30.7.12

Menghayati Rukun Iman :)

Ini cara saya menghayati rukun Iman. Mungkin cara kita berbeza, tetapi matlamatnya sama. Untuk mendapat keredhaanNy dan sebagai asas teguhnya tiang iman dan kepercayaan kita terhadap Islam.
Rukun Iman ada 6, iaitu :-

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Cara saya beriman kepada Allah. Setiap perkara yang baik dan perlu kita lakukan dalam seharian perlu disertakan dengan niat ikhlas kerana Allah. Apabila kita sentiasa ingat akan Allah, maka terdapat rahmatNya dan keberkatan dalam setiap ibadah kita itu. Ibadah bukanlah bermaksud solat sahaja, tetapi juga pekerjaan seperti makan, mandi dan tidur (pekerjaan yang kita lakukan untuk teruskan hidup di muka bumi ni).

Cara saya beriman dengan malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul adalah mengetahui senarai nama kesemuanya yang perlu kita ketahui. Malaikat ada banyak. Tetapi yang perlu kita ketahui ada 10 nama malaikat. Lagi bagus jika kita ketahui tugas setiap malaikat juga.

1. Malaikat Jibril bertugas menyampaikan wahyu dari Allah SWT.
2. Malaikat Isrofil / Izrofil bertugas meniup sangkakala penanda hari kiamat telah tiba.
3. Malaikat Izroil / Isroil / Maut bertugas mencabut nyawa.
4. Malaikat Rokib / Rakib / Raqib / Roqib bertugas memcatat segala perbuatan amal baik atau kebajikan seseorang.
5. Malaikat Atit / Atid bertugas mencatat segala perbuatan buruk, bejat dan dosa seseorang.
6. Malaikat Mungkar / Munkar bertugas menanyakan seseorang di alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.
7. Malaikat Nakir bertugas menanyakan seseorang di alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia. Sama dengan malaikat Munkar
8. Malaikat Mikail bertugas memberikan dan menyampaikan rejeki / rizki.
9. Malaikat Ridwan bertugas menjaga pintu surga
10. Malaikat Malik bertugas menjaga pintu neraka

Dan seperti Allah, kita juga sentiasa perlu beringat bahawa stiap detik yang berlalu malaikat ada untuk mencatatkan amal kita. Kita perlu percaya akan kewujudan mereka di muka bumi ini dan tugas mereka membantu Allah untuk mengurus kita di dunia dan di akhirat.

Nama-nama rasul pula terdapat 25. Lagi bagus, jika kita tahu menyebut nama-nama rasul mengikut turutan daripada mula sehingga akhir.

1. Nabi Adam a.s.
2. Nabi Idris a.s.
3. Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Hud a.s.
5. Nabi Saleh a.s.
6. Nabi Ibrahim a.s.
7. Nabi Luth a.s.
8. Nabi Ismail a.s.
9. Nabi Ishaq a.s.
10. Nabi Ya’qub a.s.
11. Nabi Yusuf a.s.
12. Nabi Ayub a.s.
13. Nabi Syu’aib a.s.
14. Nabi Musa a.s.
15. Nabi Harun a.s.
16. Nabi Zulkifli a.s.
17. Nabi Daud a.s.
18. Nabi Sulaiman a.s.
19. Nabi Ilyas a.s.
20. Nabi Ilyasa a.s.
21. Nabi Yunus a.s.
22. Nabi Zakaria a.s.
23. Nabi Yahya a.s.
24. Nabi Isa a.s.
25. Nabi Muhammad S.A.W.

Kita perlu yakin dengan 25 orang rasul ini. Yang telah mendapat wahyu Allah dan menyampaikan pada manusia dari awal kewujudan manusia di muka bumi ini. Kita perlu yakin dan mengaku Nabi Muhammad S.A.W sebagai kekasih Allah dan yang akan memimpin kita di padang masyar nanti, dan kita perlu yakin dengan syafaat yang telah dijanjikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya yang sentiasa mencintainya melalui selawat dan menghidupkan sunnahnya.

Kitab-kitab pula yang perlu kita tahu ada 4 yang diturunkan ke muka bumi oleh Allah.

Dalam ayat terakhir Surah Yusof:-
"Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman"

Kitab-kitab yang dinyatakan sebelum Al-Quran ialah
1. Taurat = 10 comandments oleh Nabi Musa a.s = Moses
2. Zabur = Psalms oleh Nabi Daud a.s = David
3. Injil = Gospel/ (kini dipanggil Bible, tapi isi Bible telah diubah-ubah) oleh Nabi Isa a.s = Jesus

Kitab Taurat

Kitab Taurat telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dalam bahasa Ibrani. Dalam Kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman (Muhammad s.a.w.) akan lahir dari keturunan Nabi Ismail a.s. Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.

Kitab Zabur

Kitab Zabur telah diturunkan oleh Allah s.e.t. kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Qibthi. Kitab Zabur tidak mengandungi hukum perundangan. Kandungannya hanya mengenai perkhabaran, cerita, zikir, doa serta hikmah-hikmah. Oleh sebab itu Nabi Daud tidak mempunyai syariat tersendiri, ia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Mus

Kitab Injil

Kitab Injil diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Suryani. Diantara kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar mengEsakan Allah s.w.t. Kitab Injil juga memberitakan akan kelahiran seorang nabi dan rasul diakhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebenaran Allah s.w.t. Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama "bible" kemudian mereka ubah isi kandungannya mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible ini terbahagia kepada dua bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang dinamakan dengan Perjanjian Lama (Old Testament). Kedua bahagia Injil yang dinamakan dengan Perjanjian baru (New Testament).

Kitab Suci Al Quran

Kitab suci Al Quran adalah sebuah kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam Al Quran mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia mahupun untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang disampaikan di dalam Al Quran sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak kira bangsa dan keturunannya. Ajaran yang termuat di dalam Al Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal selama-lamanya bahkan ia tetap dipelihara oleh Allah s.w.t.

Sumber : http://panduanasasislam.blogspot.com/2011/04/mengenal-4-buah-kitab.html

Oke, cara saya beriman dengan Hari Kiamat pula simple je. Saya yakin bahawa Hari Kiamat akan muncul. Iaitu pada hari Jumaat, tetapi tarikhnya hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi kita tak boleh meramalkan tarikhnya seperti kebanyakan pihak yang mengkaji quran begitu lamanya bertahun-tahun dengan kiraan nombor untuk mendapat tarikh/tahun akan berlaku kiamat. Tolonglah jangan taksub dan caya sangat. Cukuplah kita yakin bahawa ia akan datang. Lagi baik, jika kita tahu petanda-petanda akhir zaman supaya kita sentiasa beringat dan melipat-gandakan amal kita dan meninggalkan yang dilarangNya serta bertaubat kembali ke jalan Allah. Saya pasti, semua orang pernah buat dosa kan? Jadi jangan melengahkan taubat kerana, mungkin esok lusa kita dah tak sempat. Nauzubillah!

Untuk bacaan tentang petanda Hari Kiamat, leh pergi link ni--> http://harmoni-my.org/arkib/1001kisah/tandatandakiamat.htm

Dan yang terakhir sekali, cara saya beriman pada Qada dan Qadar. Yang ni agak sukar. Tapi jika kita hayati betul-betul, maka kita dapat beriman dengan Qada dan Qadar. Semua orang pasti pernah mengalami suatu dugaan yang merudum hati dan nak berpatah balik pun tidak boleh, sebab semuanya sudah tertulis. Janganlah kita terlalu menyalahkan taqdir dan diri sendiri. Memang kita akan rasa kecewa, lumrah. Tetapi di saat kita jatuh, kita kena belajar untuk berdiri balik. Jika baby yang baru belajar jalan pun mampu berdiri semula dan cuba untuk berjalan semula, apatah lagi kita yang dewasa ni. Terima Qada dan Qadar seadanya. Kita kena yakin semua yang jadi ini ada hikmah/ ada sebab kenapa Allah tetapkan ia begitu, dan belajar daripada kesilapan agar kita tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang. Dan percayalah, lagi banyak dugaan yang ditimpa kita, itu tandanya Allah sayang kita. Kerana dengan setiap dugaan itu, Allah akan berikan kebaikan dalam rupa bentuk kita sendiri tidak terduga, jika kita betul-betul sabar dengan dugaan dan redha dengan ketentuan dari dugaan itu. Dan kita kena sentiasa beringat, Inna lillahi wa ilaihi raji'un. Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepadaNya kami kembali. Jadi jangan kita terlalu kecewa atau tak bersyukur jika kita kehilangan sesuatu atau ditarik nikmat dunia. Kerana semua yang ada di dunia ini, baik berbentuk harta, jasad atau nyawa adalah milik Allah dan hanyalah pinjaman sementara. Gunakan sebaik mungkin untuk mengorak langkah kita ke alam yang kekal iaitu akhirat.

Semua ini adalah peringatan kepada diri saya sendiri jugak. Saya ni bukanlah terer bab agama, jadi kalau ada silap, tolonglah berikan tunjuk ajar dengan sopan. Terima kasih ^.^
Selamat beramal.