14.11.10

Telur Masin 20 biji

Semalam dia balik rumah. Heee...Terkejut din. Baru haritu mesej dia, dia kata balik 20hb. Rupa-rupanya abang dia bawa balik. Bestnya ada abang. Hm...pagi tadi sempat la jalan-jalan ngan dia. Dia teman aku gi bank deposit cheque aku dapat balik daripada menarik diri dari U ari tu. Haha...memang bosan dating ngan aku ni. Ada plak awek ajak gi bank. Tak patut betul kan? Hahaha...

Dahlah suruh dia cuci kereta aku masa balik tu. Kejam kejam... haha..

Anyway, singgah umah dia tadi. Abah dia ajak makan plak. Hehe..segannya. Mee Udang. Sedap la. Hehe. Tapi aku terkejut gila masa dihidangkan tu. Mangkuk besar dengan isi yang sangat banyak. Udang berapa ekor. Fuhhh... kalau aku jenis yang selera tinggi, pasti puas je rasa. Aku ajak dia makan sekali. Dia duduk-duduk je kat meja, trus zaapp udang-udang aku, aku angkat masukkan dalam mangkuk dia. Haha.. Serius banyak (Bagi aku la).

Boleh kata dah habis 4/5 telur separuh, sekor udang, daging sikit, 3 ketul tauhu dan mee serta kuah baru aku rasa macam makan slow je... Haha... Memang, aku ni makan jenis tak berselera. Cepat penat kalau makan banyak. Dulu tak ada pun macam ni. Patutla aku makin kurus je. Memang banyak la beza dulu ngan sekarang. Dulu aku chubby skit (skit je). Aku tak cakap pun, dia dah tahu... "dah tak lalu ke?" dia tanya. Aku macam tak nak la ngalah awal-awal. Penat-penat je orang bubuh, tak habis nanti membazir. Malu la kat famili dia nanti.

Tapi aku dah mula makin slow makan. Last-last "Dah...dah! Kang jadi lain plak..haha". Agaknya dia tak sanggup kot tengok muka aku cam tak lalu je. HAHA.

Sebenarnya semalam gaduh kecil sebab isu rokok ni. Hampir-hampir tak jadi jumpa hari ini. Entahlah... Memang rasa macam. Kenapa nak rokok? Tak sayang aku ke? Tapi masa tu ngah webcam, dan nampak la perubahan pada wajahnya. Hm...aku tak faham kesusahan untuk orang berhenti rokok, sebab aku tak ada pengalaman. Dia kata dulu 14 btg. Sekarang dah 6 btg. Hm..Sekurang-kurangnya dia ada niat nak berhenti.

Tapi setakat niat je wad pe? Kena bertekad. 
Rokok ni banyak keburukannya. Selain daripada merosakkan genetik, ia juga akan mempengaruhi mood dan ereksi pada...pada... pekejadah nama laki nye tu. Haaa...gitu le. Aku bukan dokter, jadi jangan salahkan aku.

Anyway, aku cakap kat dia, "kalau nak berhenti slow-slow takpela. Tapi kalau nak kawin, kena berhenti terus." Selagi tak berhenti jangan kawin. Cuba dapatkan nasihat daripada orang yang pernah berjaya berhenti rokok. Papepun, aku akan tetap sokong ko daripada belakang. Caiyok2... :)

p.s. ayah dia kasi telur masin 20 biji tadi. Heee...segannya.