15.6.12

Perlukah Sehati Sejiwa untuk Berkawan dengan Seseorang?

Hari ni Ayie bercakap. Gila nak suruh Amni cakap, tangkap leleh nanti entri ni. Oke, berbalik pada topik hari ini. Perlu ke kita 'sehati sejiwa' atau 'sekepala' dengan seseorang untuk menjadi kawannya?

Hari ni aku nak ngumpat sal roomate aku. Tak taulah kalau dia baca entri ni atau tak. Kalau baca pun lagi bagus. haha. Aku dah dua sem ngan dia. Nak kata serasi tu, tak jugak. Entahla, kadang-kadang masuk, kadang-kadang macam wireless. Mungkin sebab kitorang kurang berkomunikasi (aku la tu). Aku ni susah tul nak berkomunikasi. Perlu dirangsang dulu baru aku mula nak berceloteh nak bagai semua. Anyway, kitorang banyak diam. Sekali sekala je akan cakap. Selalu dia start dulu. Memang, aku memang jahat le. Mungkin sebab tu kot dia dah tak berapa nak mesra ngan aku sem ni. Bukan apa. Aku macam automatik je, kalau tak ada 'connection' di jiwa tu, susah aku nak masuk dengan seseorang. Tapi itu tak bermakna aku tak kawan ngan orang tu. Tidak sama sekali. Aku kawan dengan semua orang. Cuma rapat tak rapat je.

Orang selalu salah anggap. Ada juga kawan yang cakap kat aku. Ayie, ko cuba lah ubah diri ko tu. Jangan ar dok sorang-sorang je. Bergaul la sikit ngan orang lain. Aku boleh bergaul ngan orang lain, tapi itu bukan diri aku... Aku bukan ekstrovert. Perlu ke aku ubah diri aku untuk puaskan semua pihak? Hanis Zalikha pun cakap, "Why please EVERYBODY? When you don't even like EVERYBODY?"

Betul tak? Kita tak mampu nak suka semua orang, so perlukah kita buat semua orang suka kita? Cukuplah kalau ada yang memahami diri aku dan terima diri aku seadanya. Aku tak perlu semua orang untuk suka aku. Bagi aku, cukuplah Allah suka kat aku, cukuplah famili aku terima diri aku seadanya, dan cukuplah mempunyai sekumpulan kawan-kawan yang terima hati aku dan kasih sayang aku sebagai kawan mereka. Itu dah CUKUP bagi aku. Tapi aku tak kata yang aku tolak semua orang daripada hidup aku. TAK. Hidup ni memang kita kena saling bergantung. Kita tak boleh menyombongkan diri. Kalau ada perkara aku tak tau, aku perlu bertanya pada mereka, dan kalau ada orang perlukan pertolongan aku, aku ikhlaskan hati aku untuk menolong mereka, mana tahu suatu ketika nanti aku perlukan bantuan mereka pula. Hidup ni sebenarnya kita saling melengkapi antara satu sama lain. Bezanya nak atau tak nak sahaja.

Allah nampak apa yang kita rasa, apa yang kita buat. Itu yang sentiasa bermain di fikiran aku dan aku selalu peringatkan diri aku. Buat apa-apa mesti kerana Allah, nak berkawan pun mesti kerana Allah. Aku berkawan rapat dengan orang, kerana mereka mengingatkan aku tentang Allah. Kawan-kawan yang dah lari jauh daripada Allah pula, aku tak berapa rapat, tapi aku berkawan juga kerana Allah. Bagi aku silaturrahim tu penting. Kalau mereka dah lari jauh daripada ajaran Islam sekalipun, hati aku tak kering dengan doa pada Allah agar tunjukkan mereka jalan yang benar, agar mereka dapat hidayahNya. Kita kan satu famili seIslam, kenapa perlu berpuak-puak hanya kerana jiwa kita lain-lain??

Jadi kesimpulannya di sini, walaupun hati aku, jiwa aku tak 'sekepala' dengan rumate aku, dan aku pun tak tau isi hati sebenar roomate aku terhadap aku (kerana dia jarang luah masalah ngan aku), aku tetap sayang dia sebagai kawan, dan kalau ditaqdirkan Allah ambil nyawa aku lebih awal, aku harap akan jumpa dia di Akhirat kelak bersama orang-orang baik.

Ada beberapa kejadian aneh yang berlaku dah nak ujung sem ni. Semuanya nak rapatkan lagi silaturahim aku dan rumate aku somehow.

Kejadian pertama ialah apabila kawan dia datang bilik nak buat kerja, pastu air yang aku letak atas meja tetibe jatuh tumpah kat lantai. Aku la cuai sebab aku letak plastik air tu berdiri je dan sandarkan pada botol air kat situ. Masa tumpah tu aku rasa bersalah je. So aku cepat-cepat amik kain lap juga.

Kejadian kedua lampu bilik. Tiba-tiba je takleh buka. Aku ingatkan starter. Rumate aku kata dah tukar starter. Jadi aku try inisiatif untuk tukar bulb. Mana tau terbakar ke apa. So kitorang sama-sama tukar bulb bilik ngan ruang tamu. Tapi still takleh juga. Rupanya wayar dalam dia. So nak tak nak, kena la juga report dan dapatkan pomen untuk fix.

Kejadian ketiga, dalam masa nak ujung-ujung ni. semalam! kipas plak tetibe cam nak jatuh. Korang tengok ar  gambar ni. Gile. Sampai terpaksa tutup. Panas kot bilik.


Gila kalau jatuh ni. Mati aku. Tak pun jadi terencat seumur hidup. Alhamdulilah tak ada apa-apa.

Terima kasih la pada kawan-kawan aku yang ajak gi makan tadi :) Semoga ukhuwah ini berpanjangan hingga ke akhirat. Ameen....