19.11.10

Macam mana nak tau seseorang lelaki itu teruna?

Aku x igt mana aku rembat gambar ni... HAHA kt ne ek? blur. Yg aku tau, encem gle mamat ni.

Info diambil daripada blog ini. Aku copy paste untuk dikongsikan bersama.
Aku setuju. Walaupun aku bukan lelaki. Daripada kajian aku terhadap kawan-kawan lelaki aku yang lain. =D

1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik, lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya

8. lelaki teruna terlalu sensitif, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik, mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Tak taulah kenapa aku rajin sangat usya artikel-artikel macam ni. Hahaha...Rasa macam banyak tul ilmu yang aku tak tahu. Yang tersurat pun tak berapa pandai, tambah lagi yang tersirat :) Aku terbaca satu forum ni, dan aku tertarik dengan salah satu jawapan yang dikemukakan orang ni. Nama dia Ahli Rajin. Dia tulis :

Ni ilmu nk tengok pompuan/gadis tu dara atau tidak..

Cara :

(1) Kahwin dengan gadis yang kita berkenan itu.
(2) Gauli (setubuhi) dia
(3) Tengok ada darah ke tak.. (sikit je darah 'tu')
(4) Bersyukur dengan apa yang kamu dapat..

Moral : kalau dapat yang xda 'dara'.. kena pastikan kenapa dia xda dara.. blh jadi benda tu terkoyak masa dia bersukan, berbasikal atau permainan yang lasak.

Kalau 'ia' rosak sebab perbuatan laknat (zina atau onani atau benda yang hina), kena fikir kenapa kita ditemukan dengan ponpuan tersebut.. mungkin kita JAHAT atau ada DOSA & NODA yang telah kita lakukan sebelum ni..

Kalau kita tetap 'SEMPURNA & BAIK' sebelum ni.. mungkin kita ditakdirkan untuk membimbing dia (pompuan tadi) ke arah kebaikan..

Kena ingat.. LELAKI ialah Khalifah/Pembimbing dalam rumahtangga.

Note : Bersyukur kepada apa yang telah ditetapkan-Nya.. ada hikmah disebalik apa yang terjadi..

Walau apapun, pendapat aku, semua yang terjadi ada hikmahnya. Semuanya daripada Allah. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa tolong sesama kita :) Kalau difikirkan, tak ada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan. Sedangkan nabi Muhammad SAW sendiri telah dicuci hatinya 4 kali oleh malaikat. Apatah lagi manusia seluruh alam. Biarkan Allah yang menghakimi. Tugas kita sebagai manusia hanyalah untuk perbaiki diri sendiri, dan membimbing kawan-kawan yang perlukan pertolongan kita. 

Link-link rujukan :