11.11.10

Entri Pendek

Asik buat entri panjang je. Buat apa. Bukan ada orang nak baca pun. Setakat masuk blog aku, tinggalkan iklan kat chatbox sudah. T.T sdeh din sdeh tau. Tapi bagus gak, ada yang perihatin... Sayang korang semua yang tinggalkan komen sekali sekala tu. Kadang-kadang komen korang buat aku terfikir, kadang-kadang buat aku tersenyum. Bertuah aku ada member-member blog cm korang.

Anyway, hari ni. Hari yang biasa kot. Haih..esok kne bangun awai. tapi aku kemalasan nak tido plak. Takleh tidor...aduih kne mkn ubat ke? Penyakit apa ?

Korang pernah bercinta? Sapa tak pernah boleh angguk-angguk dan buat-buat faham akan apa aku akan beritahu lepas ni. Yela. Masa bercinta setiap hari nak mesej. Setiap masa asik teringat. Pada satu masa, dia akan kurang mesej. Stop terus. Mungkin sebab tak ada kredit. Tapi korang pasti akan rasa janggal. Macam sehari tu rasa macam semacam, macam tak betul. Korang jadi meroyan sekejap.

Haa...macam tu la aku rasa bila 'dia' tak SMS aku sehari. Macam org gile meroyan. Takleh dok diam. Padahal bukan ada apa-apa pun. Dia tak ada kredit je. Hmm... kadang-kadang risau gak. "Dia ni tak mesej ni... ada apa-apa ke?" Kadang-kadang pikir sampai melalut benda yang bukan-bukan. Yang buruk-buruk plak tu.  Hmm... penyakit ni.

Tu la. Kalau nk ubat pun, buat keje pape, gelak sorang-sorang baru terubat skit.
Tapi kalau org tengok, macam gile je.

Malam-malam pun macam takleh tidur je kalau dia tak mesej. Rasa macam hari tu tak 'complete' = tak sah. Korang nak tau? Ada satu malam tu, dia tak mesej aku langsung. Aku jadi gile meroyan cam biasa. Takleh dok diam. Takleh tidur, sampai kul 3 pagi. Tetiba dia miscall aku. Aku cepat-cepat amik handset aku, aku miscall dia balik. Pastu aku baring, sambil pegang tepon tu. Badan dah penat, tapi hati nak tunggu dia balas dengan mesej. Pegang la henpon tu...mana tau aku tertidur dan dia bergetar ke...

Tapi selalu kalau dah penat sangat tu, henpon bergetar pun aku dah tak sedar dah. Sedar-sedar pagi esok, ada 1 message. Buka-buka dia tertulis... "cyg..." macam biasa dia mulakan mesej. Yang peliknya, aku tak pernah bosan dapat mesej dia yang boleh dijangka tu. Malah selalu terlompat-lompat kegirangan. Hati terasa bahagia je. Entahlah. Mungkin itu bagi aku. Tak tahulah bagi dia. Kalau satu hari aku bangun untuk tahu aku bertepuk sebelah tangan pun, sekurang-kurangnya aku pernah bahagia. Dan semua tu aku akan abadikan dalam hati aku.


Oh shit! Panjang plak entri. Bongek betul. Baru nak wad entri pendek. Siot je.