7.3.11

Menegur Kawan yang Tidak Bertudung

Dengan tajuk itu mungkin yang free hair akan terus tidak menekan link ke post ini, dan mungkin juga ada yang free hair nak taubat, menekannya untuk mendengar suatu harapan. Tapi entri ni bukan untuk mereka, tetapi 'kita' yang sudah tersedia memakai tudung ni. Beberapa hari yang lepas aku ditegur kawan aku kerana tidak MENEGUR kawan aku sorang lagi yang tidak bertudung.

A - Bertudung elok, agk labuh.
B - Pakai tudung time kuliah aje.

A: kenapa tak tegur B tak pakai tudung??
Aku: Dah try tanya dia aritu, tapi dia macam x kisah je bila ditanya begitu. Parents dia pun tak kisah.
A: Habis tu, nak biarkan aje??

Dalam hati aku panas je. Nape ni nak marah-marah aku (sekarang baru aku tau, dia memang jenis bercakap kuat). Aku geram, kenapa nak paksa aku yang menegur? Kenapa dia tak menegur sendiri kalau dia nak buat begitu. Dalam hati aku dah meronta, "Kau yg nak tegur, pergilah tegur sendiri!" Tapi aku tahan. Kang kalah peluru terlepas, mati dia. Aku tanya dia elok-elok.

Aku : Kenapa soh sy tegur? Kenapa awk tak tegur dia sendiri?
A: Sebab sy tak rapat ngan dia. Awk kan rapat ngan dia.
Aku: Masalahnya, saya tak berapa rapat ngan dia pun. Sy mmg nampak mesra ngan semua orang, tapi sy mmg susah nak rapat dengan orang. (itulah hakikatnya)

Sejak dua kali dia tegur aku (cerita ini disingkatkan sebenarnya), aku rasa sangat konfius, sampai demam. Bagi aku, semua tu dah jadi perkara biasa. Kebanyakan orang buka tudung time mandi (kat theme park). Aku bukan nak mengalakkan diorang. Tapi aku tak tahu nak approach mereka macam mana. Lagipun aku tak ada ikatan roh ngan mereka untuk menegur mereka tentang aurat ni. Aku sendiri masih mencuba untuk memperbaiki diri sedikit demi sedikit.

Macam mana nak tegur mereka?

"Pakailah tudung...kan lebih manis" - ok, tapi kadang2 situasi tak sesuai.
Misalnya,
"Yahoooo main air jom jom"
"eh...pakailah tudung, kan lebih manis"
"..."

Atau nak cakap begini, "Mana pergi tudung? Tak ingat neraka ke? Haha..." (dalam nada bergurau dan menyindir)

Atau begini, "Tutuplah aurat. Jangan bagi nampak rambutnya...."

Entahla. Kang kalau aku cakap, semua tak nak cakap ngan aku. Macam mana kalau semua orang pulaukan aku kat sini? Kerja kumpulan? Hancur. Kalau orang tu dapat menerimanya tak apa.

Mungkin semua ni datang kat aku sebab niat aku nak pakai tudung labuh. Bila difikirkan balik, bayak juga cabaran orang yang memakai tudung labuh ni. Kena tegur orang, kena alim, kena banyak ilmu... Eh, jap. Cop! Itu semua pandangan masyarakat. Pandangan aku?

Kita tak patut melabelkan orang tu, hanya kerana selabuh mana tudung dia.

Dia pakai tudung labuh - alim. Mana kau tau alim? Entah2 dia pun baru belajar macam kita ni.
Dia pakai tudung sederhana - Biasa sahaja. Mana kau tau dia biasa? Entah-entah dia tu dah hafal Al-Quran.
Dia pakai tudung singkat - Kurang agama, kurang ajar. Mana kau tau dia kurang ajar? Mungkin dia kurang didikan agama daripada keluarga dan selalu ponteng kelas agama waktu sekolah dulu... jadi..?
Dia tak pakai tudung - sosial. Siapa kata? Ada je yang tak pakai, tapi jenis pemalu nak mampus. Duduk rumah, tak kuar-kuar dah. Sosial apa macam tu?

Jadi mulai hari ini, kita jangan label orang berdasarkan tudung sahaja. Yang mana kita boleh tegur, tegurlah. Yang mana tak boleh, kita mendoakan sahaja dalam hati. Allah kan maha pendengar walaupun sebesar zarah di dalam hati kita, Dia dengar, oke. Jadi kalau ramai yang mendoakan kebaikan orang tu, pasti Allah akan tolong lembutkan hati dia. Tak perlu nak marah-marah kenapa aku tak tegur orang tu. Ada la sebab aku sendiri kenapa, jangan terlalu menjaga tepi kain orang.

Kalau ditanya cara aku menegur. Seyes aku cakap, aku tak tegur. Aku guna cara psychology. Mula-mula aku tanya dia, "Memang kat rumah tak pakai tudung eh?" (dalam keadaan ingin tahu) Kebanyakan yang aku tanya gitu, semua jenis tak kisah. Lepas aku tanya soalan simple, aku tanya pula, "Famili tak kisah ke? Mama tak tegur?" Lama-lama bila berbual pasal tu, Aku biarkan orang tu untuk berfikir sendiri. Cara tu membuatkan orang tu rasa something, tapi mereka takleh marah aku atau kecik hati ngan aku, sebab aku tanya dengan penuh ingin tahu. (Muka innocent katakan....)

Tak adanya aku nak direct. Manusia ni berperasaan. Kita kena tegur secara halus, tapi berkesan. Kalau tak berkesan, tak apalah. Sekurang2nya, kita dah mencuba. Kepada kawan-kawan dan orang di luar sana yang tak pakai tudung, pakailah tudung. Mungkin hari ini anda bertudung singkat. Tapi sekarang kita nak melatih diri anda terbiasa memakai. Mungkin pada mulanya anda rasa terpaksa, tetapi percayalah, lama-lama anda sendiri akan rasa nikmat bertudung itu. Yang penting niat kita tu. "Walaupun saya tak pakai tudung, saya nak pakai tudung, sebab saya nak cari kebaikan dari bertudung, semoga Allah memberi petunjuk padaku"

Aku yakin, tak lama...dalam seminggu korang semua boleh rasa nikmat bertudung.
Tak percaya, cubalah. Tapi kena yakin, kalau buat ala-ala kadar. Memang takkan menjadi :)