13.12.12

Why My Soul is Complete with him by my side

Amboi panjang benor tajuk i kali ini. Haha. Eh. Gedik plak ber 'i'. Haha.
Warning, this is a very geli-geli entry, so you can pangkah before you muntah sebakul oke. Ahackz! XD
I feel so complete when he's around! haha...
Orang kata tak kenal, maka tak cinta.
Memang! Dulu sebelum kenal dia, aku meluat sungguh ar. Kenal kat Kampungchat. Pastu dah ada YM aku, sikit-sikit nak buzz aku. Memang annoying gila. Dia minta Myspace aku. Pastu aku macam usya-usya gambar dia kat Myspace, aku cam pandang sebelah mata je. Adeh mamat ni...botak plak. Haha.. Yela dia cam dressup cam skinhead je. Time tu aku tak kenal pun apa tu Skinhead. Pastu malas la nak layan. Tapi dia buzz gak aku kadang-kadang. Sampai satu masa tu aku break ngan bf aku. Aku macam sedih gila time tu. So dia buzz aku cam biasa, dan aku pun chat jela ngan dia. Luah semua. Tak sangka plak dia sekampung dengan aku. Haha... Dia minta number fon. Tak tau camne leh bagi kat dia. Haha.
Pastu aku ingat lagi, Raya 2009, dia cakap nak mai raya umah aku. Aku ingat dia bergurau, so aku pun iye2 kan jela. Sekali, dia betul-betul mai. Hahaha..

Apa yang menyebabkan aku rasa lengkap hidup ngan dia bukanlah kerana persamaan yang kami ada, malah perbezaan yang menyelubungi kami. Kalau ikutkan, banyak sangat perbezaan antara kami. AKu pernah terfikir seketika dulu, bolehkah seseorang hidup dengan seseorang yang berlainan tabiatnya dengan kita? Boleh bahagia ke? Dan sekarang baru aku rasa, apabila kita bersama dengan orang yang berlainan characteristic dengan kita, kita akan lebih rasa sempurna diri kita. Mengapa?

Dia seorang yang sangat-sangat pemalu. Aku pula separa malu. Kadang-kadang aku ni clumsy, dia plak cool je. Jadi kalau tiba satu situasi yang sedikit memalukan, dia akan menegur aku. So aku akan lebih berhati-hati di kemudian hari.

Aku ni BI boleh la tahan gak. Dia plak...keok. haha. Tapi sejak dia kenal aku, BI dia makin improve. Dia rajin tanya, perkataan ni apa maksudnya... Aku pun kadang-kadang heran gak, mana dia dapat vocab-vocab bombastic ni kan. Dan selalunya dia akan peroleh semua tu daripada game online dan lyric lagu. LOL.

Dia seorang yang berani dan tegas. Aku plak jenis takut orang marah, tapi aku ni degil sedikit. Jadi dia banyak la bagi nasihat. Haha... dia lagi muda daripada aku, tapi pemikiran dia lebih matang daripada aku. Cakap macam orang tua. Haha. Memang dia lebih matang daripada aku, daripada segi kehidupan ni. Memang aku akur, kita tidak boleh ukur ilmu seseorang dengan sijil semata-mata. Buat apa ada PHD, kalau nak survive sendiri FAIL. Kena campak kat hutan, tapi terkial-kial. Itu yang aku kagum sangat ngan dia. Bab nak survive ni, dialah.

Cuma dia ni jenis malas bertanya kat orang tak kenal. Pernah nak tanya sal urusan-urusan pejabat, nak jumpa dengan siapa, dia dok ke hulu hilir cari apa pun tak tau. Last-last aku yang bertanya pada pegawai tu. haha...

Kalau pasal kawin toksah cakap la. Aku nak nikah cepat2!! Haha. Dia plak jenis fikir panjang dulu.

Dia cakap aku ni suka berangan-angan je lebih. Dalam diam sebenarnya dia fikirkan banyak perkara. Pasal rumah, pasal kenderaan, pasal kerja, pasal nak sara aku dan anak-anak nanti. Dia cakap banyak nak difikirkan. Dan mak dia sendiri pernah cakap ngan aku, yang dia ni kalau boleh nak semua tersedia dulu (dah ada rumah sendiri, dah ada kereta, dah ada kerja tetap) baru dia nak datang meminang aku.

Punyelah complicated dia fikir, semua untuk kebaikan kami, dan aku tak pernah terfikir semua tu. Huhu...

Kadang-kala aku ni senyap je. Selalu aku akan bising la bla bla bla ngan dia, tapi bila aku senyap, mesti dia tanya aku kenapa. Padahal ada kalanya aku memang akan prefer senyap daripada bercakap. Jadi dia memang perihatin sangat.

Dia ni seorang yang pengemas. Aku? lalala! haha.
Bangun awal? cuba teka siapa? haha.
tidur awal? cuba teka siapa? XD
Dia memang cam perempuan. Muka pun sensitif, licin! Ah! jeles aku.

So aku leh bayangkan lah...kalau kita kawin esok dalam rumah tu, mesti dia yang banyak membebel. Haha.
potpetpotpet.

Dia merajuk, takyah cakap ar. Haha.

Tapi aku pandai pujuk kan? Kalau tak, kita takkan baik ar sekarang. HAHA.

gaduh baik gaduh baik. Sampai aku dah lost count dah berapa kali kita gaduh-baik sudah. =.="

Entahla...orang kata, sedangkan yang bercinta pun bergaduh, apatah lagi yang dah berkawin.
Aku takut jugak, takut lepas kawin nanti aku lagi tak tahan.

Tapi dia pernah cakap dulu.
"Sy buat semua ni, sebab saya nk tengok, sejauh mana awk boleh tahan ngn sy. Nk kahwin dgn seseorang bukan sehari dua, tapi seumur hidup"

Hm...kejam. selama ni aku diuji sebegitu rupa. Huh!
Tapi kire, aku lulus la ni ek? Sebab sampai sekarang aku still ngn dia? entahla. haha

Tapi aku dapat rasa yang makin lama tak berhubung ngan dia, aku macam dah makin tak kisah kalau dia tak mesej aku. Henpon aku pun dah tak pegang sangat. tau2 dah ada miscall banyak ngn mesej tak terbalas. Haha. Sebab aku time keluar bilik je baru aku akan usya enset. enset memang silent la. Aku sekarang alergik kalau dengar ringtone. Rasa sakit hati. Haha. Tak tau nape.

Tapi, perlukah aku risau sebab aku dah tak kisah tentang dia tak mesej? Macam kelakar plak. Macam aku plak yang jual mahal. Haha. Camne kalau aku tak ada perasaan kat dia dah satu hari nnti? Adeh...
Dia mesej tadi. Aku plak tak ada kredit. Haha. Hm...rindunya kt dia. Nak jugak ye dia cari aku? Hahahaha bestnyaa!!! XD Tula, sehari tak mesej dia. Bukan sebab merajuk, sebab mls nak mesej. kalau mesej, bukannya dia bls sgt pun. XP

aaaaaaaaaaa.... k la. nk tidoq. nite.