18.6.10

Harus Gembira atau Sedih?



uisshhhh....GEMBiralah!! tApi sedih jugak T.T Sedih sebab macam jauh je ase. Aku ngah risau sal kewangan ni. Nak mohon PTPTN sendiri ke, atau pihak universiti yang akan buat. Buntu. Nak tanya kat siapa ni? Aku dahlah sulong dalam famili...semua pengalaman baru, aku yang akan terokai first. Macam indiana jones la leh dikatakan. Eh...macam tak ada kaitan je.

Parents aku dua-dua tak pernah gi Uni. Siapa yang pernah belajar kat sana, boleh tolong assist aku tak?

Memang dah taqdir kot aku dapat sana. Lecturer dah berapa kali tanya aku nak apply sana ke tak. Sememangnya kolej aku memang ada kerjasama ngan sana. Tapi aku macam tak nak je. Yelaa...jauh. Lagipun nak try apply kos lain, yang tidak Multi macam kos aku amik sekarang. Kos yang ringan sikit. Aku letak LAST sekali. Tengok-tengok ini yang aku dapat. Memang taqdir la aku dapat benda ni.

Ada hikmah disebaliknya. Terima kasih Allah...