24.11.12

Jealous ke?

Oleh kerana sekarang perempuan tu muncul balik dalam hidup aku. Aku rasa lebih baik aku undur diri. Aku rasa lebih baik aku berhenti menghubungi Ikram. Kerana aku jadi orang lain bila ada kewujudan orang ketiga ni. Aku tak suka diri aku bila aku jeles. Haha. Aku akan berubah dengan drastik, sampaikan aku berfikir dua tiga kali, betul ke ni diri aku? Atau aku sedang dirasuk syaitan?

Bila fikirkan perempuan tu, hati aku rasa nak marah je. Aku rasa diri sangat baran. Padahal aku bukan orang yang baran. Aku rasa macam kalau dia ada depan mata aku, aku akan tarik rambut dia. Punyela marah. Punyela geram. Punyela benci. Padahal, dia bukannya buat apa pun kat aku. Aku cuma tak suka dia, sebab dia bencikan aku. Well, ada juga orang lain yang benci aku. Tapi, entah. Mungkin yang membuatkan aku bertambah geram, adalah apabila Ikram tetap berkawan ngan dia, walaupun dia tahu aku tak suka perempuan tu. Jeles?

Mungkin betul kot aku dirasuk Syaitan. Jadi, aku hanya ada satu cara , jauhkan diri daripada Ikram. Kalau tak, kita pasti akan bergaduh lagi. Cukuplah hari tu kita gaduh. Aku tak nak jadi punca pergaduhan. Aku tak suka jadi orang jahat. Aku ni baik :( Dan aku cukup tak suka bila orang tuduh aku bukan-bukan dan cakap aku macam-macam, padahal aku tak kacau diorang pun. Tapi kita tak boleh halang mulut orang. Kita tak boleh paksa semua orang untuk suka kita. Pasti akan ada orang yang tak suka.

Tapi bagi Ikram, dia cakap, Biarlah orang tu jahat sekalipun, jangan kita pinggirkan dia.
Masalahnya, aku tak kisah kalau dia jahat ke apa ke.
Aku tak suka dia, sebab bila aku cuba untuk terima dia, dia tolak aku mentah-mentah! Dia yang tak dapat terima aku! Padahal aku dah turunkan ego aku untuk berbaik ngan dia. Tapi dia yang tak nak ! Geram aku!!

Atau mungkin dia ada simpan hati ngan Ikram, dan nak singkirkan aku dari hidup Ikram. Tak apalah. Kalau itu yang dia nak. Pergilah... Ikram pun satu. Nak sangat kawan... pergilah...

Mungkin juga jodoh dia. Yela, perempuan tu mengingatkan dia tentang ex dia. Maybe betul la jodoh dia. Okla, saya doakan awak bahagia.
Jangan tanya kenapa saya takleh kawan ngan awak lagi.
Kalau awak nak tau kenapa, awak baca balik entri ni, berulang-ulang kali sampai awak faham.
kbai.