13.8.12

Dugaan lagi :(

Hari ni aku rasa emosi aku sangat tak stabil. Aku tak fikir atau berangan apa-apa, terus mata ni bergenang dan mengalir je. :'( Besar dugaanmu kali ini Ya Allah. Kalau tak ada iman di hati, aku rasa dah lama aku cuba bunuh diri. Aku dah malas nak libatkan sesiapa dah dalam hal ni. Dugaan ditimpa kepada orang-orang yang dipilih Allah. Ini ujian untuk aku, Mereka hanya boneka kepada perancangan Allah untukku. Aku harus sabar dan hadapi semua ini. Sehingga kini pun mata aku masih mengalir tak henti. Macam mana kalau mak aku balik dari kerja nanti? Camne aku nak sekat air mata ni?? Kalau mak aku tanya macam-macam? Aku belum kuat lagi untuk cerita apa-apa...tolonglah...hindarkan aku daripada mengaibkan mereka. Nafsu untuk balas dendam membuak-buak tadi, cepat-cepat aku istighfar. Bulan puasa pun tak jamin jiwa syaitan yang mengalir dalam darahku ini tidak membisikkan kata-kata mungkar. Aku tak nak tersungkur lagi!

Cukuplah mereka menikam hatiku, janganlah aku pula menikam mereka. Aku terasa benar-benar mahu menikam-menikam mereka. Ya Allah...janganlah biarkan kegilaan menguasai diri aku.

Biarkan aku pergi... tapi Ya Allah, matikanlah aku dalam Islam. Jika ajalku sudah sampai nanti matikanlah aku dalam Islam. Lembutkanlah hati mereka untuk berubah Ya Allah. Sungguh, jiwa aku terasa amat sakit sekarang, tapi demi Allah, aku maafkan mereka :'( Tolong Ya Allah...tolong bawa aku jauh dari sini... Dunia ni bukan tempat untuk aku lagi :(