28.10.12

Berkorban Cinta

Awak dah tak ada hati kat saya lagi. Dan walau sekeras mana pun hati saya tunggu awak, saya hanya akan menyakiti hati saya lagi. Saya nak awak bahagia. Tapi memaksa awak untuk terima saya semula takkan merubah apa-apa yang ada dalam hati awak. Dan saya sedar... jika saya tetap tunggu awak, lambat laun famli awak pasti paksa awak untuk terima saya. Dan, saya pasti...awak takkan bahagia. Sebab saya bukan pilihan hati awak kan? :'( saya memang sayang awak sangat. Tapi kalau saya stay sini...keadaan akan bertambah rumit buat awak. Hanya satu sahaja jalan penyelesaian. Iaitu saya muncul dengan orang yang baru. Hanya setelah itu, baru famli awak akan benarkan awak ngan pilihan hati awak kan? Kalau ini sahaja caranya... saya akan pergi. Pergi cari kebahagiaan saya sendiri, walaupun saya tak yakin akan ada kebahagiaan selepas awak. Dan saya harap sangat, bila saya dah muncul dengan orang baru, awak takkan menyesal melepaskan saya. Kerana bila saya dah ada orang lain, takkan ada peluang lagi buat awak untuk dapatkan saya semula, melainkan saya putus dengan dia. Sebab prinsip saya, bila saya dah pilih seseorang untuk jadi kekasih hati saya, saya takkan duakan dia. 

Saya sedang berusaha wak. Berusaha mengamalkan ignatia amara. Sejenis ubat yang boleh lupakan saya tentang semua duka saya akan keretakkan hubungan kita. InsyaAllah, lepas saya pulih nanti, saya akan bawa diri. Saya harap awak jaga diri elok-elok... saya tak minta kita untuk berpisah. Kita tetap kawan. Tapi buat masa sekarang, pasti saya akan sakit kalau terserempak awak bersama orang lain. Sebab tu saya delete awak daripada facebook. Selain menghalang diri saya untuk post bukan-bukan kat wall awak. Saya tak boleh kawal diri saya. Penyakit saya ni dah teruk wak.

Apapun, saya akan berkorban kasih ini untuk awak. Saya akan buang sayang ni jauh-jauh. Sebab awak pun tak perlukan semua tu lagi kan? Betul cakap awak. Sia-sia je kalau saya sayang awak dan tunggu awak, padahal awak tak rasa apa-apa dah.

Awak jangan risau. Famli saya tak pernah tahu yang kita gaduh sekarang. Biar mereka nampak yang sayalah yang cari orang lain. Biar semua orang tahu yang saya curang ngan awak untuk menebus balik semua aib yang saya lontarkan pada awak. Saya tahu, banyak dosa saya kat awak. Awak tak pernah suka kan saya publisiti cerita kita kat orang. Kat blog ni je saya leh luah perasaan sekarang. Sebab saya tahu awak akan baca. Mungkin lepas ni saya buka cerita tentang kekasih baru saya. Untuk tutup cerita pasal kita. Jadi awak tak perlulah baca blog saya lagi. Ini yang awak nak kan? Awak betul-betul nak saya pergi kan? :( Untuk awak, saya sanggup.

Saya datang umah tadi pun sebab pakwan ajak datang. Lepas ni kalau saya datang umah awak, kita dah tak ada perasaan kot antara satu sama lain kan? Pakwan cakap kat saya. Dia dan Mak Leha anggap saya macam anak mereka. Saya terharu sangat. Hikmahnya, walaupun saya kehilangan cinta awak, tapi saya ada cinta famli awak yang akan kekal, sampai bila-bila. Saya bersyukur pada Allah. Semua yang terjadi itu ada hikmahnya kan awak?

Okla, nak pergi solat maghrib ni.
Jaga diri awak baik-baik. Jangan eksiden lagi tau. Buat orang risau jela awak ni. :(
Take care. Awak sentiasa ada dalam doa saya. Moga Allah lindungi awak daripada kecelakaan.

Saya curi gambar kat fesbuk pakwan. sebab comel sangat. haha... kbai.