27.8.10

Solatku Terjaga. Terima kasih Ya Allah.

Mungkin, kita tidak serupa. Ya. Kita jauh berbeza. Aku bukannya baik sangat pun. Kekadang terlepas juga kewajipan 5 waktu sehari semalam. Astaghfirullahalazim... Tapi aku takut Ya Allah. Aku menggiggil setiap kali aku berdosa padamu. Ampunkan aku Ya Allah. Sesungguhnya aku manusia yang biasa alpa dan lalai dalam keasyikkan dunia. Tapi aku cuba. Ya, aku sentiasa cuba untuk berubah. Aku INGIN berubah, menjadi seseorang yang lebih baik daripada semalam.

Mungkin ini semua kebetulan. Mungkin juga ini petunjuk daripada Allah, bahawa dia masih sayangkan diriku. Walaupun aku agak nakal dan berdosa, aku sentiasa beringat. Kalau keluar reramai pergi bandar, aku akan sentiasa teringat untuk tunaikan kewajipan solat. 

Hari ni, kawan aku ajak keluar ke pekan untuk buka puasa. Setahu aku, nak pergi sana kena menaiki bas, sampai ke luar pagar universiti dan kemudian jalan kaki ke pekan. Setahu aku juga, di sana tak ada surau berdekatan. Aku mencongakkan waktu dalam fikiranku.

Kalau buka puasa sana, pasti order, makan semua ada la dalam setengah jam. Nak berjalan semula ke pagar universiti, kemudian nak tunggu bas lagi untuk balik semula ke hostel, berapa lama? Pasti Maghrib akan terlepas! 

Dalam hati aku dah rasa semacam. Nak ikut atau tidak?

Last-last aku ikut juga kawan aku. Kami terlepas bas, sebab tunggu sorang lagi member pada member aku. Dalam hati, aku masih rasa semacam. Rasa ragu-ragu. 

Ya Allah, patutkah aku ikut mereka? Berikanlah petunjuk kepada aku!

Kawanku : Eh, aku tak terfikir lak nak bawak payung. Dah start hujan ni. Aku pergi amik payung jap.

Hujan makin lebat turun. Semua berlarian ke arah pondok bas. Aku mengikut kawan aku dari belakang.

Kawanku : Weh, Ayie! Hujan lebat ni...lari~!!

Sesampai kami di tangga hostel, kawan aku tetiba berpaling ke belakangku.


Kawanku : Ayie!! Bas! Kita terlepas sekali lagi!
 Dalam hujan tu aku tersenyum sambil mengucapkan dalam hati...

Alhamdulilah... :)

Kami berbuka puasa bersama di hostel. Bagi aku, kalau seseorang itu ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik, tiada apa yang harus dibimbang. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, dan percayalah kewujudanNya dan yakinlah! Allah akan tolong kita, dia akan sentiasa jaga kita.

Ya. Aku sememangnya susah nak bangun pagi. Berapa kali Subuhku lebur. Astaghfirullahalazim....
Tapi aku ingin berubah. Berubah menjadi seseorang yang lebih baik daripada semalam. Sebelum tidur, aku menepuk bantalku 3 kali sambil berniat dalam hati.

Ya Allah...kejutkanlah aku Subuh esok. 

Benar.... keesokan paginya, aku dikejutkan dengan azan Subuh. Telingaku menjadi peka kerana keinginan hati aku yang Dia sahaja tahu. Tapi kekadang, apa yang kita niatkan itu, Dia tidak izinkan berlaku. Contohnya semalam, aku berniat ingin bangun sahur pada 4.10pagi. Siap pasang alarm pada telefon bimbit. Tapi sedar-sedar, esok pagi, aku dikejutkan dengan Subuh terus. Imsak terlepas. Bila aku mencapai handset aku, aku tengok alarm telah dipadamkan. 

Bila masa plak aku padam ni?

Bila sesuatu yang bukan keinginan kita berlaku, berhenti dan fikirkan hikmahnya. Janganlah kita terus melenting dan marah-marah menyalahkan semua pihak. Pasti, ada hikmah di sebalik kejadian. Fikir positif! Jadi aku buat kesimpulan bahawa bagus juga aku tak bangun sahur. Sebab perut masa tu memang masih kekenyangan. Kalau bangun sahur gak, maunyer aku sakit perut. MasyAllah, Dia lebih mengetahui!

Banyak kejadian di mana kita rasa adalah bala buat kita. Kekadang ia adalah balasan pada dosa-dosa kita yang lepas, tapi kekadang, ia semua adalah dugaan yang diturunkan kepada kita. Dia hanya ingin melihat betapa kuatnya kita dapat pikul dugaan-dugaan tu. Mampukah kita menghadapinya dengan tenang, atau panik dan hilang akal?

Mengapa aku tetiba rasa tak boleh bawa course yang aku bawa sekarang? Kenapa sekarang baru aku rasa semua ini? Adakah Dia inginku berhenti, atau teruskan menghadapi dugaan ini? Bila hati ragu-ragu, solat istikharahlah jalan penyelesaian. Dengan harapan, Allah akan berikan petunjuk pada kita akan jalan yang harus kita lalui untuk mendapat keredhaanNya. Akhirnya aku membuat keputusan untuk berhenti.

Hikmahnya? 
Mungkin dengan berhenti, aku menjimatkan lagi duit ibubapa aku.
Mungkin dengan berhenti, aku dapat mengejar apa yang aku sebenarnya minat daripada dulu.

Tapi kalau Dia mahukan aku berhenti, kenapa Dia taqdirkan aku ke sini?
Jawapannya mudah sahaja. Pengalaman. Tanpa pengalaman, seseorang itu bagai pokok yang dipelihara.
Pernah tengok pokok yang dipelihara? Hanya tumbuh cantik, lurus ke atas. Tiada pengalaman sendiri, malah takut untuk memanjangkan lagi ranting-ranting ke hala yang lain. Pernah tengok pokok-pokok kat Taiping? Haa....pokok-pokok sana memang berpengalaman. BESAR GEDABAK dan ranting-rantingnya pelbagai arah. Orang nak tebang pun takut.

Ya. Aku perlukan lebih banyak pengalaman. Jika nak bezakan aku yang pemegang Diploma ini dengan tunangku yang pemegang sijil itu. Jauh sangat beza. Dia lebih banyak pengalaman daripada aku, meskipun dia lebih muda daripadaku. Ah! malu malu...

Cukuplah di sini. Yang penting, ingatlah dua perkara ini :
-Jika ingin berubah, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, Allah pasti akan bimbing kita.
-Sentiasa mencari hikmah dalam semua kejadian.