23.6.12

Boleh ke Rebonding?

Dua hari lepas Arif buat rambut dia. :D Ni haa...ada video kami upload kat Youtube.


Tetibe ada dislike pula kat video tu. Haha. Sesat ke apa. Tapi aku teringat pada hujah orang 'berilmu' ni. Mereka mengatakan bahawa rebonding ini tidak boleh, sebab ubat yang digunakan itu mengubah struktur molekul rambut supaya senang nak tarik bagi lurus. Kalau rebonding pun tak boleh, I say, pakai krim-krim muka yang memutihkan kulit pun tak boleh. Sebab dia mengubah pigmen-pigmen warna pada kulit muka. Betul atau tak?

Saya ni tak ada lah arif sangat mengenai isu agama ni. Saya faham, kita kena berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi pada zaman sekarang ni, ramai dari golongan 'cerdik pandai' ni hanya menggunakan ayat Al-Quran dan sunnah nabi mengikut suka-suka mereka sahaja, asalkan masuk dengan jiwa mereka. Bagi saya rebonding ni tak salah. Yang salahnya, apabila kita buat "tanam rambut". Aku tak tahulah apa nama saintifik bagi "tanam rambut", tapi itulah. haha. Sebabnya, apabila kita "tanam rambut", dia kekal begitu. Manakala, rebonding ni, rambut sebenar kita akan tumbuh juga. Dia bukan kekal pun. 

Dan perkara sebegini dibolehkan atas sebab-sebab tertentu. Kesihatan, menjaga keaiban dan darurat.

Rambut adik aku ni bila tanya semua salun, memang diorang kata dah rosak gile. So, tak salah kalau nak perbaiki. Lagipun rambut dia masa kecik2 dulu memang lurus. Tiba2 besar jadi rosak. Mungkin sebab pemakanan yang tak konsisten dan merapu2... Yela, cian adik aku. Dah besar baru dapat rasa susu lembu, coklat, aiskrim. Perubahan hormon yang drastik la tu. Sebab masa kecik-kecik dulu dia alergik banyak perkara. Sampai sekarang, kacang masih menjadi bahan maut baginya.

Balik-balik tu kami terus masak lasagne. Bolehlah. Aku bagi 5/10. Haha... Sebab kurang cheese. Mahal kot cheese.


Bolehlah kan? Tapi aku prefer lagi Pizza Hut punyer seafood lasagne. haha.