5.8.11

I'm a Niqabi!

Assalamualaikum.
Semalam hari kedua aku memakai niqab. Atau nama lainnya ialah purdah. Dah lama sebenarnya aku berhasrat nak pakai. Alhamdulilah sebab dapat hidayah dariNya. Sejak kebelakangan ni hati aku rasa nak pecah je untuk memakainya. Hari pertama memakai dan kantoi ngan mama dan abah. Huhu.. tapi alhamdulilah. Mama bagi pakai :) Rasa seronok sangat dalam hati. Takut juga kalau mama tak bagi. Mesti rasa kecewa je macam dulu masa form 1. Masa tu teringin nak pakai tudung labuh. Tapi mama kata masih awal lagi untuk memakainya. Mungkin mama takut kalau aku berubah drastik bila dah dewasa nanti. Tapi aku dah dewasa sekarang, dan alhamdulilah, aku masih bertudung, tak seperti segelintir remaja yang terus free hair selepas sekolah.

Mama ada tanya semalam.
"Boifren bagi ke nak berpurdah?"
Tersentak juga hati ni dengan perkataan "boifren" tu. Dulu macam tak kisah je. Tapi sekarang rasa lain sangat. Memang, dia seorang yang sangat istimewa dalam hati ni, tapi kita masih belum ada apa-apa ikatan lagi. Walau apapun aku mengangguk je dengan pertanyaan mama. Aku pernah tanyakan pada cinta hati aku, Ikram bahawa jika dia membenarkan aku berniqab selepas kahwin, dan dia tidak menghalangnya. Jika benar dia jodohku, aku bersyukur, kerana punyai seorang yang memahami kehendak hati kecilku ini. Hatiku merintih kasih sayang Yang Maha Esa. dan pada bulan puasa inilah aku merasakan hubungan aku dengan Ikram bertambah erat kerana masing-masing punyai ruang lebih untuk mendekatkan diri padaNya.

Mungkin betul kata-kata yang aku pernah dengar dahulu.
"Dekatkan diri pada Allah, maka akan dipermudahkan jalan olehNya untuk bertemu jodoh yang juga dahagakan cinta dariNya."

Berbalik pada soal niqab; Jika ditanya oleh orang sekeliling, Mengapa kau berniqab Ayie?

Ini jawapanku. Memang dalam Al-Quran banyak pendapat berbeza mengenai aurat wanita. Ada ulama yang mengatakan ianya ialah semua anggota kecuali muka dan tangan, dan ada juga yang mengatakan ianya termasuk muka. Aku berpegang pada mazhab Shafie yang mengatakan bahawa muka dan tangan terkecuali daripada aurat. Jadi mesti korang akan bertanya, "kalau dah begitu, kenapa mahu memakainya juga?"

Memakai purdah telah diwajibkan kepada isteri-isteri nabi sebenarnya. dan kepada muslimah lain diharuskan. Boleh merujuk berikut untuk maklumat lanjut.
http://siapplemerah.blogspot.com/2011/04/blog-post_11.html
http://ustazrazin.blogspot.com/2009/12/hukum-berpurdah.html 
http://gadisnilam.blogspot.com/2009/11/hukum-berpurdah.html
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1667.0 
http://buluh.iluvislam.com/?p=62

Apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah. Aku memakainya untuk mendapat keredhaan Allah. Biarpun mungkin aku tidak istiqamah (yang disarankan ramai pihak sebelum berniqab), tetapi bila aku pakai sahaja, aku berniat kerana  Allah, dan bukan untuk orang lain. Aku sedar, banyak dugaan dan halangan untuk memakainya. Antaranya di tempat belajarku sekarang, UPSI melarang untuk memakainya, dan jika aku keluar esok jadi guru bekerja untuk kerajaan pun tidak boleh memakainya. Jadi aku memilih untuk memakainya bila-bila masa sahaja peluang yang ada ketika aku keluar daripada rumah kerana lillahi ta'ala.

Banyak sebenarnya yang aku nak kongsikan pendapat aku dengan kalian semua, tapi cukuplah setakat ini dulu. Assalamualaikum.