9.10.12

Love VS Crush

Awak nak tau tak. Saya tak kisah kalau awak tak lagi sukakan saya atau hubungi saya. Sebab bagi saya, cukuplah saya tahu yang saya memang sayangkan awak dan saya tak kehilangan apa-apa bila awak tak ada. Sebab cinta awak masih ada dalam diri saya.

Malah saya tetap selesa bila keadaan macam ni. Seperti waktu dahulu apabila saya menyukai seseorang tetapi cinta saya tidak dibalas. Saya tetap merasa gembira. Saya tetap jadi diri saya. :)

Walaupun sebahagian dalam diri saya merasa sunyi sejak awak tiada, tapi sejak awak pergi, saya jumpa ramai orang yang hepikan saya. Sungguh, saya rasa disayangi. Dan saya rasa biarlah awak menjadi cinta dalam hati saya sampai bila-bila walaupun awak tidak lagi mahukan saya. Agar saya mampu terus bersemangat dengan memori-memori kita dahulu. Mungkin satu hari nanti bila jodoh saya sampai, saya akan bersedia untuk lepaskan awak untuk selamanya. :')

Mungkin itu yang terbaik.

Saya sedang berusaha awak. Berusaha untuk menyayangi diri saya. Hati saya hanya untuk mereka yang betul-betul hargai diri saya. Bukan mudah untuk menggantikan awak iaitu seseorang yang saya rasa sudah cukup sempurna bagi saya. Mungkin keretakan pada masa lalu berpunca daripada saya. Saya terima salah silap saya.

Semoga kita berdua akhirnya akan bertemu kebahagiaan, walaupun mungkin bukan dengan satu sama lain.


Saya tetap akan sayangkan awak. Sampai bila-bila.