6.4.10

Maaf

Maaf. Satu perkataan, empat huruf. Sukar diucapkan depan sesiapa yang kita ada buat salah. Tapi setakat SMS, alah! Kacang je!

Maaf sebab buat awak marah hari tu...

Hm...ok, tekan 'send'. 

Message Sent.

Sekarang tiba masa untuk menunggu dia balas. Untuk Stengah jam menunggu, bagaikan 5 jam sudah berlalu. Aku tak selesa. Mungkinkah aku rasa bersalah? Memang salah aku pun (kot). Tengok tu, hatiku masih tidak mahu mengalah. Yela, memang salah aku. Dia tak minta pun putus hari tu kan? Dia cuma tak nak mesej aku kan? Adoi pening pale, runsing lah!

Sekali lagi aku angkat handset dan mulakan SMS baru.

Awak dah tak nak kawan ngan saya ke?

Sekali lagi dia diam seribu bahasa. 
Ye ke diam? Mana ko tau? SMS je pun. Entah-entah dia tertidur macam biasa. 
Tidur apa? Baru pukul 9mlm.
Hm...9 malam tu, mungkin dia ngah buat asaimen? Dia kan sibuk sekarang. Yang ko runsing apasal?
Ntahla...Kalau esok dia tak mesej gak macam mana?
Dia tak ada kredit kot.
Tak mungkin, tadi baru je dia mesej aku kan?
Kot-kot tibe-tibe je habis...
(",-)

Macam tu la orang perempuan kan...banyak sangat berfikir...
Eh, ataupun aku sorang sahaja orang perempuan di dunia yang agak ganjil?
Tidak...

Aduhai hati...
Aku rindukan dia... :'(