28.7.10

Ayie tu Budak Emo

Ha ah. Memang ramai blogger yang kenal lama ngan aku akan berkata begitu. Sebab peristiwa aku asik on off je ngan blog SukaDuka ni. Sekali lagi aku emo pada entri lepas. Tapi bukan sebab nak tutup blog ke apa. Cuma, pasal kehidupan baru aku bergelar mahasiswa di toot (nama disencor) universiti. Sistem kat sini sangat rumit. Kalau nak dibandingkan dengan U lain... far far more complicated. Maybe sebab tu kot orang pandang tinggi dengan pembelajaran kat U sini. Ada la sebab kan kenapa aku dapat sini. Dahlah pilihan aku yang lassstt sekali. Kalau nak usya pointer cgpa diploma aku bleh tahan gak. Tapi orang bukan pandang pun pointer kita sangat kalau daripada kolej swasta kan? Haih....~

Aku... dalam dilemma...
Ramai gak dak diploma yang baru masuk ngan aku, dalam proses untuk keluar daripada sini memandangkan sistem pembelajaran dia yang menyebabkan kita tak ada masa untuk diri kita sendiri. Ah! Tapi mungkin untuk sem pertama je kot. Yelah. Kita kan baru masuk sini. So, kita kena biasakan diri dengan keadaan sini kan? Tambah lagi dengan mata pelajaran yang agak baru bagi kita. TAMBAH lagi dak STPM dan matrix. Seb bek aku ada asas juga pasal IT, kalau tak, ternganga gak. Tapi tu lah, Maths aku. PEH! Tambah lagi Calculus tu. Adoi. Rasa macam tak mampu je nak amik. Kalau ikutkan hati, mau je aku transfer kredit. Tapi dekan tak bagi plak nak transfer. T.T 

Jadi sem 1 memang takleh transfer kredit. Aku kena belajar balik daripada mula. Belajar benda sama... Amik periksa yang sama... macam mana kalau result aku turun? (",-)

Walau apapun, aku akan cuba yang terbaik. Kawan aku dah dapat call petang tadi. Dia kena daftar UTEM jumaat ni. Seronok betul dia dapat keluar daripada sini. HAhaha...

Suara hati : Boleh ke aku bertahan di sini?