21.6.12

Di Sebalik Senyuman ada Luka yang Terpendam

Assalamualaikum. Hai kengkawan! ^^ Ni Amni cakap. Hehehe... sebenarnya Amni ada perkara nak cerita kat korang. Korang pernah dengar tak statement ni,

"Seseorang yang kuat buat lawak dan sentiasa ceria itulah yang paling banyak memendam perasaan"

Pernah dengar tak? ^^

Kalau korang nak tau, betul la statement ni. Kadang-kadang kita rasa diri kita terlalu banyak masalah. Kadang-kadang juga, masalah yang kita hadapi itu terlalu sulit sehingga kita sukar untuk menceritakan pada keluarga atau kawan-kawan yang terdekat. Mungkin untuk menjaga aib orang lain atau juga untuk menjaga aib sendiri. Kadang-kadang, hanya pada Allah sahaja yang kita luah semua perasaan kita yang 'tak terluah' ini. Korang pernah rasa macam tu? Jika 'ya', tahniah, korang berada dalam golongan statement di atas, iaitu,

"Seseorang yang kuat buat lawak dan sentiasa ceria itulah yang paling banyak memendam perasaan".

Kenapa ya? Kalau korang nak tau, bila kita sentiasa ceria je, orang lain akan mudah mengukirkan senyuman melihat keceriaan kita dan apabila kita sentiasa aje buat lawak akan berjaya buat orang tertawa. Ketahuilah sebenarnya senyuman dan gelak tawa orang lain itulah yang menjadi semangat kami. :) Seperti handset yang kehabisan bateri, perlu dicas, dan orang-orang macam kami lah yang mengecas jiwa kami dengan kegembiraan orang lain. Dengan cara ini, kami sangat bahagia, walaupun pada hakikatnya, terlalu banyak yang terpendam di dalam hati, tapi dengan membuatkan orang lain gembira, kami mampu menghapuskan semua emosi negatif dalam jiwa kami.

Korang selalu tengok Ayie happy go-lucky je. Amni tengok dia suka sangat buat lawak dan mengusik kawan-kawan rapat dia, sebenarnya dia cuma inginkan feedback gelak tawa tu, kerana itulah yang membuatkan semangat dia tercas semula. Amni ingin berterima kasihlah pada semua kawan-kawan yang selama ni melayan karenah Ayie dan membuatkan dia gembira. Amni terharu ada kawan-kawan macam korang :') Terima kasih sangat-sangat... Korang senyum dan melayan karenah kami dah cukup buat kami gembira :) Semoga Allah membalas ukhuwah ikhlas dari korang ini. Ameen Ya Robbal alamin...

Pakwe Amni senyum memang comel ^^ hehe.