8.9.10

Raya pada hari Jumaat!!

Huhu...padan muka pada semua yang bajet esok raya. Hahahahaha~!!!
Hari Jumaat raya? Esok aku dah pulang ke Johor. Siapa orang-orang Johor, mai ler Kampung Semasih. Raya kat rumah atok aku =D Hari Raya Kelima aku balik kampung atok kat Batu Kurau, Perak plak. Jadi, korang bolehlah nak mai tu. Hehehe...

Ramai tak bersemangat nak raya pada tahun ni. Mungkin dengan faktor "berada di kampung" dan sebagainya. Tapi bagi aku yang baru pulang daripada Pulau Timur tu, rasa sangat bersemangat nak raya. Rasa BEBAS giler! Yahooooo~~ Terasa macam graduate kali kedua plak. Hahaha...leganya. (sengal kan?)

Siapa nak rasa kek lapis Srwk, jom....ramai-ramai gi rumah Milimilo. Aku bawa sebiji. Kita kongsi ramai-ramai. 1 Malaysia Menjana Transformasi. Mana tau lepas korang makan nanti korang jadi transformer ker...Hahaha~ Boleh sambut bezday Kimo sekali =D

Minggu depan aku dah ada kat Manjung semula. Mai la raya umah aku. Tapi aku hidang biskut kering jela. Aku tak reti masak. Masak Macaroni tadi tak jadi :'( . Bau dah sedap.... Bila buka puasa tadi, semua tak lalu nak makan. Termasuk aku sebenarnya, tapi aku telan jugak semangkuk (dah aku yang masaknya). Teringat plak, yang aku pernah mimpi buang semangkuk besar macaroni. Memang dah jadi kenyataan dah pun. De Ja Vu betui ler.

Okla. Balik kampung elok-elok. Ingatlah orang-orang yang tersayang.

p.s. masih berfikiran sama ada mahu kerja pada minggu kedua raya atau tidak.