28.6.10

Anak Dibuang kerana Sayang?


Dari hari ke hari aku asik dengar sal kes pembuangan bayi. Rasa sedih...sedih sebab baby yang comel tu kena bunuh mak bapak sendiri :'(

Ya...bila bangkitkan sal kes buang anak ni, ramai je yang tak setuju. Ramai je yang naik berang. Termasuklah aku. Macam-macam dialog orang juga yang kedengaran daripada media massa dan masyarakat sekeliling.

"kalau aku jadik mak bapak budak tu, aku bunuh anak aku sendiri sebab buat malu kat aku!"

"keciannya baby tu....kenapa tak hantar je rumah kebajikan ke, masjid ke... ada orang nak jaga nanti..."

Tetiba aku terdiam dan terfikir...
Pernah ke kita cuba untuk membayangkan jika kita berada di tempat mereka?
Pernah ke kita membayangkan diri kita menjadi gadis yang malang tu? yang mengandung, mungkin atas dasar cinta atau atas dasar manusia yang rakus...
Kalau korang jadi dia, apa korang akan buat? Tunggu anak lahir dan letakkan di masjid?
Aku tau, korang mesti akan kata... "Aku takkan buat benda tak senonoh sebelum benda lagi teruk akan berlaku"... Tapi macam mana kalau benda itu nak berlaku juga? 

Kekadang aku fikir. Adakah Allah saje nak menguji hamba-hambaNya?
dan semuanya berbalik pada persoalan tadi. Kenapa mereka mahu buangkan bayi itu? Malah membiarkan mereka mati kesejukkan. Tak sayangkah mereka terhadap anak mereka itu?

Siapa yang tergamak nak bunuh baby? Aku rasa sekejam-kejam perangai mereka, mereka tidak sanggup. Baby tu hidup weh, comel weh! Takkan mereka sanggup nak bunuh semata-mata nak tutup malu??

dan aku terfikir...
Macam mana kalau mereka terfikir, apa yang aku terfikir ni?

Terlalu sayangkan baby mereka, hingga membiarkan baby mereka terbunuh....
Tak mahukan baby mereka hidup dalam masyarakat yang akan mencaci baby mereka...
Kerana secomel-comel baby pun, bila dah besar...masyarakat tetap akan pandang serong pada mereka. Jodoh Penzina, adalah dengan penzina, dan yang beriman, dengan yang beriman juga.
Islam suruh pilih keturunan yang baik.
Macam mana kalau anak-anak mereka bertemu cinta sejati? tapi sebab status keturunan, direject famili kekasih? Sanggupkah ibu melihat cinta anaknya ditolak, tambah lagi atas kesilapannya yang dulu?

Hm...entahla...Aku ni kuat berangan tul. Aku minta maaf. Harap tak ada orang terasa ngan entri ini. Aku hanya bayangkan jika ia terjadi pada aku....KALAU. Tapi minta-mintalah dijauhkan. Aku takkan sanggup membunuh, tapi aku tak sanggup juga membiarkan anak aku hidup dalam dunia yang kejam ini...

Mood : Perasaan bercampur-campur macam muntah. Lebih-lebih lagi ada 2 hari je sebelum aku berangkat ke Unimas.