24.6.10

ER : Perempuan getiks!

Ini adalah entri respons kepada seorang blogger yang menceritakan mengenai perempuan getiks. Diriku bukanlah untuk mencari gaduh tetapi untuk menyokong perempuan-perempuan getiks diluar sana yang memang pada dasarnya xdela getik sangat aku nengoknya. Apa aku merepek ni?

Beginilah, adakah perempuan yang menempek mukanya ke blog banyak-banyak dikatakan getik? Meluat ya?

ayie baik : Oh no no...mungkin mereka tengah boring jadi gitu la gamaknya.
ayie jahat : banyak la kau. abis tu blog bukan untuk semua orang? untuk semua orang baca?
ayie baik : buat apa kita dengar cakap orang lain? cukuplah kita gembirakan diri sendiri. kekadang kita kena release tension...dan mungkin itu satu caranya...
ayie jahat : ko tak takut org cop ko getik?
ayie baik : buat pe nak takut? aku bukannya letak porn di blog aku. Istilah getik tu tak ada dalam kamus pun. Jadi tak ada maknanya. Yang penting, ramai lagi member di belakangku. Lagipun tujuan aku letak gambar banyak-banyak bukan untuk glemer, tapi untuk menyengalkan diri.
ayie jahat : dah...menyengalkan plak. senang je ko nak reka perkataan baru ek. merosakkan bahasa dan pustaka.
ayie baik : ske ati i lah. hmph!

Hm....ya. Nampaknya aku bermonolog lagi sekali. Tapi aku sokong Ayie Baik. Dia ada point ya. Buat apa kita dengar cakap orang untuk ubah diri kita yang memang diri kita? (ada penambahan di situ ya)

Cukuplah jadi diri sendiri. Kalau mereka tak suka kau, mereka leh unfollow ko, tak susah kan? Jadi tak perlulah korang nak tukar tebiat korang yang ske tempek gambar banyak-banyak. Itu dipanggil keunikan dalam blog korang. Kalau tak, takkan ada orang nak follow korang in the first place kan??

Aku sebenarnya tak nak menyebelahi mana-mana pihak. Yang penting korang hidup ni kena happy. Jangan dengki mendengki orang lain, tak elok tau. Terima perangai orang lain seadanya. Lainlah kalau dia perogol bersiri, atau porn queen. Kita leh je nak nasihat dia, tapi tak elok membenci, elok dijauhi sahaja. 

Jadi saranan aku, teruskan menggetik! =)

p.s. sori, entri kali ini tiada gambar. Aku nak balik Johor jap. Jumpa famli sana sebelum aku berangkat minggu depan. Chiow evelibodi!