29.6.10

5flam3z

Semalam aku bertemu dengan 4 orang kengkawan aku zaman sekolah dulu. Ah! Rindunya kat diorang. Dah 2 tahun kot tidak bertemu. Masing-masing dah besar panjang. Zilla dah kurus weh! Nampak lain sangat. Hoho. Tapi macam kata Eri, "Aku nak tengok ko berisi sikit next time kita reu nanti". Bila erk, next time kita reu? Kena tunggu aku balik dulu la. Itupun berapa tahun lamanya kot. Ramai orang yang menanti aku nanti. Aku akan buat yang terbaik!

Teringat dulu antara kami ada yang bergaduh. Sampai tak nak kawan, nak putuskan 5flam3z. Aku memang agak sedih gak time tu. Tapi memandangkan semuanya kawan-kawan aku, aku redha dengan apa akan terjadi. Tapi jelas sekarang, bahawa 5FLAM3Z masih kekal mekar di hati. Semuanya aku anggapkan macam adik beradik aku sendiri. Aku sayang diorang semua. Sayang sangat okey...

Korang jaga la diri korang baik-baik okey! =)