia Allah.
It will come one day.

13.12.12

Why My Soul is Complete with him by my side

Amboi panjang benor tajuk i kali ini. Haha. Eh. Gedik plak ber 'i'. Haha.
Warning, this is a very geli-geli entry, so you can pangkah before you muntah sebakul oke. Ahackz! XD
I feel so complete when he's around! haha...
Orang kata tak kenal, maka tak cinta.
Memang! Dulu sebelum kenal dia, aku meluat sungguh ar. Kenal kat Kampungchat. Pastu dah ada YM aku, sikit-sikit nak buzz aku. Memang annoying gila. Dia minta Myspace aku. Pastu aku macam usya-usya gambar dia kat Myspace, aku cam pandang sebelah mata je. Adeh mamat ni...botak plak. Haha.. Yela dia cam dressup cam skinhead je. Time tu aku tak kenal pun apa tu Skinhead. Pastu malas la nak layan. Tapi dia buzz gak aku kadang-kadang. Sampai satu masa tu aku break ngan bf aku. Aku macam sedih gila time tu. So dia buzz aku cam biasa, dan aku pun chat jela ngan dia. Luah semua. Tak sangka plak dia sekampung dengan aku. Haha... Dia minta number fon. Tak tau camne leh bagi kat dia. Haha.
Pastu aku ingat lagi, Raya 2009, dia cakap nak mai raya umah aku. Aku ingat dia bergurau, so aku pun iye2 kan jela. Sekali, dia betul-betul mai. Hahaha..

Apa yang menyebabkan aku rasa lengkap hidup ngan dia bukanlah kerana persamaan yang kami ada, malah perbezaan yang menyelubungi kami. Kalau ikutkan, banyak sangat perbezaan antara kami. AKu pernah terfikir seketika dulu, bolehkah seseorang hidup dengan seseorang yang berlainan tabiatnya dengan kita? Boleh bahagia ke? Dan sekarang baru aku rasa, apabila kita bersama dengan orang yang berlainan characteristic dengan kita, kita akan lebih rasa sempurna diri kita. Mengapa?

Dia seorang yang sangat-sangat pemalu. Aku pula separa malu. Kadang-kadang aku ni clumsy, dia plak cool je. Jadi kalau tiba satu situasi yang sedikit memalukan, dia akan menegur aku. So aku akan lebih berhati-hati di kemudian hari.

Aku ni BI boleh la tahan gak. Dia plak...keok. haha. Tapi sejak dia kenal aku, BI dia makin improve. Dia rajin tanya, perkataan ni apa maksudnya... Aku pun kadang-kadang heran gak, mana dia dapat vocab-vocab bombastic ni kan. Dan selalunya dia akan peroleh semua tu daripada game online dan lyric lagu. LOL.

Dia seorang yang berani dan tegas. Aku plak jenis takut orang marah, tapi aku ni degil sedikit. Jadi dia banyak la bagi nasihat. Haha... dia lagi muda daripada aku, tapi pemikiran dia lebih matang daripada aku. Cakap macam orang tua. Haha. Memang dia lebih matang daripada aku, daripada segi kehidupan ni. Memang aku akur, kita tidak boleh ukur ilmu seseorang dengan sijil semata-mata. Buat apa ada PHD, kalau nak survive sendiri FAIL. Kena campak kat hutan, tapi terkial-kial. Itu yang aku kagum sangat ngan dia. Bab nak survive ni, dialah.

Cuma dia ni jenis malas bertanya kat orang tak kenal. Pernah nak tanya sal urusan-urusan pejabat, nak jumpa dengan siapa, dia dok ke hulu hilir cari apa pun tak tau. Last-last aku yang bertanya pada pegawai tu. haha...

Kalau pasal kawin toksah cakap la. Aku nak nikah cepat2!! Haha. Dia plak jenis fikir panjang dulu.

Dia cakap aku ni suka berangan-angan je lebih. Dalam diam sebenarnya dia fikirkan banyak perkara. Pasal rumah, pasal kenderaan, pasal kerja, pasal nak sara aku dan anak-anak nanti. Dia cakap banyak nak difikirkan. Dan mak dia sendiri pernah cakap ngan aku, yang dia ni kalau boleh nak semua tersedia dulu (dah ada rumah sendiri, dah ada kereta, dah ada kerja tetap) baru dia nak datang meminang aku.

Punyelah complicated dia fikir, semua untuk kebaikan kami, dan aku tak pernah terfikir semua tu. Huhu...

Kadang-kala aku ni senyap je. Selalu aku akan bising la bla bla bla ngan dia, tapi bila aku senyap, mesti dia tanya aku kenapa. Padahal ada kalanya aku memang akan prefer senyap daripada bercakap. Jadi dia memang perihatin sangat.

Dia ni seorang yang pengemas. Aku? lalala! haha.
Bangun awal? cuba teka siapa? haha.
tidur awal? cuba teka siapa? XD
Dia memang cam perempuan. Muka pun sensitif, licin! Ah! jeles aku.

So aku leh bayangkan lah...kalau kita kawin esok dalam rumah tu, mesti dia yang banyak membebel. Haha.
potpetpotpet.

Dia merajuk, takyah cakap ar. Haha.

Tapi aku pandai pujuk kan? Kalau tak, kita takkan baik ar sekarang. HAHA.

gaduh baik gaduh baik. Sampai aku dah lost count dah berapa kali kita gaduh-baik sudah. =.="

Entahla...orang kata, sedangkan yang bercinta pun bergaduh, apatah lagi yang dah berkawin.
Aku takut jugak, takut lepas kawin nanti aku lagi tak tahan.

Tapi dia pernah cakap dulu.
"Sy buat semua ni, sebab saya nk tengok, sejauh mana awk boleh tahan ngn sy. Nk kahwin dgn seseorang bukan sehari dua, tapi seumur hidup"

Hm...kejam. selama ni aku diuji sebegitu rupa. Huh!
Tapi kire, aku lulus la ni ek? Sebab sampai sekarang aku still ngn dia? entahla. haha

Tapi aku dapat rasa yang makin lama tak berhubung ngan dia, aku macam dah makin tak kisah kalau dia tak mesej aku. Henpon aku pun dah tak pegang sangat. tau2 dah ada miscall banyak ngn mesej tak terbalas. Haha. Sebab aku time keluar bilik je baru aku akan usya enset. enset memang silent la. Aku sekarang alergik kalau dengar ringtone. Rasa sakit hati. Haha. Tak tau nape.

Tapi, perlukah aku risau sebab aku dah tak kisah tentang dia tak mesej? Macam kelakar plak. Macam aku plak yang jual mahal. Haha. Camne kalau aku tak ada perasaan kat dia dah satu hari nnti? Adeh...
Dia mesej tadi. Aku plak tak ada kredit. Haha. Hm...rindunya kt dia. Nak jugak ye dia cari aku? Hahahaha bestnyaa!!! XD Tula, sehari tak mesej dia. Bukan sebab merajuk, sebab mls nak mesej. kalau mesej, bukannya dia bls sgt pun. XP

aaaaaaaaaaa.... k la. nk tidoq. nite.

17.11.12

Rindu semacam je arini

Aah. Tak tipu. Mungkin sebab perubahan hormon yang drastik pada aku. Di mana tiap-tiap bulan pasti akan ada perubahan hormon. Haha. Bila aku mula berjiwang tu, mulalah Ikram jadi mangsa. Bertubi-tubi SMS aku hantar kat dia. Tadi pun, kalau ikutkan hati, aku nak hantar 10 SMS. Tapi tahan punya tahan, aku dapat hantar 3 je - 3-3 tidak dibalas. Punyalah susah nak tahan diri daripada SMS dia. Hahhaaha... Tapi mengenangkan yang dia tak suka diganggu masa kerja, aku tahan la jugak diri aku daripada hantar SMS. Mental tul aku ni.

Aku sedar sesuatu perkara, dan aku pasti dia pun sedar perkara ni.

Aku akan hantar banyak SMS kat dia non stop. Hanya bila dia marah, baru aku stop kejap.
Pastu nanti aku buat balik. Bukan sebab degil, sebab aku jenis mudah melupakan. Haha. dan apabila dia mula balas SMS aku, aku akan over excited dan akan balas-balas mesej dia, sampailah dia stop dulu. Haha. Dia stop, sebab aku rasa dia pun dah faham, kalau dia layan aku nanti menjadi-jadi plak aku. Dia pernah cakap, "Ikram malas la cakap sal hal perasaan ni. Nanti mulalah Amni asik fikir sal kahwiiiiiinnnn jee.."

Haha. Yup. Aku ni memang childish. Suka berangan-angan jadi princess. Jadi bagi aku, kahwin tu indah-indah belaka, padahal aku tahu hakikat dia susah mana, tapi asalkan dia ada, aku on je! XD Tapi dia tak, dia lagi takut, dia lagi frust, mungkin sebab dia belum bersedia nak fikir sal tanggungjawab. Aku tau, dia rasa terbeban bila cakap sal kahwin. Sebab nak sara diri sendiri pun tak cukup, apatah lagi nak sara aku ni yang masih belajar. Dia risau tak dapat bagi nafkah kat aku, risau tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

Dan bagi aku pula, aku tak risau semua tu, bukan sebab aku tak payah fikir sal duit or nafkah, tetapi aku fikir, susah senang PASTI akan bersama-sama. Jadi kalau dia tak mampu, aku kenalah sesuaikan diri dengan keadaan dan jadikan dia mampu. Contohnya, tak payah la asik nak minta dia belikan itu ini itu. Tunggu jela aku kerja nanti, baru aku enjoy beli barang aku suka hati. Haha. Mungkin juga dia tak nak aku hidup susah, mungkin dia akan rasa bersalah. Tapi bagi aku, kasih sayang yang dia berikan tidak ternilai berbanding baju-baju, kasut lawa dan barangan lain yang ada kat dunia ni. Ada dia dalam hidup aku pun dah cukup.

Ya, memang betul, bukan boleh beli segala benda dengan kasih sayang, duit tu juga penting. Tapi ada masanya aku pernah rasa kesusahan. Tiap-tiap hari makan maggi sebungkus. Lagi teruk pernah tak makan seminggu sebab tak ada duit. Aku memang tak suka minta duit kat parents aku. Dan aku yakin, lepas kahwin pun, perangai aku yang satu tu pun tetap takkan berubah.

Eh, apasal melalut sampai crite kawin ni?? Gile. Memang gile nak kawin aku ni. puih!

Jeles gak tengok semua kengkawan post gambar tunang, nikah, baby semua. Tapi bila dah lama-lama tu, aku macam rasa tawat hati pula nak kawin. (tawar hati plak, tadi beriya). Yup. Tawar hati. Sebab bila fikirkan balik semua kengkawan aku tu jika dibandingkan dengan aku, jauh beza. Aku rasa aku belum matang lagi. Lambatnya nak matang. Aku masih rasa macam diri aku ni muda lagi. Fikiran aku pun masih macam dulu je. Tak ada perkembangan. Aku tak boleh nak berfikir macam orang dewasa lain. hmmm...

Oh! tadi call dia. Dalam pukul 8 lebih macam tu, lepas Isyak. Sebenarnya lepas Maghrib tadi aku terlelap. Ya Allah, penat gile. Badan aku rasa berat je. Pastu aku mimpi buruk weh. Tu la tidur lagi time maghrib. Aku mimpi naik kereta ngan Pakwan. Arif duduk kat belakang. Pastu Pakwan laju je bawa kreta naik bukit, tiba-tiba kereta tu laju sangat dia terbalik. Jatuh daripada atas bukit tu, Pusing-pusing kereta. Tapi semua nampak real. Situasi dalam kereta dan pusing-pusing tu. Kaca bergelimpangan. Muka aku calar-calar lepas aksiden tu. Tapi pelik ar, lepas kejadian tu, semua oke je. Aku sempat cakap kat Pakwan lagi , "Nape Pakwan bawa macam tu. Kalau mak Amni tahu, mesti dia marah". HAHAHHAA...nampak sangat aku masih fikir cam dak kecik. Gile.

Pastu bangun-bangun terus call Ikram. Dalam keadaan mamai. Aku tak tau dia sedar ke tak. Rasanya tak sedar kot. Dia tengah bawa motor time tu. Baru balik dari kerja! Mak aiii... Kalau tiap-tiap hari macam ni, patutla dia penat je. Hm...Masa call, aku terbayang dia tengok nama aku, pastu dia tersenyum, pastu dia letak fon kat dalam helmet... Hehehe... ensemnyaa... XP 
Eh, berangan lagi aku.

Tapi, kalau dia angkat call aku tu, maksudnya, dia memang cuba sedaya upaya dia juga untuk bagi aku call dia kan. Eeee....terharunya. Tapi bahaya la dia call sambil bawa moto :( Tapi dapat dengar suara dia pun jadi la.... Heee...

Aku cakap kat dia, nanti nak tidur, mesej la. Aku nak call dia. Pastu dia cakap, oke, tapi kalau dia tak call, maksudnya dia tidur dah. huh!

Lelaki ni kalau dia bagi option kedua tu, "KALAU" tu maksudnya KONFIRM la tu dia akan tidur tak mesej aku. huhu...saje nak jaga hati ke aper, taik la jaga hati apa mcm tu. =.=" Tapi ok jugak, daripada dia cakap, "TAK NAK AR. NAK TIDO PENAT AR"

Aah, betul juga. Ok ok, elok juga ada "kalau".

Tengok, sekarang pun dah ukul 11:52pm. Semalam aku call kul 10 pun dia tak angkat. Konfirm tidur dah ni. :( Takpela Ayie, tadi kan kau dah call dia. Ok la tu. Lepas juga rindu kau kat dia kan?

Tadi nak print, kedai tutup pulak! Esok kena cari kedai kat depan kampus la macam ni. Isnin kena hantar semua asaimen. Banyak nak kena print plak tu! Tension ar.

Ayie, tak nak tension-tension tau.

Yela.

16.11.12

try call

dia tak angkat. kul 10.24 pm dh tidur ke?
hm...sedih tak dapat dengar berita dari dia.

15.11.12

Tak Setanding Dia

Mula-mula, aku nak minta maaf kat korang, sebab blog aku ni macam dah tak ada manfaat plak. Dan dijadikan lebih kepada personal blog, di mana aku luahkan semua isi hati aku. Jadi aku faham kalau korang nak unfollow aku. Sebab aku pun dah tak letak Comments.

Sebenarnya, tadi aku dah tutup laptop dah. Cuba untuk tidur. Tapi tak boleh :(

Tiba-tiba aku teringat kat girl tu. Aku rasa, dah tak ada apa yang aku perlu ingat tentang dia. Hal ngan dia dah selesai kan? Dia dah tak kacau hidup aku kan? Ikram dah tak kontek dia lagi kan? Ikram memang tak ada hati ngan dia kan? Tapi kenapa aku rasa macam hidup aku ni kacau? Aku asik nampak dia je berlegar dalam kotak fikiran aku, Kenapa? Padahal aku tak pernah jumpa dia depan-depan. Aku rasa kalau aku jumpa depan-depan mau tarik-tarik rambut ngan dia. Tapi dia tak salah apa-apapun kan? Aku cuma geram la sebab dia bencikan aku tanpa sebab. Apa yang aku pernah buat kat dia? Hishhh... kenapa tah aku ngah fikirkan sal dia lagi, dah tak ada apa nak fikirkan sal dia kan?

Tiba-tiba satu suara jahat timbul dari mana ntah. Dia cakap,
"Kalau Ikram pilih dia sebab dia lagi lawa, memang kau kalah la. Tak ada apa yang kau harus pertahankan lagi. Kau tak ada chance la Amni. Dia lagi lawa, dah ada pengalaman bekerja pula tu, pandai pula tu, keyakinan diri tinggi plak tu, kalau tak, mana mungkin dia dapat pangkah kau senang-senang. Kau tu lembut sangat, biar dia pijak-pijak kau. Kau tak layak la untuk Ikram tu. Apa yang kau ada? Kau belajar kat universiti, tapi otak kau... LOW. General knowledge kau pun fail. Takyah lawan la ngan dia. Dia semua ada. Petik jari je, laki mai. Kau? Puih!"

Lepas dengar semua tu, aku nangis. Betul-betul sedih. Semua dia cakap betul. Aku memang tak ada  peluang nak takluki hati Ikram. Aku tak ada apa-apa. Ikram suka kat aku?

"Jangan mimpi la. Dia pandang kau sebelah mata je. Dia kawan ngan kau pun sebab dia kesian kat kau je. Bukannya sebab sayang."

Mana suara jahat ni datang?? :'( pergi! pergiii!!!!!

Aku istighfar banyak-banyak. Aku ingat Allah, baru suara tu semua hilang.
Dan aku rasa keadaan senyap je. Roomate aku tak balik lagi. Aku rasa macam sunyi pula. Rasa sunyi sangat. Bukan sunyi tak ada kawan. Tapi hati aku sunyi. Aku nak gak orang yang sayangkan aku. Yang memahami aku...yang rindukan aku sebagaimana aku rindukan dia. Seseorang yang aku amat perlukan time time macam ni. Memang, orang kata berkasihlah pada Allah. Bukan aku tak kasihkan Allah. Malah Dia sentiasa ada di sisi aku. Dan Dia lebih tahu apa yang ada dalam hati aku, kalau tidak, Dia takkan ciptakan Hawa untuk Adam. Dia tahu yang Adam terlalu rindukan seorang teman untuk berada di sisinya. Walaupun Adam tidak tahu "apa itu teman" dan kewujudan hawa suatu misteri buatnya. Begitu juga dengan aku.

Aku rindukan seseorang. Aku tak pasti siapa. Tapi aku selalu nampak muka dia. Muka dia yang apabila dipandang, akan memberikan aku ketenangan yang tak terhingga. Walau dalam keadaan tak mandi pagi, atau dalam keadaan berpeluh-peluh ketiak busuk lepas balik daripada kerja, atau dalam keadaan gerun sekalipun, hati ini tetap rasa tenang dan ingin sentiasa di sisi dia.

"Kau tak payahle tunggu buah epal tumbuh pada pokok mempelam. Takkan terjadi."

Sekali lagi suara tu mematahkan semangat aku.
Abis? kau nak aku buat apa? Pergi??

"tepat sekali".

14.11.12

Hmmm....

hm..... apalah aku ni.
Aku pi tanya hal perasaan lagi ngan Ikram. huhu... Mesti dia tak suka.
Aku tanya dia, dia teringat kat siapa bila dia dengar satu lagu ni.
Sebab masa dalam kereta hari tu nak pergi ke Kuala, tiba-tiba lagu tu kuar kat radio. Dia dengar dengan khusyuk je. Bila dah habis lagu tu, dia tanya aku... "apa tajuk lagu ni?"

Aku cakap la, "Aku yang tersakiti! Oleh Judika, orang indun, kalau tak silap."

Haha. Laju je aku jawap. Sebab sejak gaduh teruk ngan dia tempoh hari, aku asik ulang-ulang lagu ni dalam kepala aku. Cadangnya, nak dedicate kat dia lagu ni. Nak dia tahu perasaan aku melalui lagu ni. Huhuhu... Tapi tak kesampaian pun. Dia tak pernah tahu kan apa aku rasa time kita gaduh teruk hari tu. Rasa macam dalam lagu tu la. Cuba korang hayati.

Nah! Dengar!


Hmmm...apa? ada yang takleh bukak video? Nah lirik dia! Hayati!

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Haha... yup. jelas gila perasaan masa tu. Lirik ni tak bohong satu perkataan pun.
Perasaan aku sekarang? Entah.
Dia tak balas pun mesej aku tu.
1. mungkin dia kehabisan kredit
tapi besar kemungkinan sebab 2. dia malas nak layan hal-hal perasaan ni.

Mungkin dia pun dah sedar, yang dia dah tak mampu nak bagi harapan lagi kat aku. Sebab perasaan dia terhadap aku pun dah mula pudar, tapi kerana terikat ngan janji-janji dia dulu, dia rasa bersalah terhadap aku. Yela, janji nak nikah ngan aku. Janji nak melayari hidup bersama-sama.

Ye, aku rasa sedih. Sebab mungkin aku bukan jodoh dia.
Tapi walau apapun, aku tetap bersyukur Allah pertemukan dengan dia. Aku hargai kehadiran diri dia dalam hidup aku, walaupun sekejap, walaupun untuk seketika ini.

Hmm...aku sebenarnya terganggu sekejap ni. Tadi aku bukak fesbuk, tiba-tiba terpandang news feed seseorang ni. Jantung aku berdegup laju. Sebab rasanya aku dah unfriend dia hari tu. Tapi kenapa aku still friends ngan dia?? Allah nak aku terus kawan ngan dia ke? Entahlah, aku macam dah tawar hati la sejak apa dia buat kat aku hari tu. Aku dah malas la fikir sal dia lagi. Tapi nak unfriend dia lagi sekali, aku rasa macam bersalah plak. Nak unfriend lagi ke tak? :-/

Kerja Manyak :(

Asaimen bertimbun-timbun. Haha. Zohor tadi selamat sampai di kolej. Pastu aku letih sangat drive, rehat, tidoq terus. Then bangun sambung buat asaimen. Huhuhu... Sekarang dah pukul 12:34 Hari Khamis! Huhuhu... Lagi 4 hari nak hantar asaimen :( Mesti kena siap sebelum Ahad. Sebab Ahad nak print semua. Huhu tekanan tul. Dateline semua hari isnin plak. Memang best. Haha. Padan muka Ayie, Siapa suruh terkinja-kinja. Sem depan jangan macam ni eyh. Hahaha...

Tu la, sem ni agak kelam kabut dan tak keruan sikit. Aku macam blur-blur je. Kawan-kawan pun makin menghilang. Haha...Semua buat hal sendiri. Macam-macam drama di sekeliling aku, tapi aku jenis tak amik port pun. Aku tak kacau orang, orang pun tak kacau aku. Tapi kadang-kadang sunyi juga tak ada kawan ajak makan, tak ada kawan ajak lepak KL. Yang aku hanya mampu usya kat Facebook jela, bila diorang post gambar-gambar fun fun diorang. Hahaha... Tak apalah, maybe aku kena bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian. Hmm...

Memang time ni tension gila. Tapi tension-tension aku pun ada masa untuk SMS Ikram. Haha...
Aku ucap salam maal hijrah je. Hehe. Sebab aku tau dia penat kerja, mesti tak balas mesej aku, so aku sekadar nak hantar mesej tanda aku ingat kat dia. LOL Aku nak dia sentiasa semangat kerja tiap-tiap hari. Dia pernah cakap kat aku, impian dia, dia nak bukak bengkel sendiri depan umah. Pastu aku jadi kerani dia. Sebab nanti kalau dia amik kerani lain nanti aku akan jeles. Huh! Cakaplah nak selalu dekat ngan aku. Apalah =.="

Tapi tu angan-angan dulu. Haha. Sekarang tak taulah kalau impian dia dah berubah sejak dia bekerja ni. Tapi penukaran kerja dia kat Proton tu nampak sangat dia rindu nak baiki kereta. Mungkin masih tersimpan lagi angan-angan tu. :)

Aku doa dia akan berjaya. Kalau panjang umur aku, aku nak sentiasa di sisi dia, beri galakkan. Aku nak dia sentiasa happy dengan life dia. Bila dia happy, aku pun tumpang happy gak :)

Sekarang ni aku letak DP facebook muka dia. Yang ni...!


Gambar 17 April 2011. Hehe. Dia ske benor tutup mata kalau amik gambar. Serius! Ce tengok gambar-gambar ni....HAHAHA


Kelakar kan??!! hahaha... mcm emoticon ni --> XD

Tapi serius, lepas tengok muka dia, hilang tension semua. :)
Rasa macam tenang balik je. Macam tak ada masalah. Hehe. Ada satu ketenangan pada diri dia, yang aku sendiri tak tau daripada mana datangnya. Haha. Tapi bila dia ada, aku rasa semangat sangat! :) Tak taulah apa dia anggap aku sekarang. Tapi bagi aku, dialah sahabat aku, dialah kekasih, dan dialah impian aku. :')

k, nites. Esok sambung buat asaimen. XD

11.11.12

Rasa macam tak layak je

Huhu. Tajuk kemain. Entah apa la yang Ayie nak merepek hari ni ye.
Tadi baru lepas jumpa bakal kakak ipar Ikram. Ye. Abang dia yang sebaya dengan aku dah bertunang dah. Huhu... Jadi jumpa la ngan Reen. Comel je. Sampaikan mak aku ingatkan kawan pada Intan, adik bongsu Ikram. Seharian keluar dengan Reen dan Intan.




Rasa selesa gila ngan mereka. Sekepala je. Tapi lepas dah lama-lama tu, jauh di sudut hati aku, terasa sayu. Aku terasa macam jauh beza dengan Reen. Bila dengar Reen berbual dengan Intan, memanggil nama famili blah Intan, dan aku tak berapa nak kenal. Bila Reen panggil Pakwan 'abah' dan Mak Leha 'mama'. Haha... terasa jauh berbeza dengan aku. Yela, wadpe aku nak sibuk, dia dah bertunang, sedangkan aku dengan Ikram pun belum pasti statusnya. Haha.

Masa hantarkan Intan dan Reen ke rumah Pakwan, aku dengar Pakwan tegur, "Haa... seronok maknya, dua-dua menantu mai umah..." Dalam hati aku masa tu, rasa sayu je. Menantu? Layak ke aku bergelar menantu pada keluarga ni? Bila fikir-fikir balik, apa yang aku telah beri pada famili ni sepanjang aku kenal famili ni? Tak ada apa-apa. Sebaliknya merekalah yang banyak menghulurkan macam-macam kat aku. Aku rasa rendah hati sangat. Aku rasa segan pun ada ngan Reen. Siapa aku sebenarnya dalam famili ni? Siapa?

Tadi rasa lega sikit dapat luah kat Reen tentang rasa di hatiku. Tersepit antara dua keluarga. Famili aku, dan famili Ikram. Dua-dua sayangkan aku, nak aku duduk rumah. Masalahnya, mama macam tak suka je aku asik pergi rumah Pakwan, yela...macam aku ni lebih-lebih je. Yela. Aku ngan Ikram pun kawan je. Kan? Tapi aku plak yang mengalahkan bakal menantu mereka. Aku terasa sangat, walaupun mama tak cakap apa-apa, tapi aku rasa macam aku ni nyusahkan semua orang.

Pastu kerja aku banyak nak kena siapkan. Tapi mama suruh aku stay lama sikit kat rumah. Hari Isnin dah kena hantar semua asaimen. Aku tak start apa lagi. Semua report aku kena buat, sebab ahli group aku yang lain semua buat slide, tak ajak aku, pastu tinggalkan report kat aku untuk buat. Mungkin diorang pandang slack kat aku sebab tak ikut diorang pergi sekolah. Sekolah kat Terengganu. Jauh tu. Aku dah kata dah, aku ada masalah kewangan. Takkan diorang takleh nak faham. Satu hari nanti, aku harap Allah turunkan bala kat diorang. Baru diorang rasa macam mana tak ada duit. Dok sisihkan aku. Bukan aku tak nak buat kerja, tapi keadaan aku ni yang mengehadkan aku buat kerja. Bukan alasan. "mintalah kat ibubapa ko dulu..."

Ingat mak bapak aku ni bank ke? Bila-bila leh minta duit dan konfirm dapat? Tu yang sedih tu, orang takkan faham selagi mereka tak hadapi macam kita.

Apapun mungkin ni semua dugaan untuk aku.

Time time macam ni la Ikram hilangkan diri. Mungkin sebab penat sangat kerja. huhu.. Entah siapalah aku di hatinya. Bila famili dia tanya sal dia je, serius, aku dah hampa nak jawab. Aku sendiri tak pasti dengan status kami.

Kebelakangan ni rasa tersisih plak. Kawan-kawan bertunang bukan nak gitau aku. Kalau tak nak jemput pun, gitau la nak bertunang. Kata kawan rapat sejak zaman sekolah... Dah dua orang dah buat aku macam ni. Makin lama, aku rasa macam diri makin tak penting. Macam tak ada fungsi aku kat sini. Kalau dibiarkan lama-lama mungkin aku akan menghilang dari pandangan orang, dan orang pun takkan sedar akan kewujudan aku. Aku bertunang, aku berkahwin, aku ada anak, anak aku dah berkahwin, anak aku dah ada anak nanti aku tak nak gitau korang. Aci?

dah. mls nk fikir sal korang dh. (apasal emo plak ni? PMS kot)

3.11.12

Tak terdaya

Tak terdaya nak menolak dah =P

Korang nak tau tak apa benda dalam gambar di bawah?


Kemuncup! Jenuh nak tanggalkan dari baju kurung aku... =.=" Semuanya semata-mata nak tangkap gambar masterpiece kat tempat ni!


Rumah ni dari jauh aku nak sangat pergi, so aku ajak Ikram stop jap sini. Nak tangkap gambar. Ikram dah siap explore satu rumah tu. Aku tak berani arh. Tengok dari luar pun dah kagum. Eerie je rasa.

Eh, jap. Mesti korang tanya macam mana kitorang boleh sampai sini. Ceritanya macam ni....

Haritu kan aku mai umah dia, sebab dah janji ngan adik dia nak ajarkan aku buat puding roti karamel. Pastu sembang ngan ayah dia, Pakwan. Aku kena tangkap gambar ukiran kayu untuk asaimen aku. Nak buat bahan folio. So Pakwan nak tolong bawakan gi Kuala Kangsar. Cadangnya gitu. Pastu aku macam iye-iye kan jela. Memang nak pergi, tapi aku fikir, agak jauh gak nak merantau pastu macam tak nak la susahkan Pakwan. Aku macam dah redha la tak dapat cari apa-apa bahan. So aku diamkan diri jela beberapa hari ni. Harapan to just let it slip. Haha... 

Then semalam mama kata nak balik kampung. Aku macam, "mama, kakak tak ikut kot. nak buat kerja tak habis lagi" Padahal aku memang macam malas je nak pergi. Otak serabut. Hahaha.. Tiba-tiba dapat call dari nombor tak dikenali.

anon : Hello
aku : ye... siapa ni ye?
anon : aik,...takkan tak ingat pakwe?
aku : ? pakwa? pakwa mana plak ni?
anon : pakwan la!
aku : ooo...sori, no tepon lain, no ni tak save.
anon : ingatkan dah lupa pakwan.
aku : haha...tak ada la..
anon : ha...camne, jadi ke pergi Kuala?
aku : erm..sepatutnya balik kampung arini, tapi amni tak pergi kot. banyak kerja plak nak siapkan.
anon : pakwan takleh nak bawakan amni, amni pergi ngan Ikram ey?
aku : aik??? Ikram?! Dia bukan dah balik sana ke?
anon : Dia ada kat rumah tu, Pakwan dah tanya dia sama ada dia leh bawakan amni ke tak, dia cakap boleh je.
aku : oh...erm...tengokla macam mana, kalau jadi, amni call dia.
anon : ok. *Hangup*

Termenung kejap lepas call tu. Bila aku tak nak pikir sal dia, Allah aturkan bagi aku ingat kat dia. Hahaha... betul la cakap orang. Kalau dah jodoh, lagi kita tolak, lagi dia mai... Bila aku nak, Dia lemparkan jauh-jauh. Memang betul la Dia nak kami jaga diri. Terima kasih Ya Allah :')

Hari ni kuar ngan dia pakai niqab. Biarlah ia jadi peringatan dan benteng pada aku daripada tenggelam dalam perasaan cinta aku kepadanya. Tunggulah bila kami dah halal untuk satu sama lain, baru aku semadikan rasa cinta aku ni kepadanya. Buat masa sekarang, biar la rasa cinta itu datang dan pergi. Perasaan tu memang tak boleh tolak. Sebab ia suci, turunnya daripada Allah juga. Tapi Allah bagi, untuk kita jaga. Jangan terlalu tenggelam dalam perasaan tu. Nanti kita juga yang sakit. Sakit hati, sakit rindu, sakit iri hati, dengki, kecewa dan macam-macam lagi.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Lepas one to one talk ngan Ikram hari ni, aku yakin dia masih sayangkan aku dan insyaAllah, kalau tak ada halangan, lepas belajar kitorang nikah ^.^ Doakan kami ya. Doakan perhubungan kami terjaga hingga tiba saatnya kami diijabkabulkan.


31.10.12

Impian

Semua orang mempunyai impian dan cita-cita. Impian aku? Hhahaha....Kalau dah tercapai nanti aku gitau korang ek? Tapi jauh lagi perjalanan nak sampai impian aku tu. Haha. Tadi Ikram mesej aku sal interview. Interview kerja yang dia nak selama ni. Hm... Lepas baca je mesej tu, terus terdetik, mengharapkan yang dia akan berjaya. Sy sentiasa doakan awak. You will succeed in life, I know. Sebab aku kenal dia. Dari dulu kalau dia nak something, dia target, dan dia akan dapat akhirnya. He got everything planned. Cuma tinggal nak minta permisi Allah dan redha dengan segala apa yang Allah aturkan. :)

I hope you get what you want. You've worked hard for it. Mungkin pintu rezeki akan terbuka untuk awak kali ini. Saya doakan yang terbaik buat awak sayang.

29.10.12

One step forward

Baru ingin melangkah pergi...
Ikram mesej aku. Tuhan sahaja tahu perasaan aku. Menangis dalam hati. Rindu yang tak terkata. Rindu yang menggoncangkan jiwa.

"Amni kecewa ngan Ikram kew? Kew Amni dh tawar ati ngan Ikram?"

Sejujurnya...kalaulah mudah kita hendak memadamkan kesilapan lalu dan memulakan ia semula seperti tiada apa-apa pernah berlaku. Kalaulah semudah itu untuk kembali bahagia bersamanya. Tapi tak semudah dan seindah perasaan menerima mesejnya itu.

Aku gembira dia mencari aku lagi. Tapi untuk apa?
Dia sayangkan aku lagi ke?
Apa perasaan dia ketika pertama kali nampak aku kat rumahnya tempoh hari?

Di tepi jelingan mata aku, aku nampak seseorang ingin keluar daripada bilik tidurnya. Tinggi sepertinya, dalam hati aku, "pasti itu dia". Langsir pintu biliknya diselak sedikit. Sungguh, aku dapat rasa perasaannya seperti kaget menerima kehadiran aku di dapur rumahnya bersama ibu dan adiknya. Entah kenapa aku seperti boleh rasa apa yang dia rasa. Kenapa Ya Allah? Kenapa aku seperti boleh rasa apa dia rasa? Tapi sering kali bila aku persoalkan dan tanya dirinya, jawapannya sering bercanggah dengan rasa dalam hati aku ini? Salahkah aku menafsir hatinya? Adakah naluri aku salah? Tapi mengapa perasaan ini begitu kuat mengganggu emosi dan pemikiran aku Ya Allah... Aku betul-betul rasa seperti serasi dan sejiwa dengannya... tapi semua yang aku nampak di depan mata aku sekarang adalah yang disebaliknya. Adakah syaitan yang menggoncangkan jiwa aku?

Bagaimana aku ingin memastikan, jika 'perasaan' ini dariMu jua Ya Allah? Bimbinglah aku Ya Allah. Jangan biarkan aku dalam kesesatan. :(

28.10.12

Berkorban Cinta

Awak dah tak ada hati kat saya lagi. Dan walau sekeras mana pun hati saya tunggu awak, saya hanya akan menyakiti hati saya lagi. Saya nak awak bahagia. Tapi memaksa awak untuk terima saya semula takkan merubah apa-apa yang ada dalam hati awak. Dan saya sedar... jika saya tetap tunggu awak, lambat laun famli awak pasti paksa awak untuk terima saya. Dan, saya pasti...awak takkan bahagia. Sebab saya bukan pilihan hati awak kan? :'( saya memang sayang awak sangat. Tapi kalau saya stay sini...keadaan akan bertambah rumit buat awak. Hanya satu sahaja jalan penyelesaian. Iaitu saya muncul dengan orang yang baru. Hanya setelah itu, baru famli awak akan benarkan awak ngan pilihan hati awak kan? Kalau ini sahaja caranya... saya akan pergi. Pergi cari kebahagiaan saya sendiri, walaupun saya tak yakin akan ada kebahagiaan selepas awak. Dan saya harap sangat, bila saya dah muncul dengan orang baru, awak takkan menyesal melepaskan saya. Kerana bila saya dah ada orang lain, takkan ada peluang lagi buat awak untuk dapatkan saya semula, melainkan saya putus dengan dia. Sebab prinsip saya, bila saya dah pilih seseorang untuk jadi kekasih hati saya, saya takkan duakan dia. 

Saya sedang berusaha wak. Berusaha mengamalkan ignatia amara. Sejenis ubat yang boleh lupakan saya tentang semua duka saya akan keretakkan hubungan kita. InsyaAllah, lepas saya pulih nanti, saya akan bawa diri. Saya harap awak jaga diri elok-elok... saya tak minta kita untuk berpisah. Kita tetap kawan. Tapi buat masa sekarang, pasti saya akan sakit kalau terserempak awak bersama orang lain. Sebab tu saya delete awak daripada facebook. Selain menghalang diri saya untuk post bukan-bukan kat wall awak. Saya tak boleh kawal diri saya. Penyakit saya ni dah teruk wak.

Apapun, saya akan berkorban kasih ini untuk awak. Saya akan buang sayang ni jauh-jauh. Sebab awak pun tak perlukan semua tu lagi kan? Betul cakap awak. Sia-sia je kalau saya sayang awak dan tunggu awak, padahal awak tak rasa apa-apa dah.

Awak jangan risau. Famli saya tak pernah tahu yang kita gaduh sekarang. Biar mereka nampak yang sayalah yang cari orang lain. Biar semua orang tahu yang saya curang ngan awak untuk menebus balik semua aib yang saya lontarkan pada awak. Saya tahu, banyak dosa saya kat awak. Awak tak pernah suka kan saya publisiti cerita kita kat orang. Kat blog ni je saya leh luah perasaan sekarang. Sebab saya tahu awak akan baca. Mungkin lepas ni saya buka cerita tentang kekasih baru saya. Untuk tutup cerita pasal kita. Jadi awak tak perlulah baca blog saya lagi. Ini yang awak nak kan? Awak betul-betul nak saya pergi kan? :( Untuk awak, saya sanggup.

Saya datang umah tadi pun sebab pakwan ajak datang. Lepas ni kalau saya datang umah awak, kita dah tak ada perasaan kot antara satu sama lain kan? Pakwan cakap kat saya. Dia dan Mak Leha anggap saya macam anak mereka. Saya terharu sangat. Hikmahnya, walaupun saya kehilangan cinta awak, tapi saya ada cinta famli awak yang akan kekal, sampai bila-bila. Saya bersyukur pada Allah. Semua yang terjadi itu ada hikmahnya kan awak?

Okla, nak pergi solat maghrib ni.
Jaga diri awak baik-baik. Jangan eksiden lagi tau. Buat orang risau jela awak ni. :(
Take care. Awak sentiasa ada dalam doa saya. Moga Allah lindungi awak daripada kecelakaan.

Saya curi gambar kat fesbuk pakwan. sebab comel sangat. haha... kbai.

27.10.12

kenapa aku tak tau :'(

Teringat-ingat akan kata-kata Mak Leha tadi.
"Ikram eksiden hari tu. MC banyak hari dah"
Aku tergamam. Terus lihat pada luka pada kaki dia. Aku nak nangis. Masa tu aku nampak mata Mak Leha pun berair. :'( Aku sedih sangat.

"Bila dia eksiden?" aku tanya.
"15hb macam tu rasanya..."

Ya Allah... 2 minggu dah?? Kenapa aku tak tahu? Aku teringat semua kata-kata buruk aku kat dia selama tempoh tu. Semua perkara yang aku persalahkan dia... Tapi sedikit pun aku tak tau kesusahan, masalah dia. :( Kesakitan dia. Ya Allah, aku rasa bersalah sangat. Rasa macam BODOHNYA AKU!! Kesian dia :( Tapi dia tak pernah nak cerita semua tu...

Patutla aku asik demam je. Rupanya Allah nak tunjuk, yang dia pun sakit jugak. Memang, naluri tu kuat beri petanda, tapi jiwa itu juga kuat memegang pada janji. Janji untuk bersama sehidup semati.

Dan sekali lagi, aku terfikir.
Betulkah semua penafian dia itu?
Ataukah ia semua sekadar untuk menahan amarahnya?
Dia sayang aku lagi ke?

Ikram...kalau Amni tau Ikram eksiden, Amni tak cakap semua tu... :(
Please take care of yourself...
B'cause I care so much about you.

Butang Baju Melayu

Di kampung. Sedang aku layan mesej kawan lelaki yang aku tengah kenal sekarang, tiba-tiba mak aku tegur. "Ha..nanti kalau si Ikram tau ni nanti dia marah plak..."

Sedih je dengar nama dia kena sebut oleh mama. Kalaulah mama tahu yang Ikram memang dah tak ada hati kat aku.... Hm...

Aku nak mesej siapa lagi? Dia dah tak nak mesej aku dah :'(
Dak laki ni je yang asik mesej kacau aku. Bosan la tak ada kawan nak mesej. Layan jela.

Kadang-kadang aku fikir bnda bodoh macam "Agak-agak dia tengah pakai tak butang baju melayu yang mama bagi kat dia?" dan dalam masa yang sama aku sematkan brooch yang matching ngan butang tu pada baju aku. Konon-konon sehati sejiwa la tu. Hmmm..aku memang bodoh kan. Fikir macam budak-budak je. Tah pape.

24.10.12

Lelaki yang Malu

Teringat kali pertama dia datang makan kat rumah saya. Hehe. Masa tu dia makan mihun sup. Dia duduk atas kerusi kayu. Yang comelnya, bila dia duduk, kaki dia rapat-rapat macam perempuan, sambil makan pandang mangkuk je, tak angkat kepala langsung, sambil senyum-senyum malu. Tetapi kawan-kawannya yang lain seramai 9 orang, duduk terkangkang macam lelaki biasa. Hahaha...
Amat melucukan. Tapi itulah memori manis saya akan dia. :')

21.10.12

you


I can still smell you.
Even if you're miles away from home.
Your scent never fading.
I <3 U

11.10.12

Mana datang bau ni??

Dah berapa hari dah aku asyik bau badan si dia kat dalam bilik mandi hostel aku ni. Masuk je bau, masuk je bau. Perempuan mana plak yang pakai minyak wangi lelaki ni??! Mungkin bau sabun mandi sama yang dia pakai kot. HAHA... ish! Ngah busykan diri pun leh teringat kat dia. Hmmm...
Dugaan betul.

Semalam nangis lagi. Teringat dia masa nak tidur. Teringat semua benda dia buat. Sedih.

Yela, masa nak tidur kan tak buat apa-apa. Dalam gelap, sunyi sepi. Mesti teringat jugak. Dia tibe-tibe je. Macam dah queue siap-siap tunggu turn aku free skit je, mula la dia nak kacau aku :(

Memang sakit kan. Bila kita sayang dia, tapi dia macam dah tak sayang kat kita pun. Tanya khabar pun tak. Memanglah, mak dia pun pernah cakap. Sedangkan mak dia sendiri pun dia jarang kol. Tapi aku tau dia sayang sangat mak dia. Aku rasa itu pun dah cukup. Cukuplah dia tahu tanggungjawab dia terhadap famili dia.

Kan best, kalau aku dah kerja. Ada duit sikit, leh bagi mama abah sikit. Mesti mereka hepi, walaupun duit gaji kita tak seperti mereka... Tapi kegembiraan mereka menerima sesuatu daripada anak mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

:') haha.. tetibe mata berair plak ngan ayat sendiri.
Bilalah aku dapat berbakti kepada kedua orang tuaku? Ya Allah, panjangkanlah umur mereka agar aku sempat berbakti pada mereka.

9.10.12

Love VS Crush

Awak nak tau tak. Saya tak kisah kalau awak tak lagi sukakan saya atau hubungi saya. Sebab bagi saya, cukuplah saya tahu yang saya memang sayangkan awak dan saya tak kehilangan apa-apa bila awak tak ada. Sebab cinta awak masih ada dalam diri saya.

Malah saya tetap selesa bila keadaan macam ni. Seperti waktu dahulu apabila saya menyukai seseorang tetapi cinta saya tidak dibalas. Saya tetap merasa gembira. Saya tetap jadi diri saya. :)

Walaupun sebahagian dalam diri saya merasa sunyi sejak awak tiada, tapi sejak awak pergi, saya jumpa ramai orang yang hepikan saya. Sungguh, saya rasa disayangi. Dan saya rasa biarlah awak menjadi cinta dalam hati saya sampai bila-bila walaupun awak tidak lagi mahukan saya. Agar saya mampu terus bersemangat dengan memori-memori kita dahulu. Mungkin satu hari nanti bila jodoh saya sampai, saya akan bersedia untuk lepaskan awak untuk selamanya. :')

Mungkin itu yang terbaik.

Saya sedang berusaha awak. Berusaha untuk menyayangi diri saya. Hati saya hanya untuk mereka yang betul-betul hargai diri saya. Bukan mudah untuk menggantikan awak iaitu seseorang yang saya rasa sudah cukup sempurna bagi saya. Mungkin keretakan pada masa lalu berpunca daripada saya. Saya terima salah silap saya.

Semoga kita berdua akhirnya akan bertemu kebahagiaan, walaupun mungkin bukan dengan satu sama lain.


Saya tetap akan sayangkan awak. Sampai bila-bila.

5.10.12

Surat buat Mr IR

Saya minta maaf sebab buat publisiti plak hal kita kt wall awak. Saya dah gila la wak. Takleh nak fikir rasional je. Saya cuma nak tarik perhatian awak je, tapi tarik perhatian orang lain skali plak. Haha.  Cian awak, sampai mak awak semua tanya sal kita. Memang betul cakap awak, perempuan ni merunsingkan. Dan contoh yang terbaik = saya. Saya sedar. Saya banyak berubah sejak dua menjak ni. Betul la cakap orang tua-tua. Bila dah lama kenal, perangai sebenar orang tu akan terlihat. Awak mesti tak nak kawan dengan saya dah kan? Saya pun tak suka jadi macam ni. Saya pun tak tau kenapa saya jadi kelam macam ni dengan awak, dahlah kuat jeles tahap gaban. Hmm... saya...entahla. Bila kita gaduh je, hati saya tak tenang wak. Saya ingat senang la nak pergi. Tapi hati saya berat nak pergi. Macam Dia suruh saya tunggu awak. Tapi terus terang, saya rasa macam nak give up je, sebab awak pun dah macam give up dengan saya.

Saya tahu, saya bukanlah seorang yang cool macam awak. Saya memang kelam, tambah lagi bila melibatkan awak. Saya jeles pun sebab takut saya kehilangan cinta awak. :( tapi saya tahu, saya tak berhak nak takut kehilangan awak, sebab awak milik Allah, hanya Dia sahaja yang leh tentukan sama ada awak milik saya atau tak nanti.

Mungkin ambil masa nak lupakan awak. Saya akan cuba k. :'(

Sorilah pasal tadi. Line terputus sebab kredit saya habis. Baguslah. Kalau kredit habis, nanti saya hantar mesej kat awak pun tak sampai. Sekurang-kurangnya awak tak perlu dengar daripada saya. Bukan mudah saya nak kawal tangan saya dari SMS awak. Huhu... keinginan nak gitau awak segala-galanya tak dapat dibendung. Saya anggap awak orang special dalam hidup saya. Semua benda saya nak cerita kat awak. Awak mesti rimas kan. Yang pelik, awak buat macam-macam pun saya takleh bencikan awak macam saya bencikan orang lain. Entahlah. saya rasa macam awak masih sayangkan saya lagi. Tapi saya tak tahu isi hati awak. Awak selalu cakap, "takkan tak nampak?"

Saya takleh nak cakap, saya takleh nak yakin, saya tak tahu betul ke tak jangkaan saya, sebab saya cuma menjangka. Yang tahu isi hati awak hanya Allah sahaja yang tahu. Sebab tu saya bagai separa gila kerana cuba untuk memahami isi hati awak, sebab pada hakikatnya, saya takkan faham. Sebab saya tak ada kuasa untuk nampak apa yang awak rasa, melainkan awak sendiri cerita kat saya. Semua benda yang keluar dari mulut awak, setiap detail, saya akan ingat, saya akan percaya, saya akan tanamkan dalam hati saya. Sebab awak penting bagi saya.

Saya sentiasa cari peluang nak berbaik balik ngan awak. Tapi saya sedar, perkara tu hanya akan menolak awak pergi lebih jauh. Hari tu saya skype ngan sorang abang ni. Abang Safiri.


Abang ni buat saya rasa gembira sangat. Hehe. Sama macam Idham. Tapi sampai ke penghujungnya, saya teringatkan awak, tiba-tiba kegembirakan tukar jadi sedih. Dari senyum, saya terus menangis tak tertahan. Sedih sebab yang happykan saya tu bukan awak :( Pelik kan. Patutnya saya happy la ada orang happykan saya, tapi saya sedih plak orang tu bukan awak.

Ramai orang yang boleh buat saya happy. Tapi tak ada orang yang leh bahagiakan saya macam awak. Sebab bila ada awak dalam dunia saya...saya akan sentiasa happy. Kalau saya sedih pasal awak pun, saya akan mudah lupakan. Sebab saya tahu awak sayang saya, dan itu pun sudah cukup. Tapi sekarang bila awak menjauh, saya rasa macam diri saya tak lagi awak perlukan. Tapi saya susah nak move on.

Tiap-tiap malam saya doa pada Allah, tenangkan hati saya. Tapi saya tetap macam ni jugak. Bukan saya minta, bukan saya sahaja-sahaja nak berangan. Kadang-kadang tengah busy, tengah gelak tawa ngan kawan pun saya rasa macam nak nangis bila teringat kat awak. Makan pun tak lalu.

Awak jangan salah faham. Saya bukan nak minta simpati awak. Saya nak awak tahu. Yang saya tak happy sejak awak menjauh. Saya tahu saya banyak salah kat awak. Awak boleh hukum saya. Tapi cukuplah awak. Jangan hukum saya lagi please :(

Kalau awak nak ruang, awak cakap je. Saya leh bagi awak ruang. Pelik. Dah 3 tahun kenal awak, tapi saya masih tak dapat nak faham awak. Awak memang sangat misteri. Takyah cakap sal saya, Mak Leha pun kadang-kadang tak faham dengan cara awak. Hehe. Kadang-kadang seronok jugak bila Mak Leha bukak crite sal awak, saya teruja. :P

Tak apalah awak. Jaga diri awak baik-baik. Saya akan cuba sedaya upaya untuk tak contact awak.

Saya tak harapkan pun awak akan baca ni. Tapi kalau awak rindu saya, atau masih sayangkan saya, mesej saya ye awak? Kalau awak mesej saya, dunia saya akan bercahaya semula. Walaupun awak hantar mesej kosong sekalipun. Saya akan happy sangat-sangat. :')

Jg diri. Jangan lupa makan. Jangan lupa solat.
Assalamualaikum.