17.11.12

Rindu semacam je arini

Aah. Tak tipu. Mungkin sebab perubahan hormon yang drastik pada aku. Di mana tiap-tiap bulan pasti akan ada perubahan hormon. Haha. Bila aku mula berjiwang tu, mulalah Ikram jadi mangsa. Bertubi-tubi SMS aku hantar kat dia. Tadi pun, kalau ikutkan hati, aku nak hantar 10 SMS. Tapi tahan punya tahan, aku dapat hantar 3 je - 3-3 tidak dibalas. Punyalah susah nak tahan diri daripada SMS dia. Hahhaaha... Tapi mengenangkan yang dia tak suka diganggu masa kerja, aku tahan la jugak diri aku daripada hantar SMS. Mental tul aku ni.

Aku sedar sesuatu perkara, dan aku pasti dia pun sedar perkara ni.

Aku akan hantar banyak SMS kat dia non stop. Hanya bila dia marah, baru aku stop kejap.
Pastu nanti aku buat balik. Bukan sebab degil, sebab aku jenis mudah melupakan. Haha. dan apabila dia mula balas SMS aku, aku akan over excited dan akan balas-balas mesej dia, sampailah dia stop dulu. Haha. Dia stop, sebab aku rasa dia pun dah faham, kalau dia layan aku nanti menjadi-jadi plak aku. Dia pernah cakap, "Ikram malas la cakap sal hal perasaan ni. Nanti mulalah Amni asik fikir sal kahwiiiiiinnnn jee.."

Haha. Yup. Aku ni memang childish. Suka berangan-angan jadi princess. Jadi bagi aku, kahwin tu indah-indah belaka, padahal aku tahu hakikat dia susah mana, tapi asalkan dia ada, aku on je! XD Tapi dia tak, dia lagi takut, dia lagi frust, mungkin sebab dia belum bersedia nak fikir sal tanggungjawab. Aku tau, dia rasa terbeban bila cakap sal kahwin. Sebab nak sara diri sendiri pun tak cukup, apatah lagi nak sara aku ni yang masih belajar. Dia risau tak dapat bagi nafkah kat aku, risau tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

Dan bagi aku pula, aku tak risau semua tu, bukan sebab aku tak payah fikir sal duit or nafkah, tetapi aku fikir, susah senang PASTI akan bersama-sama. Jadi kalau dia tak mampu, aku kenalah sesuaikan diri dengan keadaan dan jadikan dia mampu. Contohnya, tak payah la asik nak minta dia belikan itu ini itu. Tunggu jela aku kerja nanti, baru aku enjoy beli barang aku suka hati. Haha. Mungkin juga dia tak nak aku hidup susah, mungkin dia akan rasa bersalah. Tapi bagi aku, kasih sayang yang dia berikan tidak ternilai berbanding baju-baju, kasut lawa dan barangan lain yang ada kat dunia ni. Ada dia dalam hidup aku pun dah cukup.

Ya, memang betul, bukan boleh beli segala benda dengan kasih sayang, duit tu juga penting. Tapi ada masanya aku pernah rasa kesusahan. Tiap-tiap hari makan maggi sebungkus. Lagi teruk pernah tak makan seminggu sebab tak ada duit. Aku memang tak suka minta duit kat parents aku. Dan aku yakin, lepas kahwin pun, perangai aku yang satu tu pun tetap takkan berubah.

Eh, apasal melalut sampai crite kawin ni?? Gile. Memang gile nak kawin aku ni. puih!

Jeles gak tengok semua kengkawan post gambar tunang, nikah, baby semua. Tapi bila dah lama-lama tu, aku macam rasa tawat hati pula nak kawin. (tawar hati plak, tadi beriya). Yup. Tawar hati. Sebab bila fikirkan balik semua kengkawan aku tu jika dibandingkan dengan aku, jauh beza. Aku rasa aku belum matang lagi. Lambatnya nak matang. Aku masih rasa macam diri aku ni muda lagi. Fikiran aku pun masih macam dulu je. Tak ada perkembangan. Aku tak boleh nak berfikir macam orang dewasa lain. hmmm...

Oh! tadi call dia. Dalam pukul 8 lebih macam tu, lepas Isyak. Sebenarnya lepas Maghrib tadi aku terlelap. Ya Allah, penat gile. Badan aku rasa berat je. Pastu aku mimpi buruk weh. Tu la tidur lagi time maghrib. Aku mimpi naik kereta ngan Pakwan. Arif duduk kat belakang. Pastu Pakwan laju je bawa kreta naik bukit, tiba-tiba kereta tu laju sangat dia terbalik. Jatuh daripada atas bukit tu, Pusing-pusing kereta. Tapi semua nampak real. Situasi dalam kereta dan pusing-pusing tu. Kaca bergelimpangan. Muka aku calar-calar lepas aksiden tu. Tapi pelik ar, lepas kejadian tu, semua oke je. Aku sempat cakap kat Pakwan lagi , "Nape Pakwan bawa macam tu. Kalau mak Amni tahu, mesti dia marah". HAHAHHAA...nampak sangat aku masih fikir cam dak kecik. Gile.

Pastu bangun-bangun terus call Ikram. Dalam keadaan mamai. Aku tak tau dia sedar ke tak. Rasanya tak sedar kot. Dia tengah bawa motor time tu. Baru balik dari kerja! Mak aiii... Kalau tiap-tiap hari macam ni, patutla dia penat je. Hm...Masa call, aku terbayang dia tengok nama aku, pastu dia tersenyum, pastu dia letak fon kat dalam helmet... Hehehe... ensemnyaa... XP 
Eh, berangan lagi aku.

Tapi, kalau dia angkat call aku tu, maksudnya, dia memang cuba sedaya upaya dia juga untuk bagi aku call dia kan. Eeee....terharunya. Tapi bahaya la dia call sambil bawa moto :( Tapi dapat dengar suara dia pun jadi la.... Heee...

Aku cakap kat dia, nanti nak tidur, mesej la. Aku nak call dia. Pastu dia cakap, oke, tapi kalau dia tak call, maksudnya dia tidur dah. huh!

Lelaki ni kalau dia bagi option kedua tu, "KALAU" tu maksudnya KONFIRM la tu dia akan tidur tak mesej aku. huhu...saje nak jaga hati ke aper, taik la jaga hati apa mcm tu. =.=" Tapi ok jugak, daripada dia cakap, "TAK NAK AR. NAK TIDO PENAT AR"

Aah, betul juga. Ok ok, elok juga ada "kalau".

Tengok, sekarang pun dah ukul 11:52pm. Semalam aku call kul 10 pun dia tak angkat. Konfirm tidur dah ni. :( Takpela Ayie, tadi kan kau dah call dia. Ok la tu. Lepas juga rindu kau kat dia kan?

Tadi nak print, kedai tutup pulak! Esok kena cari kedai kat depan kampus la macam ni. Isnin kena hantar semua asaimen. Banyak nak kena print plak tu! Tension ar.

Ayie, tak nak tension-tension tau.

Yela.