31.8.12

Dear diary....

Haha... Kebanyakan orang yang ada blog ni, biasanya orang yang baru ceburi kegiatan blogging ni akan menjadikan blog sebagai tapak untuk meluahkan perasaan. Lebih kurang macam online diary la. Sejauh mana ini boleh bawa manfaat pada mereka? Ramai juga yang tak setuju bahawa ini bawa manfaat, tapi hanya sia-sia sahaja dan dianggap sesuatu yang gedik-gedik dan syiok sendiri. Tapi bagi aku, aku dah lebih kurang 6 tahun berblogging, aku rasa aku lebih selesa jadikan blog sebagai online jurnal aku. Tempat aku luahkan perasaan, tempat aku catat segala apa yang aku lakukan. Sebab aku buat blog ni khas untuk aku, siapa nk follow, follow, siapa tak nak, aku tak kisah pun.

Korang yang tak setuju ngan pendapat aku ni, mungkin korang tak pernah ada perasaan bila bukak post-post lama yang menceritakan memori korang dan korang akan teringat dan tergelak ngan diri sendiri dan melihat sejauh mana perubahan korang dari dulu hingga sekarang?

Aku jadikan blog ni sebagai refleksi pada diri aku, supaya aku boleh reflek balik sejauh mana aku dah berubah, sebanyak mana apa yang aku sudah kecapi, dugaan yang aku telah lalui yang menjadikan aku diri aku pada masa sekarang. Begitu juga tujuan aku vlogging.

Bukan apa, sekali kalau kita menjadikan blog atau vlog sebagai tapak untuk menjadi 'femes', kita dah memegang tanggungjawab yang amat besar, iaitu untuk memberi contoh teladan yang baik. Itu yang aku takut selama ni. Sebab tu aku tak pernah terfikir nak femes online. Aku online dari dulu sampai sekarang hanyalah untuk berkawan dan membina ukhuwah. Tak ada niat untuk dikenali semua orang. Buat apa dikenali, jika mereka hanya mengenali aku dengan bakat aku, tetapi bukan diri aku yang sebenar? Lagipun kekadang aku berlakun juga di pentas alam maya ni.

Cuba bayangkan orang yang pendiam, dalam dunia sebenar tak dapat nak menonjolkan diri, bila di alam maya, semua serba cantik, serba yakin, serba boleh. Haha... Sungguh, aku tak nak orang tertipu dengan diri aku yang pada hakikatnya bukan diri aku. Walaupun, most of the time, aku memang diri aku di alam maya ni. Seseorang yang TIDAK-TETAP-PENDIRIAN.

Ya. Aku tahu, I am so a bad image to little kiddies out there. Kalau mereka tahu aku bakal jadi cikgu, memang ramai la hentam aku macam cikgu Shida tu. =.=" Entahla. Mereka hanya lihat pada luaran, tak pernah lihat pada dalaman seseorang.

Tahukah mereka hati dan jiwa yang rosak itu penyalah segala kerosakan??

Eh,. dah start bebel sorang2 dah aku ni. okey aku stop.