22.2.12

Kejadian Yang Takkan Aku Lupakan

Sejak hari Jumaat lepas (17.02.12) aku memang dah rasa lain ngan perut aku ni. Gastrik la! Bukan pregnant k. Anyway, aku ada skip lunch dan makan malam terus hari tu. Tapi masa tu rasa loya jela kalau makan. Masuk hari Ahad (19.02.12), aku dah tak tahan dah. Jadi aku carilah ubat apa yang patut kat Farmasi. Sebab aku dah buntu sangat. Tak tau macam mana nak buang angin dalam badan aku ni. Nak kentut tak boleh!

Malam tu aku makan ngan Asiah. Asiah bawa lauk dari rumah. Kita makan dengan nasi putih. Aku makan ubat, dan mula rasa pening gila-gila. Asiah tumpang wi-fi jap kat bilik aku. Entah bila entah dia hilang, dan rumate aku pun dah tidur. Tapi aku terjaga. Aku tak leh tidur. Hati aku resah. Perut aku buat hal. Tulang belakang aku sakit, dan kepala aku pening sangat-sangat. Dalam hati aku, "Tolonglah Ya Allah, jangan bagi aku strok. Aku masih muda lagi, aku belum berjasa pada ibubapa aku lagi, tlonglah sihatkan aku kembali". Tapi malangnya aku masih bergelut dengan sakit tu.

Bermula pada jam 12 sehingga ke pagi esoknya. Tiap-tiap jam aku terjaga dan muntah. Bila dikira-kira lebih 13+ kali aku muntah. Badan aku lemah sangat. Aku sms mak aku. Masa tu aku fikir, mungkin nilah kali terakhir aku dapat kontek mak aku.

"kakak muntah dari tadi. tak larat. bawa kakak balik ma :( "

Tak sangka mama aku balas yang dia otw dengan abah aku. Masa tu aku tak leh fikirkan benda lain langsung. Kelas aku yang pertama pada keesokan harinya, tak aku pedulikan langsung. Bukan tak peduli, tapi memang aku tak boleh berfikir. Otak aku kosong menahan sakit masa tu. Dalam kul 5 pagi mak aku sampai Tanjung Malim. Dia bawa aku balik. Dalam kereta pun aku sempat muntah berapa kali dalam plastik. Sampai Hospital Manjung abah aku bawa ke bahagian kecemasan.

Dokter tak suspek denggi seperti apa yang semua orang syaki. Tapi seperti yang aku jangka, semuanya berpunca daripada gastrik. Perkataan yang dah lama tak menghantui aku. Gastrik yang pernah aku alami masa form 5. Tapi kali ni memang teruk. Tak pernah jadi macam ni. Agaknya bercampur dengan penyakit Endometriosis aku lagi. Mungkin sebab tu dia agak melarat.

Tapi syukur alhamdulilah, lepas 3 hari duduk rumah, aku kembali stabil, walaupun agak goyang dan masih loya. Tapi aku dah boleh makan sikit-sikit. Kalau tak, dokter dah nak masuk air drip dah. Sangat fobia dengan jarum besar. Minta dijauhkan!

Jadilah ini pengajaran buat aku dan kawan-kawan semua. Tolonglah makan bila tiba waktunya. Jangan tunggu kali kedua perut kita berbunyi. Kalau dah sekali dia bunyi, terus suap dengan apa-apa makanan sikit. Lau tak, memang perit.

Belakang aku sakit lagi. Pakai koyuk pun tak nak hilang sakit, urut pun tak nak hilang. Menurut pak guard, ada berlaku histeria beberapa hari lepas masa aku duduk tanjung malim. Jangan ada yang bertenggek kat belakang aku sudah! HAHAHAhaha... (kalau ada yang nampak, tolong gitau aku k.)