25.8.10

Hari Kemerdekaan ke...??

Menjelangnya 31 Ogos 2010, tidakkah korang terasa bahangnya semangat patriotik dalam diri korang? 
Apa!? Tidak?? 
Apa nak jadi ngan korang ni huh? Semangat la skit.
Siapa ada beli bendera Malaysia, atau lebih baik lagi, sapa ada buat bendera malaysia?
Apa? Korang tak ada bendera Malaysia? (aku pun sama...)
Entah kenapa tahun ni tetiba aku semangat pula.
Sampaikan ingin buat COllab Video pula untuk channel UMVC di bawah ni.



Apa itu "collab video"? atau dalam perkataan panjangnya collaboration. Collaboration ini adalah gabungan kerjasama beberapa pihak dalam menjayakan apa-apa event. Jadi dalam hal ini, aku merujuk pada "video" yang akan ditayangkan nanti adalah hasil kerjasama beberapa orang vlogger Malaysia. Mungkin video itu takkan seberapa. Tapi ia adalah hasil anak-anak muda yang berkobar-kobar untuk meluahkan perasaan kecintaan pada tanah air.

Jadi korang apa tunggu lagi? Kalau tak nak beli bendera pun tak apa. Tunjukkan support korang dengan subscribe pada channel UMVC ini. Lagi ramai join, lagi meriah. :) Siapa yang nak contribute video untuk kolaborasi ini, sila emailkan kepada aku (amni_ehsan@yahoo.com.sg). Aku akan terangkan syarat-syaratnya. Tarikh tutup penghantaran video adalah pada 28 Ogos 2010.

Tayangan Video itu mungkin pada 31 Ogos 2010 atau ke atas (bergantung pada kelajuan internet untuk upload video. Haha)