10.1.12

Bestnya Kalau Berkahwin

Ah! Malam-malam cam gini sakit gigi plak. Penin kepala pula tu. Daripada nak tidur awal tadi, terus tak jadi tidur. Sakitnya jaw aku. Beralih kepada tajuk entri ini pula, tiba-tiba terfikir sal benda ni. Jom kita layankan kejap imaginasi kita (jangan lebih-lebih plak ek).

Bukan apa. Aku usya kawan-kawan aku yang dah kahwin ni, bestnya...

Yang paling penting, mereka ketemu seseorang yang memang ikhlas mahu jaga mereka dan menerima mereka seadanya walaupun baik buruk mereka semua diketahui sebelum kahwin.

Bila dah kahwin, ahhh...romantiknya, ada seseorang untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi yang sangat berbeda daripada perasaan sayang terhadap ibubapa. Ibubapa kita merupakan darah daging kita, tetapi suami merupakan 'soulmate' kita. Separuh jiwa kita yang hilang sejak azali. Tentunya kita akan lebih rapat dengan suami. Dia umpama life kita. Tanpa dia, hilanglah tempat bergantung kita.

Aku membayangkan sahaja. Tak tahulah betul ke tidak, aku belum kahwin lagi.

Haih...tapi seronoknya ada orang sayangkan kita. Bila kahwin, maka lengkaplah jiwa kita. Kita tidak perlu lagi rasa kekosongan, kesorangan dan serba kurang. Sebab apabila dia ada, hidup kita dah cukup sempurna, walaupun dalam kehidupan yang kurang kesempurnaannya.


Tapi, bukan semua orang dapat nikmat kahwin. Ajal maut di tangan Allah, bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil. Ada yang sempat kahwin, ada yang tak sempat. Yang tak sempat, insyaAllah, Allah sudah janjikan dia pasangan di Syurga. Jadi semua orang akan kahwin jua. Ahli neraka je tak kahwin. hehe.

Untungnya orang yang dah kahwin. Boleh dapat banyak pahala hanya dengan melayan suami dan anak-anak. Bila melahirkan anak pula, menghilangkan dosanya seperti baru lahir ke dunia. MasyaAllah...

Haih...makin tua, makin berangan plak aku kan. Ceh, tua la sangat. #agak tua la jugak. kot.