27.6.10

Jatuh Cinta di Alam Maya

Siapa pernah jatuh cinta di alam maya? Angkat ketiak!! Aku pernah. (Angkat jari aje bowleh?)

98% orang yang jatuh cinta di alam maya adalah berdasarkan paras rupa (peratus yang dibantaikan). Tapi serius, manusia mana yang tak suka benda cantik? Sebelum facebook muncul, aku aktif giler main Myspace. Asyik nak menukar je gambornyo. Nampak je profil mamat ensem skit, haaa terus tekan butang "add as friend". Kalau ensem sangat, gambar dalam album myspace dia aku kobek, right-click, "save as picture". Sorang lagi jadi mangsa gambar curi untuk album peribadi aku. Miahaha~

Begitu kemaruknya manusia apabila jumpa benda cantik (aku ler tu...) Tapi aku bukan obses ya. Obses itu penyakit mental, meskipun aku tetap mental pada zahirnya. Separuh mental okey. Aku tetap waras (separuh waras).

Pertama kali jatuh cinta berdasarkan rupa seseorang di internet adalah apabila aku menggunakan Myspace. Mak aiiihhh....ensemnya mamat tu. Trus aku mencuba nasib berkenalan dengannya melalui inbox. Ya, aku dapati dia tidak membalas mesej aku dan aku geram. Terus aku buka profile dia dan itulah pertama kalinya aku terperasan kengkawan dia ada dalam 11 579 orang (anggaran saje). Hancur hatiku. HAncur lah! Mana taknya, kena berebut ngan 11 578 lagi manusia yang bergelar "friends" dia. Last-last nya aku pangkah (delete) gambar dia daripada koleksi peribadi aku dan delete dia daripada friends aku. Kecewa kot. Begitulah cara "budak geek" kecewa pada waktu itu. Seb bek aku tak pegi antor virus kat myspace dia, kalau tak memang truk inbox dia kne SPAM ngan aku.

Kali kedua aku jatuh cinta ialah di satu lama web rahsia ini. Kalau aku sebutkan memang korang akan kenal la. Kalau aku tak sebut pun korang akan kenal juga (",-) jadi what's the point?? Ades... 

Ok, truskan. Ceritanya begini... First time aku melawati laman web tu, dan aku tertarik dengan cara penyampaiannya melalui video yang dia buat tu. Muka dia tak ada la ensem mana. Gigi separuh senget, tapi cara dia cakap membuatkan aku rasa ada "fuzzy feeling" kat perut. Tak mungkin rama-rama. Aku rasa gastrik kot, tapi what everla.... Oh...tiap kali dia buat video baru, mesti aku tengok. Bila dia sebut nama aku, rasa jantung nak tercaboot dan sedar-sedar aku dah melompat-lompat atas katil. Ingatkan single la. Buka Facebook dia terus... :'( ada awek dowh.... Kecewa lagi "budak geek" tu.

Banyak kali ar aku jatuh cinta di internet, semuanya atas penampilan luaran seseorang itu. Sama ada ia dari cara dia bercakap, atau rupa dia sahaja yang mampu buat aku tersenyum sendirian bagaikan orang gila. Tapi kan...korang pernah tak jatuh cinta di alam maya tanpa mengenali MUKA atau GERAK TUBUH seseorang tu?? Aku pernah! 3 kali =D <--muka bangga tak bertempat.

Pertama kali adalah masa darjah 6. Abah baru pasang internet yang connection 1515 giler lembab nak mampos, pastu bunyik macam cengkerik nak mati tu. Masa tu senyap-senyap aku connect internet kul 3 pagi. Walaupun aku tau bunyi cengkerik nak mati tu AGAK kuat kedengaran, tapi aku buat tak dengar dan selalu mengharapkan ibubapa aku tidoq tak dengaq pape time tu. Semuanya semata-mata nak chat ngan sorang mamat Singapore ni. Aku kenal dia kat MSN Chat kalau tak silap, dan sejak tu, aku chatting melalui MSN messenger. Nama sebenar dia Hamzah. Aku berani cakap, sebab aku tau dia takkan terbaca punyer entri ni. Kalau dia baca pun, aku tak kisah, sebab kisah lama. Suka bebenor la aku kat dia. Ske cara dia type. Laju macam kilat. Tambahan pula bunyik "keding!" tiap kali naik satu baris ayat dia. Pernah sekali aku tanya dia sama ada dia pernah suka aku atau tidak. Dia kata, "Yea...sure. I used to have that feeling." Aku tak ingat waktu bila kita dah mula berenggang. Sejak dia habis sekolah kot. Kalau sembang ngan dia sekarang, mesti dia dah lupa aku siapa.

Kali kedua pula aku jatuh cinta tanpa tengok wajah orang tu, adalah dengan x-bf yang kedua (kalau x silap la). Kenal kat chat juga. Pernah jumpa sekali je ini real life. Manis je orangnya. Orang Teluk Intan. Kenapa clash? Rahsia. Huhu...

Kali ketiga pula adalah dengan seorang blogger ni. Tak pernah tengok gambar dia masa tu...cuma jatuh hati ngan personaliti dia yang dipertonjolkan melalui penulisan dalam blog dia. Banyak kenangan manis bersama dia dalam SukaDuka aku berblogging. Sekarang masih berkawan ngan dia. Kawan baik! Walaupun aku kawan yang agak "kejam"+"jahat" = kejat. 

Walau apapun, cinta di alam maya ni bukan semuanya TERUK dan tidak boleh dipercayai. 76% agak tidak boleh dipercayai (peratusan yang dibantai lagi).

Bagaimana untuk tidak tertipu mengenali seseorang di internet??
1. Korang dah kenal dia lama di internet, berserta dengan gambar-gambar yang nampak macam real life, dan bertukar-tukar. (Bukan asik gambar dalam bilik je....)
2. Cukup mengenali dia melalui kengkawan dia juga. Sebab itu, berkenalan di Blogspot "safe" bagi aku. Bila dah ada aktiviti Blog walking, lama-lama kita boleh nampak hubungan antara setiap orang blogger.
3. Gunakan instinct (naluri).

Walaupun dah kenal lama ngan orang tu pun, korang kena tetap berhati-hati okey! Bagi perempuan, jangan gopoh, gunakan instinct! Perempuan memang kuat menggunakan "naluri". Gerak hati perempuan adalah lebih tajam daripada lelaki. Aku selalu gunakan naluri untuk mengenali orang dan selalunya, tepat mengena! Tapi hati kena positif thinking. Bila hati kita kuat dengan "cas positif" ia akan mudah tertarik jika ada "cas negetif" di sekeliling, dan ini akan menggerakkan hati (naluri tercetus!). - teori aku.

Mak Datok Nenek Kau...panjangnya entri ni. ok, aku chiow dulu.

Mood : Baru balik daripada Johor. Jumpa Tok Kesot, Tok Jo, Cik Omel, Paman Yeye, Maklong, Paklong ngan kazen2...Time ni kazen-kazen tecik aku dok robek2 handset aku sampai bateri tinggal sebatang kera.