21.11.10

Meminang dengan Senaskhah Al-Quran Sahaja

Isu ni timbul dalam benak hati aku setelah terbaca satu status daripada salah sorang friends aku di FB. Dalam FB dia tulis, " Hajat di hati mau kahwin.... Tp duit tak ada..... " Pastu aku ni memang ske skodeng orang komen-komen kat bawah tu. Ada member dia tanya dia nak bayar dengan apa kalau tak ada duit. Dia jawab, "dengan senaskhah Al-Quran". Sememangnya aku pernah dengar cerita ni daripada kawan aku. Aku rasa 2-4 hari lepas kot. Wow. Saling berkaitan je. Lepas tu, aku ingin tahu lebih mengenai perkara ni. Jadi apa lagi, Googley la. Haha...


Apa yang aku jumpa ada satu forum ni yang membincangkan pasal KENAPA RAMAI PEREMPUAN TAK KAWIN SAMPAI KE TUA.  Antaranya : - 

1. Kebanyakan perempuan bekerjaya berpandangan jauh mengenai pencapaian bidang yang diceburi dan memberi alasan mahu memantapkan kerjaya mereka ke tahap yang benar-benar stabil atau peringkat tertinggi sebelum berkahwin. Mereka meletakkan kepentigan perkahwinan dan berkeluarga sebagai perkara kedua dalam hidup mereka.

2. Menganggap dengan berkahwin dan berkeluarga lebih awal, pencapaian dan kepuasan dalam kerjaya terhalang. Mereka khuatir tumpuan lebih beralih kepada keluarga dan kebebasan bekerja lebih masa terjejas.

3. Khuatir jika mereka berkahwin awal, mereka tidak dapat membantu keluarga dan memberi tempoh tertentu kepada dirinya sebelum bersedia membina keluarga sendiri.

4. Mereka ingin berkahwin tetapi kedudukan dan pangkat dalam kerjaya mereka menghalang. Kesukaran mencari pasangan kerana tidak ramai lelaki yang mahu mempunyai isteri yang berpangkat dan pendapatan lebih tinggi berbandingnya.

5. Faktor personaliti perempuan itu sendiri. Adakalanya perempuan itu sendiri yang cerewet dan pemilih dalam mencari pasangan. Ini berlaku apabila perempuan itu mempunyai pangkat dan status dalam kerjayanya.

6. Ingin memantapkan ekonominya sendiri sebelum berkahwin. Dengan itu mereka memberikan tempoh atau sengaja melewat-lewatkan hasrat mereka untuk berkahwin.

7. Masyarakat kini bersikap terbuka dan seakan-akan menerima isu perempuan bekerjaya lambat kahwin sebagai perkara biasa.

8. Putus cinta. Menganggap lebih baik tidak berkahwin kalau bukan dengan orang yang dicintai.

Tapi aku memberi tekanan pada point nombor  4 dan 5. Dalam zaman sekarang ni, aku tengok makin ramai pula isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada si suami. Termasuklah ibubapa aku dulu. Sekarang tak dah. Abah aku dah sama saing ngan mak aku :) Apa salahnya kalau si suami berpendapatan rendah daripada kamu. Duit kamu tu duit kamu le. Suami tak berhak pun nak amik, melainkan kamu sendiri yang bagi. 

But anyway, aku tertarik dengan satu komen orang ni. Nama dia napieM79. Dia tulis :

harga mahal tapi perfect spt sitikhadijah...hehe..puas hati lah...mmg berbaloi..hantaran yg terlalu mahal x ke membebankan bg lelaki yg berpendapatan rendah...biarlah berpada2 dgn pendapatan si lelaki..cuba bayangkan seorang yg berpendapatan rm1000 ke bawah....jika harga hantaran rm7000++...x ke membebankan mereka.bukan nak simpan duit utk hantaran shj...hidup di zaman yg semakin tinggi taraf hidupnya ini...semuanya dah naik spt yg awk cakapkan tu...nak bayar itu ini..utk peribadi lagi...makan minum lagi...bagaimana pula dgn graduan yg masih lg dlm pembayaran hutang pinjaman pelajaran yg beribu ringgit.kan cukup membebankan mereka..bukan tidak berani nak pikul tanggungjawab...kerana taraf ekonomi seseorang...memaksa mereka tangguhkan dahulu utk memikul tanggungjawab tu...sampai bila?wallahualam...bagaimana jika dlm tempoh penangguhan itu dia terlibat dgn zina?walhal jika perkara tadi tidak membebankan...mungkin seseorang lellaki itu telah selamat di ijabkabul dan terhindar dr zina.kan perkara baik tu dlm tak sedar kita telah menyelamatkan seorang umat muhammad dr zina.jika kita rujuk kembali tntg perkahwinan dlm islam....perkahwinan bukanlah suatu yg membebankan penganutnya...kita sedia maklum bhw islam itu tidak menyusahkan umatnya..dgn senaskah al quran pun sudah memadai seseorang lelaki itu beristeri...tapi yelah di akhir zaman ini..saya belum pernah mendengar lagi berkahwin dgn senaskah al quran..itu berlaku pd zaman nabi saw dulu.saya jg setuju bhw seseorang lelaki yg ingin meminang seorang wanita mungkin dia akan ketepikan soal hantaran itu mahal atau tidak...asalkan dia dapat memiliki wanita idamannya itu.x kira la lelaki tu berpendapatan rendah atau sebaliknya...bagi yg mampu ahamdulilah mungkin tidak bnyk masalah tapi bg yg kurang mampu atau tidak mampu...pd masa tu dia akan bermati2an mencari wang siang dan mlm..siang dan mlm...x kisah la itu semua bergantung kpd individu itu sendiri...harap2 sembahyang tak dilupakan...tapi jika difikir logik kan..kalau dah keluar pagi balik mlm atau tgh mlm utk mencari wang...sudah tentunya badan akan jadi letih dan terus hanyut dibuai mimpi.mmg lah setiap yg sunat tu tidak berdosa jika tidak dilakukan...tapi takkan hidup tak mahu nak menambah amal bekalan akhirat...siang mlm asyik sibuk cari wang utk hantaran....
mak bapak bukan nak jual anak...so nak ambik anak dia org mestiilah bersusah sikit..xkan senang2 je..dia org dh berkorban..besarkan..bg pendidikan dn sebagainya......errmmmm...bila dah berkorban spt ni..seolah2 mak bapak mengharapkan hasil pengorbanan mereka..ada keikhlasan ke selama ni mereka berkorban?kalau mcm ni dulu tak payah lah susah2 nak buat anak..kalau dah xde anak..xdelah pengorbanan kan.kalau tak sanggup dilanda badai jngnlah berumah di tepi pantai...:)

Aku highlight di sini, " dgn senaskah al quran pun sudah memadai seseorang lelaki itu beristeri ". Berapa ramai zaman sekarang ni yang sanggup kawin dengan hantaran berupa Senaskhah Al-Quran sahaja, tanpa berupa wang ringgit? Zaman sekarang, seolah-olah semua mengejar kekayaan, pangkat dan darjat (eh, mcm sama je tu). Bagi aku, kesusahan, cabaran dan dugaan yang harus bakal pengantin risaukan adalah kehidupan selepas kawin, dan tanggungjawab masing-masing dalam membina sebuah keluarga bahagia yang diredhai Allah. Bukan merisaukan wang hantaran. Tapi itu yang orang zaman sekarang terlalu kejarkan.

Satu lagi aku nak ceritakan adalah mengenai satu artikel aku terjumpa di Facebook. Untuk menjaga nama baik dia, aku takkan ekspos link tu, tapi aku copy paste jela apa yang dia karang tu. Dia tulis :

Kenapa Lelaki PATUT memilih wanita menutup Aurat

ni cume perbandingan jer. 

Kenapa Lelaki PATUT memilih perempuan yang menutup aurat?
 sejak akhir2 ini orang memperkatakan tentang orang yang/  bertudung(MENUTUP AURAT) sama saja dengan orang tidak bertudung dengan alasan orang bertudung pun buat maksiat...
 pengiraan matematik...

anggap dosa tak pakai tudung = 1 dosa
 anggap sosial = 1 dosa
 free hair kompom hari hari dapat dosa = 365 hari
 sosial ikut sempat tapi bukan hari hari
 jika seminggu sekali buat dosa= 4 x 12= 48 minggu dalam setahun = 48


......free hair x setahun----365 dosa------(1)
 .....bertudung x setahun------0 dosa------(2)
 ... ... sosial x setahun-------48 dosa------(3)
 ... ... tidak sosial------------0 dosa------(4)
 pakai tudung dan tidak sosial-----(2) + (4)=  +  =  dosa setahun
pakai tudung dan sosial-----------(2) + (3)=  + 48 = 48 dosa setahun
free hairdan tidak sosial--------(1) + (4)= 365 +  = 365 dosa setahun
free hair dan sisoal--------------(1) + (3)= 365 + 48 = 413 dosa setahun>

cuba kira kalau 10 tahun... saper lebih terror dalam mengumpul dosa... .

... sembahyang wajib..katakan dua dua jenis orang ini bersembahyang dan
5 waktu sehari semalam itu sama dengan 1 pahala dan dikira dalam 1

s--free hair----sembahyang ---0 pahala----(5)
xs--bertudung---sembahyang ----365 pahala--(6
 tudung dan tidak sosial----(2) + (4) - (6)=  +  - 365 = negatif 365 setahun = 365 pahala
 tudung dan sosial----------(2) + (3) - (6)=  + 48 - 365 = negatif 317 setahun =317 pahala
 free hair dan tidak sosial--(1) + (4) - (5)= 365 +  -  = 365 dosa
 free hair dan sisoal--------(1) + (3) - (5)= 365 + 48 - 0-= 413 dosa

 pengiraan diatas menunjukkan orang bertudung dan tak bertudung adalah x sama... saper boleh kata sama lepas nih...so ini bermakna sesiapa saja yang free hair lebih banyak dosa dari bertudung.. siapa setuju,dan yang free hair..tolong bangkang  or sedar diri..yang susah cuma pilihan...

Apa pendapat korang? Aku rasa kalau niat dia buat artikel ni adalah dalam nada serius, memang tak patut. Sebabnya dosa dan pahala hanya Allah sahaja yang tahu. Memang pada luarannya kita leh agak dia berdosa, tapi di sisi Allah, mungkin ada perkara yang dia buat yang kita sendiri tak tahu, yang mendapat rahmat di sisi Allah. Contohnya cerita pada zaman nabi mengenai pelacur yang bagi anjing minum air daripada kasutnya. Ya, pelacur itu termasuk golongan yang mendapat syurga. Sekali lagi diulangi, dosa pahala hanya Allah sahaja yang tahu. Sekian.