17.6.12

Istikharah Cinta

Tahukah awak, jika kita buat solat istikharah untuk tahu jodoh kita, bila kita teringat je orang tu, dan kita rasa tenang dalam hati, itulah petunjuk daripada Allah yang dia ditaqdirkan untuk kita. Sebenarnya dah banyak kali saya istikharah. Setiap kali teringat kat dia saya rasa tenang sangat. Walaupun dia lakukan macam-macam untuk lukakan hati saya, tapi saya tetap rasa tenang mengingatkan dia. Saya leh bayangkan kalau ditaqdirkan kahwin dengannya, dia akan menjadi bapa yang sangat baik dan sesuai buat anak-anak saya. Saya kenal hati dia, dan saya tahu... dia bukan diri dia kebelakangan ni. Ada sebab kenapa Allah tarik perasaan dia daripada saya. Saya sangat yakin!

Mungkin, Allah inginkan jarak ini antara kami, kerana mungkin belum masanya lagi untuk kami disatukan. Siapa tahu. Semalam, saya peluk anak patung dia. Saya tak sedar bila saya terlena. Dah berapa lama dah saya tak tidur selena itu. Mungkin sebab bau dia yang ada pada patung tu buat saya rasa tenang sangat. Entahlah.




Walaupun begitu, saya tetap akan berikan semula semua barang-barang dia ni esok pada ibunya. Biarlah. Jika benar kami ada jodoh, dia tetap akan jadi milik saya suatu hari nanti. Semoga Allah tabahkan hati saya untuk menghadapi semua ini. Yang pasti, hati saya masih ada dia lagi. Pasti ada sebab kenapa Allah kekalkan perasaan ni dalam hati saya. Saya sangat yakin ada hikmahnya... We will see.