1.8.12

Meshejnya Ku Tunggu Walau Seribu Tahun

Arh. Takleh blah tajuk. :(
Memang betul. Hakikatnya. Tiap-tiap hari aku akan belek handset aku. Menunggu balasannya, walaupun sekadar berkata "hai". Dapat miscall dia pun aku dah gembira gila. Aku memang gila bayang dah kot. Yela, orang tu tak ingat kita, tapi kita je dok ingat dia.

"Sy hrp awk bhgia ngn dia, sy takkan berharap lg pada awk"

Tapi bolehkah aku hidup tanpa dia? Setakat berlakon tak peduli memang boleh. Tapi hati bagai nak gila asyik termenung kat handset je menunggu mesej dia. Dia dah tak ingat kita ke? Dia bahagia ke dengan perempuan tu? Betul ke dia sayang perempuan tu? Betulkah dia dah tak perlukan aku?

Tapi hati tetap sakit dan berkeluh sendiri.

"Sampai hati awak buat saya macam ni. Saya tak mampu lagi nak setia pada awak. Saya betul-betul tak sanggup diduakan. Selagi awak kawan dengan dia, selagi tu saya takkan kembali pada awak. Sebab dia benci saya. Macam mana saya nak sayang awak kalau awak tetap menyokong orang yang benci kat saya. Saya tak buat salah apapun kat dia. Tapi dia buat saya macam tak wujud je dalam hidup awak."

Walaupun berkata akan menjauhkan diri namun....jauh di sudut hati, aku harapkan semuanya dapat kembali seperti sedia kala. Tapi dapat ku rasa, jauh sekali kita dapat berbaik semula.

Di saat aku perlukan seorang kawan untuk menceritakan masalah aku, dia pula ditaqdirkan pergi jauh dari aku. Zi. Walaupun pertemuan kita singkat. Tapi terima kasih sebab buatkan saya gembira tika saya selalu menangis bersendirian pada waktu malam.

"awak...mungkin lepas ni kita tak boleh nak mesej. Saya mungkin dapat kerja cari rezeki atas kapal."

Sedih je rasa. Pada siapa lagi harus aku menagih kasih. Ya Allah, tidak ada kah lagi yang sudi pada diri aku?

Tapi mungkin ada, cuma masanya belum lagi. Ya Allah, tolonglah luputkan dia dari lubuk hati aku jika benar dia bukan jodohku. Aku dah letih menunggu buah epal tumbuh pada pokok ceri.