29.10.12

One step forward

Baru ingin melangkah pergi...
Ikram mesej aku. Tuhan sahaja tahu perasaan aku. Menangis dalam hati. Rindu yang tak terkata. Rindu yang menggoncangkan jiwa.

"Amni kecewa ngan Ikram kew? Kew Amni dh tawar ati ngan Ikram?"

Sejujurnya...kalaulah mudah kita hendak memadamkan kesilapan lalu dan memulakan ia semula seperti tiada apa-apa pernah berlaku. Kalaulah semudah itu untuk kembali bahagia bersamanya. Tapi tak semudah dan seindah perasaan menerima mesejnya itu.

Aku gembira dia mencari aku lagi. Tapi untuk apa?
Dia sayangkan aku lagi ke?
Apa perasaan dia ketika pertama kali nampak aku kat rumahnya tempoh hari?

Di tepi jelingan mata aku, aku nampak seseorang ingin keluar daripada bilik tidurnya. Tinggi sepertinya, dalam hati aku, "pasti itu dia". Langsir pintu biliknya diselak sedikit. Sungguh, aku dapat rasa perasaannya seperti kaget menerima kehadiran aku di dapur rumahnya bersama ibu dan adiknya. Entah kenapa aku seperti boleh rasa apa yang dia rasa. Kenapa Ya Allah? Kenapa aku seperti boleh rasa apa dia rasa? Tapi sering kali bila aku persoalkan dan tanya dirinya, jawapannya sering bercanggah dengan rasa dalam hati aku ini? Salahkah aku menafsir hatinya? Adakah naluri aku salah? Tapi mengapa perasaan ini begitu kuat mengganggu emosi dan pemikiran aku Ya Allah... Aku betul-betul rasa seperti serasi dan sejiwa dengannya... tapi semua yang aku nampak di depan mata aku sekarang adalah yang disebaliknya. Adakah syaitan yang menggoncangkan jiwa aku?

Bagaimana aku ingin memastikan, jika 'perasaan' ini dariMu jua Ya Allah? Bimbinglah aku Ya Allah. Jangan biarkan aku dalam kesesatan. :(