21.8.12

Jadi budak jahat kan senang...

Bukan susah pun nak jadi budak jahat. Senang je. Dan dalam masa yang sama, semua masalah kita akan hilang, sebab bila jadi budak jahat, kita takkan kisah dengan semua masalah kecik tu. Tapi kenapa bila kita jadi baik, bertambah-tambah masalah kita? Sebab Allah sayangkan kita. Lagi bertambah iman seseorang, lagi banyak Allah duga kita. Sebab Dia nak uji kita. Sama ada kita akan masih tetap dijalanNya, atau lari mengikut syaitan yang laknat tu. Apa susah? Allah takkan berikan dugaan itu pada seseorang, melainkan Dia tahu bahawa kita MAMPU untuk menghadapinya. Jadi kita hanya perlu bersabar, dan yakin bahawa kita boleh melepasi dugaan tersebut. Allah sentiasa bersama kita :)

Entahlah. Kadang-kadang aku rasa macam senang kalau aku kembali jadi diri aku yang dulu. Sebab bila aku jadi jahat, semua perkara yang menyakitkan hati aku bagai mencurah air ke daun keladi, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebab saya memang takkan ambik hati sal semua tu. Saya jenis rock, tak kisah langsung. Tapi bila jadi baik, hati saya automatik jadi lembut, dan semua perkara tu menyakitkan hati saya dan betul-betul terasa sampai menitiskan air mata. Bukan saya tak kuat atau tabah, tapi saya betul-betul tersentuh. Kalau tidak, mungkin saya takkan dapat mendekatiNya seperti mana saya berada sekarang ni. Saya akur, sejak jadi baik ni, saya memang banyak berfikir ke arah Allah.

Dulu saya tak faham kenapa semua berputar di sekeliling saya. Saya ingat cukuplah sekadar saya berputar pada paksi saya sendiri. Tapi baru sekarang saya sedar, bahawa saya harus berputar, kerana orang di sekeliling saya juga berputar , dan kita semua berputar pada satu paksi yang sama. Lillahi taa'la.

Saya selalu sakit bila orang sakitkan hati saya. Tambah lagi bila si dia sakitkan hati saya sekarang ni. Saya terlalu sakit. Inilah antara dugaan yang terbesar saya hadapi sekarang. Sebabnya...biarlah rahsia. Tak pernah saya rasa sakit macam nak mati. Huhu... Baru saya rasa perasaan seseorang yang nak bunuh diri. Selama ni saya kutuk belakang, cakap yang orang macam tu tak pikir ke? Bukan mereka tak pikir, tapi mereka dah terlampau tertekan dengan masalah mereka, tambah lagi jika mereka tiada sokongan dari orang-orang terdekat, dan mungkin, komunikasi antara mereka dan Allah juga rapuh menyebabkan mereka membunuh diri juga. Saya tak ada orang yang saya boleh ceritakan masalah saya. Sebab masalah ni terlalu besar. Saya hanya mampu ceritakan pada Allah. Dia sahaja lah yang membimbing saya. Kalau Dia takde, mungkin saya pun dah tak ada kat dunia ni :'(

Saya tahu, semua ni dugaan yang Dia berikan pada saya. Satu hari, saya akan pandang balik pada semua ni dan akan tersenyum, bahawa semua ini berlaku ada hikmahnya. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa semua ini terjadi, kerana Dia yang merancang perjalanan hidup aku. Aku harus terima semua ni, walaupun perit. :( Aku tak salahkan orang-orang di sekeliling aku. Walaupun aku sedih dan geram dengan si dia dan perempuan tu, tapi bukan salah mereka. Mereka hanyalah ujian bagi diri aku, dan mereka juga sebenarnya diuji oleh Allah bagi diri mereka masing-masing. Aku dah mula kesiankan mereka semua. Kalaulah mereka sedar sebagaimana yang aku sedar ini, mungkin mereka juga boleh keluar dari masalah ini. Biar kita keluar daripada masalah ini sama-sama. Aku sedih tengok orang-orang yang aku sayang, orang-orang yang aku kenal dan juga tak kenal, orang-orang seIslam aku yang tak sedar salah silap mereka.

Tolonglah Allah, tunjukkan mereka jalan yang benar. Jangan biarkan mereka sesat. Tolong bimbing mereka Ya Allah... berikan mereka hidayah :'(

Mungkin jalan terbaik sekarang kalau aku mengalah je. Yela. Siapa yang sanggup diduakan?
Dah dua kali kau buat aku macam ni. Dan dua kali itu juga sebab Nur Syamin.
Mungkin betul kita tak ada jodoh kan. Aku cuba untuk terima hakikat ni.
Aku cuba k? :(

Aku cuma nak seseorang yang setia, sebagaimana yang aku setia terhadap dia. Yang sayangkan aku seorang. Yang tak malu untuk jerit pada dunia bahawa dia sayangkan aku seorang. Kalau kau tak mampu, mungkin kau bukan orangnya. Selamat tinggal sayang :'(

Sayang abah :)
Siapalah agaknya yang mampu sayang dan jaga saya macam abah saya?
Satu hari, jika diizinkanNya...
Pada bakal suamiku,
Aku tak minta duit yang banyak, atau harta yang banyak.
Aku tak minta kedudukan yang tinggi.
Aku hanya minta kau kasihkan dan jaga aku,
bimbing aku dan anak-anak kita ke Jannah.
Biar kita miskin harta, jangan miskin kasih sayang.
Aku tak pandai masak, aku kurang pengetahuan tentang dunia,
tapi aku setia, aku taat dan aku takkan sekali-kali lebihkan orang lain daripada kau.
I hope, one day when we meet,
we will promise to take care of each other.
and nothing will tear us apart.
Amiin...insyaAllah.