7.8.12

10 malam Terakhir Ramadhan ^^

Masuk maghrib hari ni nanti bermulalah 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan. I heard Lailatul Qadar will come in any day during that period. Ramadhan kali ni aku rasa amat berbeza sekali. 1st time aku akan khatam Al-Quran berserta memahami maksud Al-Quran dan isi kandungannya dan yang kedua, aku berazam untuk memenuhkan 10 hari terakhir ni dengan amal ibadah; berzikir, solat sunat, terawih, tilawah, menolong meringankan beban, menggembirakan orang dan bersangka baik. InsyaAllah. 


There's still a part of me that I find so hard to let out. Memang benar, jika kita terlalu mengharapkan orang untuk memohon maaf kat kita, takkan dapat apa melainkan merosakkan hati kita sendiri, lebih baik bersangka baik dan move on. Tapi kadang-kadang kita sebagai manusia memang pantang dicabar, pantang diusik. 

Kalau rasa ego macam nak naik je, pesan pada diri sendiri, "aku ni manusia biasa, yang mempunyai perasaan biasa seperti gembira, sedih, marah, terkilan, terkejut, terharu dan sebagainya. Manusia di dunia ni sebenarnya tak ada pangkat. Tak ada sesiapa yang lebih daripada sesiapa, dan tak ada sesiapa yang kurang daripada sesiapa. Kita ni sebenarnya sama sahaja, tapi kalau nak dibandingkan dengan Allah, kita cuma 'PUNY', bak kata Akmal Rodzi. PUNY yang bermaksud kecik yang amat, lagi haluih dari habuk nuh. Jadi tak ada sebab untuk kita berhasad dengki, tak ada sebab untuk kita iri hati, marah, sedih, tak puas hati, kerana pada akhirnya kita akan dikembalikan jua kepadaNya. Why? Cause we are NOTHING. 

Semua di dunia ni hanya sementara, hanya pinjaman sahaja agar kita dapat laksanakan tanggungjawab kita untuk berusaha bersama-sama merebut mendapatkan tiket untuk ke Jannah. Banyak dugaan yang kita akan lalui di dunia ni, tapi jangan kita putus asa dengan dugaan, sebab dugaan tu rahmat daripada Allah, malah yang patut kita takutkan ialah hasutan Syaitan dan harus kita jauhi sejauh-jauhnya. Memang kita manusia kerdil yang banyak buat silap, tapi sampai bila kita nak ditipu dan dihasut oleh iblis? Kita tak sebodoh tu! Sebab tu kalau nak buat apa-apa pekerjaan kita kena niat kerana Allah, insyaAllah, kalau pekerjaan itu bawa mudarat pada kita, atau tidak diredhaiNya, akan ada satu benteng atau penghalang daripada kita meneruskan pekerjaan tu. Semua kerana niat kita lillahi ta'ala."

Aku bukan lah baik sangat nak cakap semua ni. Semua ni peringatan buat diri aku juga. Seperti yang aku cakap tadi, kita ni manusia, sama saje, cam habuk. Sebab tu kita kena usaha kuat, rebut Jannah, kerana amal kita akan mendekatkan diri kita pada Allah lantas membuka peluang untuk kita berjumpa denganNya suatu hari nanti, insyaAllah. Siapa tak nak berjumpa dengan penciptaNya? dan Nabi Muhammad S.A.W yang disayangi? Mestilah nak kan? :') Jika kita dapat capai ke tahap itu, maka kitalah manusia yang paling beruntung kelak biarpun kita bagai habuk sekarang.

Jadi ayuhlah kawan-kawan, kita tinggalkan semua yang buruk kita pernah buat, tak kira la dosa kecil atau dosa besar. Tak ada dosa yang Allah tak ampunkan melainkan dosa syirik, tapi aku pasti kita semua Sayangkan Allah Yang Satu kan? Jadi tak ada sebab untuk kita malu untuk kembali padaNya. Tak ada manusia yang hebat yang tak ada kisah silam dan tak ada manusia hina yang tak ada masa depan. Allah Maha Pengampun guys! Kembali padaNya, dan aku yakin 101% hidup korang akan lebih tenang dan bahagia.

Berbuatlah amal ibadah dan kebaikan di dunia sebanyak mana mungkin, dan aku pesan ni bukan untuk 10 hari terakhir Ramadhan ini sahaja, tapi biarlah berterusan sehingga kita dijemput kembali padaNya. :)

Mulakan dengan niat, Lilliahi ta'ala, dan melangkah dengan penuh yakin.
Allah will guide you through.
InsyaAllah.
Semoga kita semua mendapat keberkatanNya.