24.8.12

Kenapa dengan aku ni? :(

Ya Allah... aku sedih sangat dengan diri aku hari ni. Kenapa aku diduga saat aku baru nak rasa bahagia? :( Baru nak rasa gembira dapat berbaik balik ngan dia, tiba-tiba je gaduh. Semuanya berpunca daripada aku. Apa nak jadi ngan aku Ya Allah :( Girl tu dah rela lepaskan dia... Tapi aku brprasangka buruk pulak sal girl tu. Aku minta dia jauhkan diri dari girl tu. Semuanya sebab girl tu block aku terus selepas aku SMS minta maaf ngan dia. Aku plak terus sangka yang buruk sal girl tu. Aku takut kehilangan dia lagi Ya Allah...aku sayang sangat kat dia :'(

Tiba-tiba dia marah aku balik sebab cakap buruk sal perempuan tu. Aku sedih. Sebab dia membela girl tu. Aku tau, aku sedih sebab iri hati. Siapa tak sedih kalau orang dia sayang, bela orang lain. Aku terus cakap kat dia pergi kat girl tu kalau dia caya sangat kat girl tu. Aku cakap kat girl tu, pergi la kat dia, aku lepaskan. Aku dah sedih sangat. Sebab dia marah aku untuk girl tu :(

Girl tu balas mesej aku. Dia cakap "ingat dia barang ke nak pass-pass?"

Aku sedih sangat Ya Allah :'( aku tak berniat pun nak main-mainkan dia macam tu. Kenapa diorang fikir macam tu? Tapi aku paling sedih ngan diri aku sendiri sebab fikir yang bukan-bukan sal girl tu :( Dulu aku tak macam ni pun. Fikir buruk sal orang... Sebab iri hati, semua jadi macam ni. Aku tak nak jadi orang jahat :(

Aku rasa macam nak lari je. Rasa nak bunuh diri. Aku tak nak jadi macam ni. Aku sedih sangat ngan diri aku. Kenapa keadaan tak boleh kembali macam dulu? Bila tak ada orang ketiga sebagai alasan untuk gaduh. Aku tak kisah nak gaduh sal benda kecik-kecik... tapi bila libatkan orang lain, libatkan perasaan orang lain, aku rasa macam orang jahat je. Aku cuma nak dia happy je :( Tapi aku sendiri teraba-raba mencari kebahagiaan aku. :'( Aku tak tau apa lagi aku nak buat...aku benci diri aku, aku tak nak orang benci aku... aku nak semua orang happy. Aku nak dia happy... :( Selama ni aku salahkan girl tu kacau hubungan aku ngan dia, ntah-ntah aku yang orang jahat disebalik semua ni :'( Ya Allah...apa aku dah buat ni?? Aku tak nak jadi orang jahat :( Aku sayang dia Ya Allah... tapi aku dalam masa yang sama aku tak nak sakit hati lagi... aku tak nak sedih macam ni lagi... aku nak bahagia macam orang lain. Aku sedih sangat... :"( aku rasa mcm semua orang bencikan aku. Ya Allah...tolong jangan bencikan aku jugak :'(