Haha. Eh, belum apa lagi aku dah gelak. XD
Iyolah, kita kena hidup hepi kan. Anyway, baru-baru ni dapat tahu yang kawan aku lagi sorang dah bertunang. Dan bila aku tengok pada komuniti kawan-kawan aku yang beredar di sekeliling dia, mereka pun sudah bertunang juga. Ada yang dah nikah pun. LOL. Kawan aku yang baru bertunang ni boleh dikatakan rapat la juga. Tapi tak dela RAPAT sangat. Just roomate aku waktu di MMC dulu. Aku dapat tahu pun daripada gambar dia kat Facebook. Bertarikh 15 November??? Haha... Dan aku baru prasan pada tarikh 16 December. =.=" Gila lama. lol.
Kenapa ek...
Oh, mungkin sebab bertunang kan takleh heboh sangat...siapa yang tau, tau la.
XD
Tapi ada yang nikah senyap-senyap je? Tak gitau aku pun. (Tu la, siapa suruh kau tukar nama jadi Kipas Angin dalam fesbuk) haha.
Entahla..aritu aku ada buat entry sal terasa ngn kawan sekolah aku yang dia nak bertunang. Padahal dia memang rapat ngan aku dulu. Hm... Aku tak kisah kalau dia tak jemput datang, tapi at least gitau jela dia nak tunang. Bukannya suruh dia heboh, heboh kat aku sorang cukup. LOL
Pastu bila kawan-kawan aku yang baru-baru ni bertunang juga, aku terfikir,
buat apa aku nak terasa? Itu life diorang, patutnya aku hepi la untuk diorang, patutnya aku doakan la yang baik-baik untuk diorang. Ni tak, cam aku plak jelous diorang dah bertunang. haha.
Bila aku dah fikir mcm tu, tiba-tiba hati aku rasa lapang je. Aku rasa hepi sangat kat dalam jiwa aku ni. Mungkin juga hasil tahajjud dua malam. Haha. Yup, sekarang aku dah mula amalkan tahajjud. Aku ada terbaca yang ia boleh melapangkan dada dan memberi ketenangan pada mereka yang mengamalkannya.
Pasal love life aku?
Hm..aritu kan aku dah amek kursus kahwin. Aku saje saje je amek, sebab nak teman kawan aku. Aku ada tanya juga kat abah aku, patutkah aku amik awal-awal ni. Abah aku excited gila, dia lagi suka aku amek awal-awal. haha. Pastu entah macam mana, patutnya sijil aku dan kawan aku dapat minggu hadapannya, sebab kami daftar lambat. Tapi bila dah habis kursus tu, tengok-tengok sijil kami dapat, tapi kesian, kawan aku plak ada masalah ngan sijil dia, nama dia eja lain. Haha... Kesian dia, padahal dia dalam proses dah nak kawen. Tapi Allah memudahkan bagi aku.
Time tu aku tengok sijil aku, PERFECT. Nama aku, IC aku...
Cuma terdetik dalam hati aku, "siapalah calon imamku itu nanti kan?"
Kawan aku sorang lagi cakap kat aku sal peristiwa ni, entah-entah aku yang kena ikat dulu nanti. Haha.
Aku fikir satu je. Aku nak kawin dengan orang yang boleh buat aku hepi. Kalau sekarang pun dia hanya buat aku nangis, buat apa kan. Aku sayang dia macam mana pun, buat apa kalau aku nak kena hidup seumur hidup aku ngan dia. Hm... memang aku tak pernah berubah. Dari dulu sampai sekarang hati aku tetap kat dia. Tapi kalau dia dah berubah, aku tak boleh buat apa kan?
Kalau ditaqdirkan aku tak jumpa jodoh aku kat dunia ni pun, aku nak hidup hepi juga macam orang lain! :')
In shaa Allah...