Sebenarnya aku dah lama tak berblogging. Rasa kekok bila nak berblogging balik. Rasa macam, "Seronok sangat ke life aku sampai nak cerita kat orang?" Tapi selepas aku baca entri-entri lama aku, ada satu perasaan macam WOOSH! masuk dalam diri aku. Aku terasa tercuit, lucu, nak nangis pun ada. :) Best gak baca kisah-kisah dulu. Tak sangka gak aku ni jiwaung. Hahhahaa....
Anyway, sekarang ni exam week aku. Paper terakhir yang aku dah amik adalah pada khamis lepas dan yang terakhir bakal akan aku ambil adalah pada Khamis depan. Fewiitt! Hahhaa... Dah study blom?? Op kos la dah study! Hahaha...Cuma...
Agak bersepah la jugak time exam ni. :P Kat katil la tempat aku ngunyah, tempat aku baca, tempat aku longgok barang. Seb bek xde bra kat sini kn.
Eh. Tapi serius, kalau sebelum exam lagi sepah kot. Lantai konferm je ada barang bersepah kat situ. Ranting kayu la, palette cat la. Sampai rumet aku pun dah tak nak balik bilik dah. Hahaha....
Tu la akibatnya bila budak IT amik course seni. Sebelum ni relek je, bahan asaimen semua pakai komputer ngan printer. Sekarang, hambek engkau! Kertas-kertas lukisan pelbagai saiz, dengan medium nya lagi yang macam-macam jenis; akrilik, cat minyak, turpentine, asid, garam, ranting-ranting kayu, foam hijau (paling tak suka), palette, berus....Ah...bersepah2 la engkau kat situ. Tak reti aku nak menguruskannya lagi. Hahahaha. Patutlah artis selalu ada studio kan? Mana mungkin barang-barang tu campur ngan suasana bilik tidur, HARU la jadinya!
Arh...pas ni kena tanggal la semua ni dari dinding. Hehe...
Sumber inspirasi aku. :)
dan mesti kena kemas semua ni. Alamak. banyak plak barang personel aku.
Hahahhaha...macam2 bahan kimia!
Anyway, nilah teman aku sepanjang aku belajar sem ni.
Terima kasih Encik Lappie dan Botolie. Sebenarnya banyak agi botol-botol kat belakang tu. Hahahaha. Method aku, aku akan Isi semua botol ngan air masak. Bila aku perlukan aku bawak la satu ke depan dan minum sampai habis, pastu baru aku tarik botol baru. Semart kan?
Harap korang doakanlah aku untuk exam Khamis ni.
Lepas ni boleh balik rumah! Yahooo!!!!!.
Ala, sebulan je pun. :( ok la tu kan, dari tak ada.
Bleh aku vlogging. Hahaha. kbai.