18.7.10

Guess What I found....? Heee~

Ingatkah kalian akan entri ini?? Klik di sini
Well, guess what?
Alhamdulilah...Aku dah jumpa dah file tu...

(flashback)
17 Julai 2010, dalam perjalanan ke Desa Ilmu (tempat keluar Sabtu minggu lepas) : Aku berjalan dengan longlai bersama rakanku, Hasna. Aku ternampak kedai yang aku ada scan dokumen transkrip dalam fail aku.

ayie : (berkata dengan spontan) Weh, jom check kedai tu. Entah-entah aku tertinggal dokumen kat situ. Sebab tu tempat last aku nampak fail tu. (dengan muka tidak bersalah kerana tidak pernah terfikir tentang kedai itu masa fail itu hilang tempoh hari)

Hasna : haaa...jomla!

Sampai ke kedai tu, aku perlahan-lahan berjalan ke arah kaunter scanner yang sedikit ke dalam kedai tersebut (dengan gaya tiptoe). Makin jelas kelihatan fail kotak berwarna oren...dan suara aku juga makin jelas kedengaran...

ayie : itu....itu....itu bukan....biar betoi...fail aku ke.... FAIL AKU SIOT!!!

Waktu itu gembira tak kira lah aku. Terasa bagaikan orang gile.

Wah!!! seronok nak mampos lah...dokumen penting nak mampos tu....mampos la kalau hilang!
Berapa kali aku sebut perkataan 'mampos' ni? ah, mamposlah! Yang penting, aku dah dapat fail tu semula....jangan hilang ya fail kesayanganku...muah muah muah!!