28.6.12

Rambut bersinar dan Muka Semulajadi terserlah!


Tajuk tak leh blah. Macam promote barang je. haha... Tapi memang aku nak promote pun. Dah dua hari pakai produk ni, dan so far, sangat berpuas hati. :) Ni buatan Tesco choice. So confirm korang macam "wdh - wadahek" mesti kurang kualiti. Memang aku usya, banding-banding dengan produk lain kat shelf. Kepekatan dia kurang sedikit berbanding dengan yang lain.

Eh, lupa plak aku nak introduce produk ni. Ini ialah Minyak Zaitun atau dalam bahasa Inggerisnya bagi yang bersekolah di bandar dan tak faham bahasa Melayu, this is olive oil y'all!
Minyak ni ada vitamin A, C & E. Aku pernah try pakai minyak E yang datang dalam capsul tu. EEeee dahla busuk giler pastu bila sapu kt muka, rasa macam orang minyak je...melekit-lekit macam minyak kereta kepekatan dia. Serius tak selesa. 

Tapi minyak ni bila aku sapu / massage kat kulit muka, mula-mula je dia rasa berminyak, bila dah lama-lama tu dia meresap dalam kulit siot. Best giler. Kesannya, kulit muka aku nampak lebih sihat, Ala matte gitu. Sebab dia cakap kat belakang botol ni yang olive oil ni sebagai natural moisturizer. Aku rasa macam malas je nak pakai makeup bagai dah. Sebab muka aku nampak natural beauty macam korea gitu. Walau korea beauty fake je. haha. Dan aku trus skip toning. Haha. setakat ni tak ada breakout. Tapi untuk precaution, aku cuci muka after balik daripada luar. Takut sun exposure tu buat bertambah minyak pulak kan. Warna kulit muka aku juga mua-mula kusam je. Tapi bila pakai, dia macam nampak hidup skit la. Nampak macam sihat je.

Minyak ni boleh juga untuk remove makeup. Tapi aku tak try pula keberkesanannya dalam remove makeup, sebab aku jarang giler bermake-up ni. Minyak ni jugak boleh letak kat rambut. Sebagai moisturizer juga. Aku pakai, dan serius, rambut aku dah tak rasa macam akar pokok sangat dah. Dia jadi lembut dan lebih full. Aku masuk bilik air pagi tadi tengok rambut aku macam pelik. "Asal macam hitam gila rambut aku?" Tak taulah kot-kot mata aku yang tak betul. Tapi itu yang aku nampak.

Apapun, pakai ni, niat kerana Allah. Yang elok tutup aurat, jangan dok free hair plak kalau berkesan. Hahaha... Ingat, kelebihan dia bukan sebab produk tu, tapi daripada Allah. Produk tu hanya sebagai bahan perantara je. ^^ Tapi apapun, aku rekemen kat korang ok. Try la dulu tengok kalau kulit korang sesuai ke tak. Tapi aku syorkan pada sesiapa yang belum ketemu lagi produk yang sesuai untuk mereka. Bagi mereka yang dah elok ngan produk masing-masing jangan gatal cuba pulak. Stick with the products that suit you. :)

k la, chiow.
assalamualaikum.