26.11.12

Makin kita dewasa


Haha. Update status FB saya.
Yup...rasa macam makin lonely je. Bukan lonely sebab tak ada teman cinta je. Lonely tak ada kawan. Patutla sy tengok, orang yang dah kawin pun, akan mencari perhatian daripada anak-anak mereka. Haha. Kadang-kadang dah kawin pun, masih rasa keseorangan, kerana komitmen suami yang lebih kepada kerjanya. Hm... takut plak nak kawin. Takut salah pilih teman hidup. Takut saya akan hidup penuh kesunyian dan terpaksa menagih kasih anak-anak. Hahah...

Sejak cuba untuk merajuk ngan Ikram, tak balas mesej dia. Kunun merajuk la... pasal dia kawan balik ngan perempuan tu. Bila masuk Tagged je, tak ada orang nak mesej ngan saya macam selalu. Tadi kacau semua nombor orang kat phone pun , tak ada orang balas. Cuma ada la sorang tu. Haha. Budak U saya. Saya luah kat dia pasal rasa nak give up dan berhenti belajar. Macam mana ntah tiba-tiba dia cakap "Bukan kau dah ada pakwe ke?" Tiba-tiba saya sayu je. :(

Ikram ni saje je jampi Tagged aku ngan line Celcom aku kan. Tak bagi orang lain hubungi aku =.="

Tapi malam ni ada la dua org sudi balas mesej aku.
Ada la semangat aku nak buat kerja. Yeay!.

Aku kena ada kawan sembang2 baru aku leh buat kerja. Hahahhaa...
Kalau lah Ikram faham, yang kewujudan dia tu dah cukup buat aku bersemangat untuk belajar, aku pasti akan dapat anugerah dekan tiap2 sem. huhuhu

Asik-asik "Tumpu la pada pelajaran tu....takyah fikir sal kita"

Kunun nak menyelamatkan study aku kalau suruh aku tumpu pada pelajaran. Memang tak dapat la.

=.=" haih...ikram ikram... kena banyak belajar lagi pasal hati perempuan ni.