13.7.10

Kunci kasi cekik leher k

Semalam hari malang sedunia aku. Kenapa korang tanya? Sebab....dahlah fail aku yang berwarna oren tu hilang. Banyak giler dokumen-dokumen penting di dalamnya. Lepas tu, ada berlaku satu kejadian tak diingini pula. Pukul 7 mlm ada perjumpaan bersama Fakulti. Jadi apa lagi, aku pun siaplah pukul 6 gi mandi. Time tu roommate aku ada dalam bilik lagi. Mandi-mandi main sabun...Kuar daripada bilik air, aku pun bergerak la ke bilik yang semeter daripada pintu bilik air. Pulas-pulas tombol pintu bilik, dan aku tergamam. KUNCI?! 

Roommate aku dah kuar. Dia tak prasan aku pergi mandi ke? Takkan tak nampak aku pakai tuala? Macam mana aku nak pergi perjumpaan ni?? Tudung aku dalam bilik...Seb bek aku jenis pakai baju siap-siap dalam bilik air. Kalau tidak, masakan aku akan pergi berkemban ngan tuala ke perjumpaan. MeletoP i tell u!

Nak telefon roomate aku, handset pun dalam bilik... Aduii..nak buat macam mana ni??

Last-last aku buat muka tak malu, dan minta pinjam tudung, ank tudung, dan pin tudung daripada senior. Sempat lagi nak iron tudung, padahal dah kul 6.45 time tu. Tak sempat nak kejar roomate aku yang dah beredar ke library. Aku pun pergi ke blok hostel kawan sekelas aku. Wah...jumpa dia terus aku macam luah kat dia... "weh...aku ada masalah besar ni..."

Dia pula jenis bertanya banyak sampai buat orang sakit hati... membuatkan aku tetiba nangis macam tu je. Hahaha....tak macho langsung. Aku tak nangis ditinggalkan famili di Sarawak, tapi nangis pasal benda kecik ni. Aku rasa ekoran daripada fail berharga yang hilang dan juga kelas CALCULUS pada petang itu yang aku rasakan sangat complicated, susah, frust sebab semua orang angguk-angguk, aku geleng-geleng. Serious, aku tak faham sepatah haram dalam kelas tu. Walaupun BI aku boleh dikategorikan sebagai air yang mengalir, tapi time tu, air terus beku. Memang terserlah bahawa pelajar bekas STPM lagi pandai dan bijak daripada pelajar Diploma. Aku sedar diri aku sapa (",-)

Lepas nangis tu, aku cuba gelak-gelak, buat-buat gila sikit supaya aku cepat-cepat cheer-up. Time tu aku dah macam separuh sedar tak sedar. Dah ta kisah apa orang nak kata. Dahlah pinjam tudung orang lain, cardigan panjang membe aku tu pun aku pinjam, sebab baju yang aku pakai time tu macam singkat semacam je. Tangan aku kosong. Handset, dompet semua tak ada. Aku rasa tak selesa, takleh dok diam... Macam mana kalau ada orang call/mesej aku?? Resah semacam macam bapak yang menunggu anak first untuk lahir. (eh, cm xde kaitan je)

Hari ini macam hari-hari biasa kot. Agaknya bertahun aku rasakan senang, baru Allah nak turunkan dugaan kat aku. Tak pelah, bersabar jela Ayie... Ada orang yang lebih teruk daripada hang.

p.s. aku kena sesuaikan diri berada dalam universiti.
p.s.s kena gantung kunci bilik kat leher...