19.8.11

To a Friend called Jannah

Aku terharu dipertemukan dengan seorang kawan macam kau. Baru kenal, dan sebaik tahu yang aku teringin memakai purdah macam dia, terus dia nak hadiahkan sebagai tanda persahabatan. BARU KENAL. Berapa kali online kat FB, berapa kali itu juga dia akan bertanyakan tentang warna kegemaran, jenis tudung macam mana yang aku selalu pakai.

Jannah : Ayie selalu pakai tudung macam mana?
Ayie : Macam mana, macam mana tu? Macam-macam jenis tudung ada, shawl, tudung awning, tudung bawal, tudung syria...
Jannah : main-main plak, tubik kang!

First time tu jugak aku kenal erti 'tubik'. Haha...

Aku cakaplah kat dia, "Jannah, ni kan hadiah, jadi Jannah bagi je macam mana pun, saya akan terima dengan hati yang terbuka, dan hargai."
Korang tau apa dia jawab? "Dalam Islam kan kita kena gembirakan hati saudara-saudara seislam kita. :)"

Aku tergamam. Terharu. Mulianya hati dia. Itu cerita minggu lepas, masa aku hangat-hangat nak pakai purdah. Sekarang ni? Bila aku dah tak pakai, dia muncul lagi di IM fb. Baca username dia, hati aku jatuh. Jelas sekali, aku memang jenis tak boleh tengok kawan kecik hati dengan perbuatan aku sendiri. Bukan malu, tapi tak sanggup tengok kawan kecewa dengan sikap aku.

Jannah : which one prefer...kain kashibo ke ken marble ♥ [mau ke bandar]
Ayie : susah2 je Jannah..
Jannah : pe kata susah2 ni. senang je. bi iznillah.

Time ni dah terasa berat hati, tapi terpaksa jugak cakap kerana sayang dia sebagai kawan.

Ayie : sy kne jujur ngan Jannah. Sy dah tak pakai niqab.
Jannah : xpe, it's a gift from me
Ayie : rasa bersalah plak kalau terima.
Jannah : pe plak rasa bersalah? xpe, amik je sebagai hadiah.
Ayie : kalau jannah kata mcm tu, okey :):) pilihla kain mana yg jannah biasa pakai
Jannah : ok. inshaALLAH 
Ayie  :)
Jannah : ^_^ . y tak pakai dah?
Ayie : atas sebab2 tertentu
Jannah : xpe...insyaAllah mne tau satu hri nnti kan ^_^ Jannah doakan. amin2.Ya Rabb
Ayie : yep, betul...trima kasih Jannah
Jannah : xmo time kasih k. ^_^ we are sister in Islam insyaAllah. Help each other
Ayie  :) barak Allahu fik
Jannah : amin2

Begitu murninya hati kau. Sungguh aku tersentuh. Tika orang lain tidak menerima tindakan aku untuk berhenti memakai purdah, dan memaksa aku memakai semula tanpa kerelaan aku. Kalau wajib tak apa juga. Sunnah pun nak paksa-paksa. Cara mereka membuatkan aku rasa lagi tertutup pintu hati aku. Tapi orang-orang macam Jannahlah yang membuatkan aku sayang Islam, sayang ukhuwah yang terjalin dengan semua orang yang aku kenal. Aku terharu sangat dengan kawan-kawan yang masih menyokong aku, walau apapun. 


Ya Allah, rahmatilah kawan-kawan yang aku sayang ini dan berilah mereka kelebihan pada bulan yang mulia ini. Allah, ampunkan dosa-dosa mereka yang lalu dan murahkanlah rezeki mereka. Amin Ya Rabal Alamin.