27.3.13

Dedaunan Rapuh

Musim luruh kembali menyelubungi suasana.
Musim berganti musim, kembali kita pada musim terakhir kita jatuh.
Dan kini kita kembali jatuh.
Pernah kita jatuh, dan berkecai.
Dan aku sudah menyangka, jika sekali lagi kita jatuh, kita pasti akan berkecai lagi.
Hati aku,
Hati aku...
Hati aku... :(
Tak mampu lagi berkecai, kerana pecahan serpihannya sudah seribu kali retak,
Tak mampu lagi untuk disambung.
Sekali lagi kita jatuh, kau tersungkur.
Aku kecewa.
Kau...
kau kecewakan aku lagi.
tak mampu aku berkata apa-apa lagi...
hanya mampu menjauh buat kali ini.
Kau...
fahamkanlah sepiku.
fahamkanlah retak-retak di hatiku.

fahamkan. aku tak mampu lagi hidup dalam dusta, dalam kekecewaan, rasa dipergunakan.
akal fantasia, dunia maya paradigma.


Selamat tinggal Encik M...
Selamat tinggal Encik S...
Jaga diri Encik I... :(