7.9.10

Apahal plak ngn iklan tu. Sejak bile plak santa claus pakai songkok?

Ok, aku pasti ramai yang akan buka entri ni (prasan tul...)....hehe. Tajuk dia sudah cukup menimbulkan kontroversi dan aku pasti, ramai yang tak sabar-sabar nak komen aku (yelaaa tuuuu~). Sejak bila kaum kita mula bersensitif-sensitif ni? Baru kuar iklan tu, dah ramai orang melenting-melentung.

Aku dapat tahu iklan ni daripada member aku Syed Aiman. Tetibe je dia call aku sambil berkata, " Eh, jom...kita sambut raya dalam gereja nak?" Tekejut beruk aku. Apahal mamat ni. Pastu dia cerita pasal iklan tv3 yang banyak timbulkan kontroversi antara jutaan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Hm...

Pada mulanya aku usya video tu di youtube (sebab kt TV dh tak tunjuk dah), aku rasa macam, "alaaa....biasa je iklan ni" dan pendapat aku ialah, orang yang buat iklan ni buat semua tu (contoh beca terbang daripada buku cerita) untuk menunjukkan betapa magicalnya raya ni disambut bersama. Tak terfikir plak konsep "1 Malaysia" tu. Tapi bila diulang-ulang banyak kali iklan tu...terasa seram plak nengok pakcik rambut putih tu. Macam semacam je aku rasa... seperti biasa, hati aku rasa tak sedap. (korang taula kan perasaan tu macam mana, bila rasa macam ada benda tak kena).

Masa tu aku fikir positif lagi. Kemudian aku terpandang beberapa entri pasal isi-isi tersirat yang orang terjumpa dalam iklan ini daripada blog Kyoo-Reza dan Mr Homosapienz. Jadi untuk permudahkan korang, aku copy paste entri diorang yang dicopy-pastekan juga. Okeh?

Bahagian Copy Paste

Scene 1 
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas -Simbol Paganism
Scene 3
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

Scene 4
Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 
Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6
Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 
Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Scene 8 
Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.
1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan -Lesbianism/Feminism

2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.
Scene 9
Beca terbang merentasi sebuah pulau.
1.Pulau - Singapore lah.



Scene 10 
Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.
1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah
Scene 11 
Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.
1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - PerlakuanBiadab 


Walaupun permohonan maaf telah dibuat menerusi akhbar, saya rasa ia tidak mencukupi lagi kerana pembikinan iklan ini dilihat begitu terperinci seolah-olah Perlembagaan Negara Malaysia dalam Perkara 3 mencatatkan "Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan." menjadi remeh-temeh.
Jika kita lihat pada Sirah Islam Pembukaan Madinah di bawah pemerintahan Islam juga "Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan." dihormati sepenuhnya oleh rakyat Madinah Al-Munawwarah yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.
Ulasan Blogger mengenai Iklan Kontroversi Raya TV3 :klik sini

Bahagian Copy Paste Tamat

Ok. Masa ni barulah aku tetiba je rasa macam geram dan nak bunuh siapa buat iklan tu. Jadi aku pergi balik kat iklan raya kat youtube tu, dan comment macam gini....

Tapi, alangkah terkejutnya bila aku tengok komen aku di flag sebagai SPAM. Hahaha...kenapa? Takut terima kebenaran ke? Sebenarnya aku dah lama dengar pasal golongan Illuminati ni. Kalau korang pernah baca entri aku yang ini http://aie89.blogspot.com/2010/04/lady-gaga-join-illuminati.html. Aku dah baca dah pasal illuminati tu. Mereka sebenarnya nak rosakkan minda kita. Mereka akan timbulkan satu situasi di mana pada zahirnya, kelihatan seperti biasa...tetapi seolah ada makna tersirat. Mereka memang sahaja nak kita berfikiran begitu. Daripada penyataan ini, cuba korang fikirkan kebenaran di sebalik tujuan mereka itu. Cuba korang bayangkan hipotesis yang aku buat ni.

Mereka akan timbulakn satu situasi = iklan raya.
Kemudian antara mereka akan sebarkan satu fitnah (konon pihak tu menyebelahi kita) = bukti-bukti tersirat dalam iklan tu  (Tanyalah pada diri sendiri, "Siapa yang timbulkan fitnah itu? Adakah daripada kalangan Islam, atau kalangan mereka?")
Jadi bila fitnah tu tersebar, ada orang yang akan setuju, ada orang yang tidak setuju. 
Kekecohan ini akan memecah belahkan orang-orang Islam.
Ini yang mereka nak sebenarnya. Korang tak percaya?? Pergilah usya video-video kat Youtube. Dalam bahagian 'comments' tu, Islam bergaduh sesama Islam. 

Orang pertama kata : Uit..!! Kolot ar kau. Sekarang ni dah zaman moden. Berfikiran terbuka la sedikit!
Orang kedua kata : Bukakanlah pintu hati dan mindamu. Orang yang percaya iklan ni memang bodoh. Orang yang buat iklan ni pula mesti jahil pasal agama kan?

Orang carut mencarut merata-rata...hanya kerana iklan raya ni? Sampai masuk BBC kt UK? WTH!

Sama juga ngan kes crocs pun.
Diorang saje kuarkan kasut macam tu, timbulkan fitnah bagi kita gaduh-gaduh sesama kita.

Kalau korang baca entri ni, jomlah...keluarlah daripada fitnah mereka. Jangan kita terus bergaduh sesama kita. Bersihkan semula fikiran kita dan jangan libatkan diri dalam mana-mana forum tak bermoral ni. Memang betul, kita takleh biarkan orang persendakan agama kita, tetapi fikirlah, mereka memang sengaja buat macam ni, supaya kita bergaduh sesama kita. Jadi...Semua orang, tak payah bagi pendapat. Okey?

p.s. duit RM800 lesap daripada bank aku pada malam ni. Ya. Tapi raya ni, tetap raya yang bersemangat bagi aku...tak macam Mr X-PO. Kecian...Korang macam mana pula?