19.11.12

Melangkah dengan Pemikiran Baru

Aku ni macam pentingkan diri sendiri pula bila menulis kat blog aku ni. Haha. Aku dah jadikan blog ni sebagai self reflect pada kehidupan aku. Seperti manusia lain, aku perlu juga muhasabah diri dan memahami diri sendiri agar aku dapat perbaiki diri aku menjadi lebih baik. Jadi sekali lagi, sesiapa yang rasa macam malas nak dengar cerita-cerita feeling, tacing2 daripada aku, boleh unfollow secara manual di dashboard masing-masing. Sebab tu aku tak letak follow box lagi, dan ruang komen. Sebab aku nak bagi ruang pada diri aku untuk memahami diri aku.

Bila orang lain bagi pandangan, memang elok, agar kita tahu pandangan orang lain, dan tahu pengalaman peribadi dia. Tapi kadang-kadang orang komen sehingga memaksa aku untuk berubah mengikut pandangan dia, atau senang cerita, aku ni cepat terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Daya pertimbangan aku kurang bila aku tidak diberi ruang untuk explore sendiri diri aku.

Anyway, hari ni aku nak cakap sal isu semalam. Yela, sal aku dapat tau yang dia masih ada perasaan kat ex dia (ex dia masa knal aku). Aku sedih gila semalam. Sampai takleh tidur. Lepas tulis entri tu, aku tutup laptop. Daripada pukul 12 tu aku baring kat katil dalam gelap. Ulang-ulang lagu "Pendam-Shahir" Sambil nangis, untuk terapi perlepasan. Haha. Sebab kalau pendam-pendam, nanti aku takut, tiba masanya nanti aku akan nangis non stop depan orang ramai. Sebab tu kalau aku sedih, ada masalah, aku tunggu dah malam, gelap, baru aku akan nangis puas-puas. Nangis tak berbunyi tau. Kalau tak, kantoi aku.

So nangis la. Tak lama. Sampai pukul 1. Dah puas nangis. Air mata dah kering betul-betul. Kering di sini maksudnya bukan air mata yang dah jatuh itu kering, tetapi keadaan di mana air mata dah tak kuar-kuar dah. Haha. :D So kul 1 tu, aku simpan headfon, dan tutup mata, cuba untuk tidur. Sungguh aku tak sangka, aku kena serang insomnia semalam. =.=" aku pusing kiri, pusing kanan, takleh tidur. pandang siling. Pusing pusing, bangun duduk. Takeh tidur. Otak aku kebas rasa macam nak gila punya pening. Last aku tengok jam kul 5.25am. Jam aku pula alarm kul 6.15. Haha. Entah berapa minit aku dapat tidur.

Pagi esok bangun-bangun, kawan aku terkejut. "Ayie! Mata kau!!" o.O Giler bengkak warna hitam. Macam mayat. Hahhaa.... Tak jadi aku kai kontek lens, kena pakai spek. Tu pun nampak jugak. LOL. Semua kat kelas kata aku nampak cam sakit. Aah. sakit jiwa. Haha.

Tengahari tadi Ikram tiba-tiba mesej aku. Dapat la berbual kejap ngan dia. Pelik. Dia berbual macam biasa ngan aku. Macam tak ada apa-apa pernah berlaku. Macam aku tak tau je sal perasaan  dia tu. Ya. Aku tau pun daripada status fb dia. First time aku nampak dia update status ngan hal perasaan. Sebab dia ni jenis tak tunjuk dia ada masalah. Dia jenis ego. Mungkin sebab dah lama dia simpan, so dia nak orang lain bagi pendapat. Atau dia nak ex dia baca dan tahu perasaan dia.
Haha... Dia tak sedar ke apa aku rasa bila baca status tu? hm...

Dia tak amik port pun kan perasaan aku. Tapi status dia, ada sesuatu kelainan yang aku nampak.

"hapuskan rasa cinta ku terhadap dia ya Allah"

Dia nak berusaha untuk buang ex dia jauh-jauh. Untuk apa? Untuk aku ke?
:( berangan jela aku ni. dah jelas dia suka org lain, aku stil nk perasankan diri. Haha. siot je.

Mungkin dia dah sedar, yang dia menyakiti aku kerana rasa macam tu.

Tapi yang ajaibnya, hari ni aku rasa lain sangat.

Pada mulanya aku tak nak balas mesej dia. Tapi akhirnya aku balas. Dan daripada mesej, aku mampu harungi satu call ngan dia. Dan perasaan aku tetap tenang terima dia. Terasa diri matang pula dapat harungi situasi tu tanpa rasa marah, tanpa kecewa, tanpa gaduh-gaduh. Aku rasa dengan pura-pura tak tahu, aku dapat harungi semuanya dengan baik. Atau mungkin diri dia yang cukup buatkan aku rasa tenang, terus buat aku lupa yang aku kecewa dengan perasaan dia. Ya Allah, aku memang benar-benar sayangkan dia. Aku terima kalau dia masih sayangkan ex dia. Dari dulu, aku sedar aku bukan perempuan pertama dalam hati dia. Tapi perkara tu tak menjadi masalah pada aku, kerana mungkin aku cuma harapkan untuk menjadi 'perempuan terakhir' dalam hidup dia.

Walau apapun, hari ni pemikiran aku telah berubah. Aku lebih selesa terima dia sebagai kawan. Di mana aku tetap ada susah senang di sisi dia. Dan bila aku anggap dia kawan, aku takkan rasa kecewa lagi dan mengharapkan lebih daripada dia daripada soal perasaan. Mungkin cara ini juga akan memakan diri aku, di mana suatu hari, dia akan jumpa perempuan lain, dan aku tetap akan kecewa melihat dia pergi dengan orang lain. Walau bagaimanapun, ketika itu, mungkin aku dah belajar untuk terima semuanya. Jodoh. Kalau dah jodoh dia, siapa aku untuk menghalang? Allah dah rancangkan yang terbaik untuk kita. Perjalanan hidup aku ni masih jauh.

Allah tak pernah janjikan kebahagiaan di dunia. Tetapi dia telah janjikan kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat bagi orang-orang yang beriman.

Yup, mungkin aku rasa macam "HELL"  tempat ni! Biasa la tu. Dunia ni memang neraka bagi insan beriman. It's supposed to feel like that.

Aku dah mula terima hakikat. Bukan semua perkahwinan berdasarkan cinta kan? Perkahwinan adalah tanggungjawab, dan amanah, dijalankan ikhlas kerana Allah untuk menghalang maksiat, menjaga maruah dan membina institusi keluarga yang berdasarkan ajaran agama Islam.

Ada setengah orang tak pernah jumpa, lepas nikah bru kenal dan bercinta.
Ada setengah orang bercinta bertahun-tahun, dan sambung bercinta selepas nikah.
dan ada setengah orang berkahwin, masing-masing tak bercinta. Berkahwin kerana Allah SWT semata-mata. Haha.. Mungkin itu aku kot.

Kalau betul kami ada jodoh. Aku kena terima hakikat yang hati dia bukan untuk aku. Hati dia milik Allah. Jadi untuk takluki dia, mestilah melalui Allah jua kan? ^.^
Mungkin pada mulanya aku akan bertepuk sebelah tangan, tapi lama-lama nanti... :)

Ye. Aku tak pernah ada dalam hati dia. Jadi, Ayie. Takyahla berangan lagi.
Dan aku akan berhenti meneka perasaan dia terhadap aku, sebab dah konfem dia tak cinta aku. Haha...

tahle...