23.7.10

Kekadang kita perlu diam untuk tenangkan diri


Apa khabar? Korang semua sihat? Lama gak la aku tak update blog. Huhu...sangat sibuk sejak masuk belajar semula. Jadualku sangat padat. Kekadang tak cukup tidur. Dah macam zombie je bila aku usya cermin pepagi. Dengan mata panda-nye... kiut sgt! (yerla tu...)


Hari ini, aku nak ceritakan sikit mengenai 'perasaan' yang aku tengah kandungkan dalam sanubari aku sejak 2 minggu lepas. Aiceh, ada sesi luahan perasaan plak. Bukan tujuan aku untuk jatuhkan maruah mana-mana pihak,  atau mengutuk orang sesuka hati, tapi sekadar tatapan kita bersama. Mana tau masalah aku ni ada sama ngan korang kan?

Ceritanya begini. Aku ada member ni kan. Jap. Pembetulan ayat. Aku ada membe-membe yang jenis perangai macam twitter. Semuanya mereka nak twit kat orang. Kalau orang giler men'tweet' ni mesti faham apa maksud aku. Senang cerita, mereka ni suka bercakap. Orang tua kata, kalau orang yang suka cakap, yang ramah ni, bagus....senang nak buat kawan, dan senang orang nak amik kerja nanti. Tapi kalau dah terlampau "bla bla bla"... siapa tahan?? Bukan setakat benda besar, benda kecil pun jadi topik. 

Aku tak kisah kalau nak luahkan masalah korang kat aku. Betul! Aku seorang pendengar yang baik. Korang nak lepaskan beban korang kat aku, aku tak kisah. Tapi sekali sekala la. Takkan 24 jam aku jadi tempat korang lepaskan kahak kering. Adoi. Bukan aku nak sombong, tapi sebagai manusia biasa, aku pun ada masalah sendiri juga. Kalau benda kecil yang boleh diselesaikan sendiri tu, eloklah kalian cuba untuk selesaikan sendiri tanpa menjerit, "MACAM MANA NI??!" Perlukah berkata kuat? Tidak perlu sayangs.... Cuba untuk simpan semua persoalan itu dalam hati, fikir perlahan-lahan dan cuba selesaika sendiri.

Sebab sesungguhnya, aku sangat annoyed bila korang asik-asik bertanya "macam mana??"
Belajarlah bermonolog diri ya. Kalau ya pun nak bertanya, sila jangan buat nada panik. Bertenang dan tanyalah dengan sopan, "ko tahu tak macam mana nak buka penutup botol air ni?"
Ha...kan sopan macam tu. Tak perlulah aku asik memendam perasaan je macam tu.

Lagi satu, kalau dah tahu korang sembang kuat dalam kelas, janganlah dok jerit, "APA?! tak dengar!!"
Aku yang tak sembang, yang dengar dengan teliti pun boleh tak dengar apa yang lecturer cakap. Macam mana aku nak jawab pertanyaan korang yang aku boleh jangka tu? -- > "Weh, pe dia cakap??"
Pastu bila tak puas hati, terus mengutuk. Fikirlah dulu, selidiklah dulu, kumpulkan banyak kemungkinan, bukan andaian...jangan terus mengutuk je...

Tak apalah, semua orang buat silap. Harap korang sedarlah diri. Belajar untuk berbudi bahasa ya.

Baru lepas balik daripada library ni. Sungguh tenang aku rasa :) Sebab first time belajar menggunakan Bilik Karol. Bilik khas untuk study sorang-sorang. Wah. Selesa dan mententeramkan. Balik pun sorang-sorang dalam hujan (pakai payong) sambil dengar lagu daripada handset. Wah. Tenang je rasa. Sebabnya aku ada ruang untuk lapangkan fikiran aku daripada perkara lain.

Kekadang kita perlu diam untuk tenangkan diri...