16.8.11

ini bukan blog cerpen. hehe!

Tiba-tiba pula ada orang tanyakan aku tentang blog ni. Aku sebenarnya jarang nak update sini. Bukan apa, aku tak naklah media massa korek-korek hal peribadi aku dari blog ni. Sebab blog ni terlalu banyak simpan rahsia. Sedar tak sedar, dah 5 tahun dah usia blog ni. Banyak post yang aku dh delete, dan banyak juga yang aku sayang sgt nak delete. hehe...

Yang kelakarnya, ada orang ingat blog ni seolah blog cerpen, yang ceritanya dibuat-buat macam realiti. Haha! Sungguh kelakar sekali. Tapi okey jugak kalau mengaku macam tu. Tak adalah orang nak kata macam-macam kan. Dunia ni. Tak sah kalau tak habis-habis dengan gossip liar mereka. Kalau cakap yang baik-baik tak apa. Tapi ini yang dok kutuk-kutuk benda yang tak benar. Fitnah. Bukan nak tanya kat empunya badan itu sendiri kan? Haha. Biasalah tu.

Baru-baru ni aku dah start vlogging semula, tapi dengan imej niqab la kan. Aku tak sangka sekali yang jumlah subscribers aku naik dengan mendadak sekali. Aku agak shocked juga. Sampai nak terjatuh kerusi. Dan ada juga ramai yang dah mula like page fb dan twitter. Sebab semua link aku letak kat channel youtube. Aku tak kisah pun. Asalkan dapat berkawan dengan ramai orang kan. Tapi, aku takut juga, kalau orang terlalu letak harapan yang tinggi pada aku dlm vlogging. Sebab aku bukannya hebat mana pun. Aku bukan IniAnwarHadi, AimanAzlan atau Mathluthfi. Jauh sekali.

Apa yang aku tahu, semua yang aku vlog tu ikhlas dari hati aku. Aku nak berkongsi dengan dunia akan apa yang terbuku dalam hati aku. Terpulangah sama ada mereka nak terima ataupun tidak. Kita takkan dapat puaskan semua pihak. Aku tahu itu. Tapi apa yang aku mahukan ialah aku dapat menaikkan semangat segelintir orang dalam apa jua yang mereka lakukan, walaupun sedikit. Kerana itu sebenarnya yang membuatkan aku gembira dan terus bervlogging sehingga ke hari ini.

Kata-kata mereka yang tak nak aku berhenti vlogging betul-betul buat aku terkedu dan menangis. Aku terharu sangat sebab menjadi inspirasi mereka. Kerana mereka tidak tahu, sebenarnya merekalah yang menjadi inspirasi aku selama ini dan aku berterima kasih sangat pada mereka. :)

Apa-apa yang kita buat, kejarkanlah untuk capai apa yang kita impikan. Jangan biarkan ia sekerat jalan sahaja. Pastikan ia tersentuh walaupun tak dapat tergapai.

-L.O.L ayie