7.7.12

Result dah keluar! ^^

Hari ni seolah hadiah untuk aku daripada Allah. Hehe. Walaupun pagi-pagi lagi terkejut dengan perut yang sakit. Berapa kali ulang alik masuk toilet daripada kul 4 sampai 5pg. haha. Kalau ikutkan, aku kena balik kampung sekali dengan abah dan adik aku. Tapi memandangkan badan aku macam lemah je, tak berani pulak nak ikut, nanti pengsan tengah jalan. Pagi tu rehat la kejap.

Macam biasa online. Konfirm, sakit-sakit pun pasti nak online jugak. Haha. Kalau dapat kerja online memang kerja paling dedikasi la bagi aku. Haha... Tak jemu langsung! :D Semalam ada dengar ura-ura result semester 3 akan keluar. Pagi tadi aku check group kat Facebook, terkejut ada kawan post tentang result dia yang agak mengecewakan. Masa tu jantung aku pun dup-dup laju je. Takut kot. Takut gile! Tertanya-tanya aku apa result aku, sambil jari aku pantas membuka portal untuk check result.

Tapi alhamdulilah. First thing aku pandang ialah gred-gred. Dalam hati aku, janganlah ada gred C. Memang lega bila tengok Gred A-B. Paling low B- Tapi aku tetap bersyukur sebab pointer aku naik skit dari semester lepas. Alhamdulilah... :') Dan aku memang tak perasan sesuatu sampai la ada member tanya sal result aku. Rupanya aku dapat dekan semester 3 ni! Hehehe.. Aku macam tak percaya plak. Haha...Dah lama aku tak dapat dekan. Baru kali ni aku rasa puas sangat dapat dekan, memang terasa hasil usaha aku. Memang kehidupan di Universiti lebih mencabar berbanding di kolej dulu.

Lantas aku tanam semangat untuk terus usaha lebih gigih semester depan! :) Kalau boleh, biar aku keluar daripada universiti nanti grad dengan 1st class honours! InsyaAllah... doakan aku. :)

Tengahhari tadi mama balik daripada sekolah. Macam tau je, aku tak larat masak, siap bawak balik mihun ngan kuih. Haha. Memang time mama balik tengah potong-potong bawang merah slow2... sebenarnya nak masak, tapi macam nak tak nak je. Hahaha. Petang tadi, perut aku dah beransur pulih. Hehe...

Sebelah malam pula, abah dan mama belanja Pizza Wuargh!!! bestnye... Thank you abah mama. Esok leh panaskan baki-baki yang ada buat breakfast plak. Haha. Dan ada orang hantar SMS yang sangat menyentuh perasaan aku malam ni. Rasa sangat-sangat happy sampai rasa macam nak nangis, dan jantung rasa kembong sangat. Hee... Allah je tahu perasaan aku, betapa happynya dia buat aku malam ni. Dah lama tak rasa macam ni. Macam kena recharge je. Hehe. Yang pasti, aku ketemu suatu ketenangan yang aku tercari-cari selama ni. Semoga ia berkekalan. Ameen. Korang nak tau ke siapa yang hantar SMS tu? Biarlah Allah sahaja yang tahu :')

P.S. Pada kawan-kawan yang masih kecewa dengan result, ada something yang kalian perlu tahu. Selama diploma aku, (bukan nak bangga) tapi tiap-tiap sem aku dapat dekan. Haha. Memang rezeki aku. Bila masuk universiti, tiba-tiba result aku turun dgn mendadak. Bukan seperti jangkaan aku yang kebiasaannya. Mula-mula aku frust menonggeng jugak. Rasa macam down sangat. Korang semua result gempak-gempak. Mungkin aku dapat result macam ni, sebab aku memang fail melukis, tak ada basic pun nak berjaya dalam bidang ni. Tapi kan kawan-kawan, bila aku fikir balik, Allah kan suruh kita usaha untuk mendapatkan kejayaan, Allah nak kita puas dengan hasil yang kita dapat pada penghujungnya nanti. Dan Allah sahaja nak tunjuk kat aku, yang bila-bila masa sahaja dia boleh tarik kesenangan daripada kita. :) Sebab tu, aku diam je masa sem 1 bila korang tanya result aku.

Dan alhamdulilah, dah dua semester, result aku naik skit-skit berturut-turut. Yakinlah dengan Allah kawan-kawan. Usaha selagi kita boleh usaha, jangan sekali-kali kita putus asa, sebab orang yang putus asa mencari rahmat Allah la orang paling rugi! Kita masih ada lagi 5 semester. Buat yang terbaik. Kalau down sem ni, jangan risau, sem depan cuba lagi! Jangan pernah rasa puas dengan result yang kita ada sekarang. Bersyukur, dan niatkan dalam hati, yang kita akan berusaha untuk dapatkan lebih baik daripada sekarang :')

Mungkin aku akan ketinggalan sedikit di belakang, tapi aku tetap akan sokong kawan-kawan aku k. Kalau ada prob korang nak luah kat aku, aku sedia mendengar :)

kla, chow dulu. Assalamualaikum.