6.9.10

Perjalananku Pulang

Sehari Sebelum Pulang
Kami (aku dan kawan-kawan) pergi ke Dayang Salhah. Kedai paling terkenal ngan kek lapis dia yang sedap tu. Sebelum pergi tu aku punyalah make-up kan. Jangan salahkan aku. Tunggu kereta sewa nak sampai, tak sampai-sampai. Last-last menyempat aku bersolek. Ok tak?

Mula-mula je ok, lepas berapa jam berpeluh-peluh...haaa...faham-faham la ye. Cair habis makeup. Jadi opera cina aku pada malam tu.

Sempat gak kami beli Big Apple Donuts.
Pinjam orang punyer. Hehehe....~

Balik daripada outing terakhir tu, aku terus habiskan mengemaskan beg-beg aku. Tapi entah kenapa time tu aku terlalu pening sangat. Maigrain tak tentu pasal. Maybe sebab aku berhimpit kat belakang dengan 3 orang lain. Ya. Kami keluar ber-6 menaiki kereta kancil. Memang happening. Nak termuntah aku pulang bersiar ngan mereka. Hahaha.... Last-last aku tak leh nak lelap gak, jadi aku ngadu pening ngan 'Dia'.

"Iki......pening :'( "

Terus calling-calling lepas tu. Dia layankan aku jugak. Kesian dia. Tapi last-last kena marah ngan dia. Haha.. Dia kata dah lewat sangat...kang aku tak bangun esok, terlepas flight plak. Jadi aku end call tu dan try tidur jugak.

Pada Hari Kepulangan
Aku rasa segar sikit. Penangan ubat penahan sakit semalam kot. Lepas habis packing semua, aku pun siap bawa turun beg ke kereta kembara kakak warden yang nak hantarkan kami ke airport. Dua tiga kali juga aku ulang alik untuk hantar beg. Banyak sangat beg. Kali terakhir aku singgah bilik, aku pun usya bilik lama-lama. Haih...kali terakhir aku tatap bilik ni. Kemas pula bilik ni. Kalau tak, bersepah je.

Barang-barang aku yang terpaksa ditinggalkan sebab beg terlalu penuh. Bagi kat roomate jela =P

Nota kecil sepeninggalan aku kepada roomate.

Masa naik kereta kakak warden ni rasa 'semacam' je on the way nak gi airport. Tak taulah kenapa. Maybe rasa sedih sedikit sebab nak tinggalkan tempat tu. Walaupun seketika, tapi dah rasa tempat tu macam tempat sendiri pula. Hm....

Giler penuh kereta kembara tu ngan beg kami ber-3. Penuh! Ambil masa setengah jam gak nak susun bagi senang kakak warden nak tengok jalan belakang. Sebab pada mulanya beg tu penuh sampai tak nampak cermin belakang. Bahaya la kan. Tak pasal-pasal nanti dia kena saman plak. Huhu...

Penuh sangat. Hahaha..

Sampai airport kami bawa turun beg. Haa....nak tengok banyak mana beg aku?

 
Ambik ko! Hahha....Ni dah lebih 30kg ni...(maksimum leh bawa 30kg je) Runsing gak aku memikirkannya.
Tetiba ada pakcik tu lalu dan bagi leaflet pasal servis penghantaran beg terus ke rumah untuk cas yang lebih murah. Berbaloi. Beg aku ada la anggaran lebih 15kg. 
Kalau ikut peraturan, lebihan berat kena bayar 1kg = RM15. 
Jadi kalau lebih 15kg; 15kg x RM15 = RM225. Gilo.

Kalau servis hantar ke rumah ni pula 1kg = RM5.00. 
Jadi, aku poskan beg aku yang sederhana besar yang beratnya 15KG. 
Jadi 15kg x RM5.00 = RM75. Save duit :)

Apasal aku cerita semua ni kat korang?? Memeningkan kepala korang je kan?


Kami bertolak daripada hostel kul 11.30 pagi. Member aku dua orang tiket pukul 4.00ptg. Aku pula tiket lambat. Pukul 8.50mlm. Hahaha...lama ya kena tunggu. Nak check-in beg pun kena dua jam lebih awal daripada masa untuk berlepas. Jadi, pukul 6.50ptg aku kena check-in beg dah. Jadi aku duduk je la kat kerusi tu sampai pukul 6.30. Sampai tertidur (memang sengaja tidur) dah tak peduli dah ngan orang sekeliling aku. Hahaha. Sekali sekala buka mata, nampak orang usya aku. Main-main kening jela ngan diorang.

6.30ptg tu aku check papan blink-blink yang ada tulis flight nombor dan kaunter untuk check-in beg. Aku usya nombor flight aku dah ada blink-blink kat situ. Flight nombor AK5217. Eh...kaunter dia tak tulis pula. Jadi aku pun bertanya kat kaunter pertanyaan.

"Boleh saya bertanya...?"
"Boleh....tak ada masalah..kenapa dik ?" 
("dik" ni ada dua makna. Sama ada Adik atau Awak)
"Erm...flight AK5217 dah buka kaunter untuk check-in beg belum?"
"Ya, sudah buka.."
"Kaunter mana ya?"
"Mana-mana kaunter..."
"OH! terima kasih!! :) "
"Sama-sama"
(berbudi bahasa kan aku ni?) =D

Jadi lepas aku check-in beg, aku terus ke KFC berdekatan dalam area airport tu. Pukul 6.43 dah boleh buka puasa. Ramai giler dah duduk untuk buka puasa. Aku beratur untuk order makan. Aku buat bungkus. Takut tak ada tempat je nak duduk. Tapi dah angkut bungkusan KFC tu, aku terbayang lak makan burger depan semua orang kat tempat duduk bahagian depan airport. Malu plak membayangkan situasi tu. Jadi aku usya-usya gak tempat kat KFC tu. Ternampak ada satu geng lelaki ni baru habis makan, dan bangun kemudian beredar daripada situ. 

Makanan mereka masih bersepah atas meja tu, tapi aku duduk la juga. Bukannya tak boleh tolak ketepi kan? Hm....Korang perhatikan betul-betul gambar kat bawah ni...dan gitau aku, apa yang korang dapat lihat. Usya kawasan pink sahaja ye. Kawasan hijau tu makanan aku. Apa pendapat korang tentang kawasan pink itu?

 

Nanti pada hujung entri ni aku beritahu korang erk. :D

Ok, jadi lepas aku berbuka, aku pun bergerak masuk ke tempat ketibaan kapal tebang. Walaupun malam, tapi ramai juga masa tu. Ya lah...semua nak balik raya kan... :)


Turun daripada kapal terbang, aku ambil gambar terakhir kapal terbang yang aku naiki tu. Mana tau, lepas ni aku tak ada peluang naik kapal terbang dah.


Agak blur, tapi masih segar dalam ingatan. Korang nak tau tak...
Lepas jejak kaki kat tanah semenanjung ni, aku rasa macam nak mengalir air mata. 
Rasa lega, dan happy yang teramat sangat. 
My heart belongs here more. :)

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin pada korang ye.

Anyway, nak tau jawapan untuk gambar KFC tu?

Korang usya la perbezaan pada kawasan kuning dan oren tu.

Kawasan 1 : Bolehlah nak buat member...
Kawasan 2 : Sesuai buat Calon Bakal Suami =D

Sayangnya, tak sempat aku menoleh untuk usya muka budak tu...aih... apakan daya...